Assalamualaikum
Entry sebelum ni saya ada bercerita tentang tanda-tanda yang akan di alami jika seseorang itu mengalami kandungan luar rahim. Tanda-tanda tersebut perlu diberi perhatian sebelum ianya parah. So entry kali ni saya nak bercerita tentang punca terjadinya kandungan luar rahim dan rawatan yang akan dk berikan bagi yang menghadapi masaalah ini.
Sebenarnya, kes kandungan luar rahim ni sangat jarang berlaku. Punca berlakunya kandungan luar rahim disebabkan oleh berapa faktor. Antaranya ialah:
- Mempunyai sejarah penyakit keradangan pelvis
- Terdapat penyakit seksual berjangkit seperti chlamdia dan gonorea
- Mengalami kecacatan sejak lahir pada tiub fallopion
- Sejarah pembedahan pelvik kerana parut boleh menyekat telur disenyawakan daripada meninggalkan tiub fallopion.
- Telah mempunyai sejarah kehamilan luar rahim
- Ikat salur fallopion untuk pensterilan
- Penggunaan ubat kesuburan yang tak terkawal dan juga penggunaa ubat antibiotik
- Pengambilan pil perancang untuk menjarakkan kehamilan
- rawatan kemandulan seperti persenyawaan IVF
- Terdapat endometriosis pada saluran tiub fallopion
Bagi yang pernah berada dalam situasi di atas, perlu peka jika berlaku kehamilan supaya kita boleh mendapatkan rawatan secepat mungkin sebelum ianya menjadi lebih teruk. Terdapat 3 jenis rawatan yang akan diberikan kepada mereka yang alami hamil luar rahim.
- Pembedahan Laparotomy dan Salphigectomy:
Rawatan ini akan diberikan jika doktor mendapati bahaawa tiup fallopio telah pecah. Pembedahan kecemasan akan di lakukan bagi mengehantikan pendarahan dan berkemungkinan salur fallopion atau ovari yang rosak perlu dibuang terus. - Pembedahan Laparoskopi:
Pembedahan ini akan di lakukan jika salur fallopion tidak pecah dan kehamilan masih awal. Pembedahan laparoskopi boleh membuang embrio dan membaiki kerosakan pada salur fallopion. - Suntikan Ubat Chemotherapy Methotrexate:
Dala sesetengah kes, jika kandungan masih awal dan salur fallopion tidak rosak, rawatan suntikan ubat chemotherpy boeh digunakan untuk menghentikan pertumbuhan tisu kehamilan.
Bagi mereka yang ada kebarangkalian berisiko untuk hamil luar rahim, peka dengan tanda-tanda jika anda hamil dan segera dapatkan pandangan doktor serta rawatan yang sewajarnya sebelum tiub fallopio pecah dan boleh menyebabkan kematian.