X
  • 3 years ago
Categories: GeneralTips-tips Semasa

Assalamualaikum

Hari ni sementara nak tunggu makan malam, sempat nak bercerita mengenai apendik. Dulu saya ingat apendik ni sakit perut biasa-biasa je, tapi sebenarnya sangat bahaya kalau dibiarkan sampai pecah di dalam perut.

Jika mengalami sakit perut yang teruk di bahagian kanan, jangan biarkan ianya berlarutan sebab berkemungkinan besar anda mengalami apendik. Sakit apendik dikenali sebagai sakit penyakit appensitis. Apendik adalah anggota yang tidak berguna di dalam badan. Penyakit ini terjadi apabila apendik ini terkena jangkitan.

Faktor Penyebab Jangkitan?

  • makanan yang tersumbat
  • pembuangan najis yang tidak lawas
  • jangkitan cacing
  • makan makanan yang mengandungi terlalu banyak protein
  • tidak mengambil makanan harian yang seimbang

Terdapat lebih kurang 60 hingga 80 peratus pesakit yang mengalami sakit apendik adalah dalam linkungan 20 hingga 30 tahun. 99 peratus pesakit yang telah mendapat penakit ini akan merasa sakit di bahagian kanan. Selain itu, pesakit juga akan mengaami demam yang ringan, muntah, berak-berak air serta bepeluh.

Apabila apendik terkena jangkitan, ianya akan membengkak dan paling merbahaya apabila apendik tersebut pecah. Apabila apendik pecah, kuman, najis, nanah dan kotoran yang terdapat di dalam apendik boleh merebak ke kawsan usus. Perlu diingatkan, penyakit ini boleh membawa maut!!!

Bagi merawat penyakit ini, biasanya doktor akan melakukan pembedahan untuk membuang apendik yang telah terkena jangkitan itu. Jadi bagi mereka yang mengalami sakit perut yang luar biasa, jangan biarkan dan segera dapatkan rawatan bagi mengetahui apa sakit yang sebenar.

ummuziyad :Isteri dan mama kepada tiga orang cahayamata yang bernama Ziyad dan Syifa. Bekerja sepenuh masa di rumah bersama Shaklee dan sudah bergelar Master Coordinator. Serius berbisnes Shaklee dan impian untuk lebih berjaya dengan Shaklee. Jika anda berminat untuk jana pendapatan lumayan bersama Shaklee..saya akan tunjukkan jalan.