Semua wanita akan teruja bila dia disahkan hamil lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berkahwin dan inginkan cahayamata. Tetapi ada sesetengah dikalangan wanita akan mengalami masaalah pendarahan di awal kehamilan atau berkemungkinan besar akan mengalami keguguran. Pendarahan di awal kehamilan tidak semestinya anda mengalami keguguran sebab ada situasi di mana pendarahan di awal kehamilan adalah sesuatu yang normal.
Pendarahan di awal kehamilan biasanya berlaku disebabkan satu faktor iaitu disebabkan oleh fenomena “implantation bleeding”. Ia bermaksud apabila sperma dan ovum disenyawakan, jani terbentuk dan ia akan bergerak ke rahim untuk di tanam.
Ketika rahim ditanam di dalam rahim iaitu ketika memasuki lapisan endometrium, berlakulah pendarahan yang sedikit. Kebiasaannya anda akan lalui perkara tersebut selama satu atau dua hari, tetapi ada dikalangan ibu hamil yang mengalami situasi tersebut selama 3 atau 4 hari.
Pendarahan di awal kehamilan memang normal berlaku dikalangan wanita akan tetapi jika pendarahan berlaku disertakan rasa tidak selesa dibahagian abdomen, mungkin ibu hamil tersebut sedang mengalami proses keguguran atau dalam istilah lain disebut ‘threatened abortion’.
‘Threatened abortion’ adalah keadaan di mana ibu hamil tersebut mengalami proses keguguran dan keguguran tersebut belum sempurna berlaku tetapi ada tanda-tanda yang keguguran akan berlaku.
Bila bercakap soal keguguran, ibu hamil akan rasa kecewa lebih-lebih bagi mereka yang sangat-sangat teringin menimbang cahayamata. Sebenarnya bila wanita hamil mengalami keguguran, terdapat faktor yang mempengaruhi seeorang itu mengalami masaalah tersebut, antaranya:
1) Pembentukan Janin yang Lemah
Ia berlaku kerana kerana pembentukan janin yang lemah akibat persenyawaan antara ovum dan sperma yang tidak berkualiti. Apabila keadaan ini berlaku, wanita yang mengalami keguguran tidak pelu terlalu kecewa kerana jika ditakdirkan janin tersebut survive, berkemungkinan besar akan mengalami kecacatan yang besar.
2) Kromosom yang Tidak Normal
Kajian perubatan menunjukkan bahawa 60% penyebab keguguran adalah berpunca dari kromosom yang tidak normal. Kromosom ni adalah unsur kecil dalam sel yang membawa unsur-unsur genetik. Apabila sprerma dan ovu bertemu, kadang-kadang salah satu dari kromosom menjadi rosak dan embrio yang terhasil mempunyai kromosom yang tidak normal yang mengakibatkan keguguran.
3) Kecacatan Pada Sistem Peranakan
Tidak semua wanita dilahirkan dengan rahim yang sihat dan normal. Ada sesetengah wanita dilahirkan dengan rahim yang tidak sihat atau tidak normal. Apabila wanita mempunya rahim yang tidak normal, keguguran senang berlaku kerana embrio yang telah bersenyawa akan gagal ditanam dengan sempurna di dalam rahim
Selain itu, pangkal rahim yang longgar juga penyebab kepada keguguran dan ia kerap berlalu di awal trimester kedua. Apabila janin semakin membesar, ia meninggikan tekanan dalam rahim. Jika pangkal rahim longgar, rahim tidak dapat menampung berat janin tersebut dan akan menyebabkan pangkal rahim terbuka serta mengalami keguguran.
4) Masaalah Cyst atau Fibroid
Kebanyakan dari wanita mengaami masaalah cyst dan fibroid. Masaalah cyst atau fibroid boleh menganggu sistem peranakan wanita dengan menghalang implantasi yang berkesan.
Ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan ovulasi menajdi tidak teratur dan haid tidak menentu. Cyst menyebabkan pesakit terdedah kepada risikokencing manis dan kebal kepada insulin. Keadaan ini akan menghalang lapisan endometrium menjadi matang dan tidak begitu reseptif terhadap tumbesaran janin. Menikut kajian, 10-20% wanita kerap gugur disebabkan mengalami masaalah cyst.
5) Masaalah immunologi
Ia merupakan masaalah perubatan dimana wanita hamil mengeluarkan antibodi yang boleh menyerang janin dan boleh meyebabkan keguguran berlaku. Masaalah ini terjadi disebabkan janin yang terbentuk dari sperma di anggap sebagaai objek asing atau virus pada tubuh wanita hamil tersebut. Jadi tubuh wantita tersebut akan membentuk antboi dan menyerang janin yang terbentuk dan berlakulah keguguran.
6) Penyakit yang Tidak Terkawal
Jangan pandang mudah dengan penyakit tiroid, kencing manis, darah tinggi, buah inggang atau penyakit kronik yanag tidak terkawal. Keadaan ini dikaitkan dengan persekitaran yang tidak sihat bagi janin untuk hidup dengan sempurna dan akan memabawa kepada risiko keguguran.
7) Gaya Hidup yang Tidak Sihat
Merokok, pengambilan alkohol, dadah dan jug toksin alam sekitar juge penyebab kepada masaalah keguguran yang berlaku dikalangan wanita. Nikotin yang disedut dari rokok dapat mengalir di dalam darah dan mampu menembusi uri seterusnya menganggu bekalan darah serta pertumbuhan janin. Pengambilan alkohol yang melampaui juga boleh membaa kepada risiko keguguran.
Inilah antara punca kenapa terjadinya masaalah keguguran di kalangan ibu hamil. Keadaan sedemikin dapat dielakkan dan dirawat. Ibu hamil perlulan menjaga kandungan dan mengelakkan dari unsur-unsur yang boleh menyebabkan berlakunya keguguran. Ibu hamil juga memerlukan nutrisi seimbang ketika hamil kerana dengan pengambilan nutrisi seimbang, janin akan kekal sihat dan sempurna.
Ingin dapatkan supplement tambahan untuk ibu hamil???. Boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.
SMS/Wassap: 0129478477
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:
Mamaworld Collections
Amalkan gaya hidup sihat dan makan supplement yang sesuai insyaallah boleh mengelak dari keguguran diawal kehamilan.
as salam..
saya ingin tanya mengape period saye tidak teratur.. saya sudah kahwin due buln tetapi period tidak teratur.. mengape dlm sebuln saye datang smpai due kali..first period okey .. period yg kedue tidak ok.. cntoh nye dalm 3 hari saye period and then 3 hari tidak datang period.. period kuar dengan sikit demi sedikit.. dalm mase tige hari tu.. sudah due buln saye mengalami sebegini.. mengape ye..
salam. period tidak teratur disebabkan gangguan hormon.jgn pandang remeh ye sebab boleh menganggu kesuburan