X
  • 3 years ago
Categories: GeneralIbu HamilTips-tips Semasa

Chicken Pox atau dikenali sebagai cacar air ni disebabkan oleh virus varicella. Chicken Pox ni sering di alami oleh kanak-kanak tetapi orang dewasa juga tidak terlepas dari terkena Chicken Pox ni lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak pernah kena jangkitan ni.

Bagi ibu hamil semestinya kita nak pastikan yang kandungan kita dalam keadaan sihat dan sempurna kan. Tetapi, ibu hamil ni mudah terdedah kepada jangkitan dan virus. Maka tidak terlepas juga akan terdedah kepada jangkitan Chicken Pox. Jangan ambil mudah bagi ibu mengandung jika terkena jangkitan Chicken Pox.

Chciken Pox atau atau cacar air ni boleh menjadi lebih teruk jika dijangkiti ketika hamil dan mungkin akan alami komplikasi yang merbahaya seperti pneumonia, hepatitis dan jangkitan otak. Biasanya doktor akan berikan rawatan antivirus. Dianggarkan 25% bayi dalam kandungan akan dijangkiti virus varicella sekiranya wanita hamil menghidapi Chicken Pox. Risiko kepada bayi bergantung kepada usia kandungan:

Trimester Pertama

  • Jika ia berlaku dalam tempoh ni, risiko kecacatan keahiran adalah 0.5-1%

Minggu ke-13 hingga minggu ke-20

  • Jika berlaku dalam tempoh ni, risiko kecacatan bayi adalah 2%’

Minggu ke-20 hingga minggu ke-36

  • Bayi berkemungkinan tidak akan terjejas sebaliknya dia mungkin kan mandapat kayap dalam beberapa tahun pertamanya

Tempoh kurang dari 6 hari sebelum bersalin atau 1-2 hari selepas bersalin

  • Jika Chicken Pox berlaku dalam tempoh ni, 20-25% bayi akan dijangkiti virus ni

Tempoh 6-12 hari sebelum bersalin

  • Jika berlaku dalam tempoh ni, terdapat peluang bahawa bayi masih boleh mendapat virus Chicken Pox

Untuk pengetahuan, kecacatan yang mungkin di alami oleh bayi adalah seperti parut, masaalah mata, pertumbuhan yang lemah, saiz kepala kecil, perkembangan bayi yang lambat atau terencat akal.

Bagi memastikan bayi dalam keadaan sihat dan sempurna, pemerhatian oleh pihak doktor mesti lah di ambil serius. Imbasan utrasound perlu di buat bagi mengesan kecacatan yang di alami oleh bayi dalam kandungan. Jadi kepada ibu hamil, elakkan dari berada bersama atau bersentuhan dengan individu yang menghidap Chicken Pox. Kalau ada simptom cepat-cepat berjumpa doktor ye. Selamat melahirkan baby yang comel!!!

ummuziyad :Isteri dan mama kepada tiga orang cahayamata yang bernama Ziyad dan Syifa. Bekerja sepenuh masa di rumah bersama Shaklee dan sudah bergelar Master Coordinator. Serius berbisnes Shaklee dan impian untuk lebih berjaya dengan Shaklee. Jika anda berminat untuk jana pendapatan lumayan bersama Shaklee..saya akan tunjukkan jalan.