Zaman PKP dah berlalu. Perkara yang paling menyesal yang saya lalui masa PKP adalah berat badan naik sehingga 81kg. Sangat mengerikan. Bermula dari Disember 2021 saya mula diet dan berat turun sehingga 55kg.

Keinsafan tu bermula bila lutut sakit, badan lemau, cpt letih dan mertua tegur sebab badan dah berisi. Bermula dari situ sy amalkan pemakanan sihat. Bukan eat clean tp lebih kepada diet suku-suku separuh. Saya bukan jenis suka makan dengan strict sangat terutama kalau eat clean, sebab nanti akan cepat bosan dan lama-lama kita akan stop.
Jadi saya fokus kepada makan suku-suku separuh, jaga pengambilan kalori, lintermittent fasting, lebihkan protein, ambil supplement dan workout. Syukur lah Shaklee banyak membantu juga dalam journey tapi pemakanan dan workout juga penting.
Sepanjang proses diet ni, sy memang ambil supplement. Bukan ubat kurus tau tapi supplement yang bantu dalam proses diet sebab kalau tak ambil supplement ni, nak workout pon tak larat, jadi cepat lapar, badan jadi lemau dan tak bertenaga.
Antara supplement yang saya ambil :
1) Protein ESP, Life Shakes dan Cinch Shake
Protein ni penting supaya bila ambil ni, perut kita x cepat rasa lapar dan tak rasa nak makan makanan mengarut. Kalau craving yg bukan2, ambil protein ni. Satu lg protein ni penting supaya otot kita terpelihara dan x menggeleber kalau kurus.
2) Omega
Bagus untuk up kan metabolisme, bakar lemak. Bagus juga untuk turunkan paras kolestrol jahat. Omega juga fungsi dia utk upkan hormon leptin, hormon leptin ni lah yang buat kita rasa kenyang sebab akan bertindak kawal selera makan.
3) Cinch Energy Tea
Haa ni best sebab kalai workout saya wajib ambil ni. Sebabnya untuk energy booster dan juga untuk bantu bakar kalori lebih banyak time workout. Kalau tak ambil ni, memang jadi cepat letih kalau workout. Memang best sangat2. Tak boleh miss tau.
4) Herb Lax
Ni penyelamat kalau perut sebu. Itu tandanya usus kotor. So ambil ni untuk detox usus. Badan pon jd ringan dan usus pon bersih, perut jadi selesa.
Jadi ni antara 4 supplement wajib yg sy ambil masa proses nak turunkan berat badan.
Tapi kena ingat, ambil supplement, tp makan tak jaga, malas workout, tak jadi juga tau. Sebab ni bukan ubat kurus yg mmg confirm makan hr ni, esok berat turun 5kg .
Bila bercakap pasal workout, org akan fikir kena pi gym, angkat berat, lompat sana lompat sini. Workout ni x semestinya begitu, buat sekadar yg mampu dan kita boleh konsisten buat sampai bila2.
Kalau kita mampu briskwalk sahaja, then buat lah setiap hari 30 min-1 jam. Tak perlu teruk2 pon asalkan keluar peluh. Sebab kita nak kurus dan sihat. Jadi nak sihat tu kena lah senaman dengan konsisten.