Assalamualaikum

Malam ni terdetik nak menulis tentang penyakit bronkitis atau satu penyakit di mana tiub bronkial yang membawa udara ke paru-paru dijangkiti kuman dan bengkak. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu akan mengalami batuk yang lama dan mengandungi lendir yang lebih banyak.

JENIS-JANIS BRONKITIS

Penyakit bronkitis ni ada 2 jenis:

  1. Bronkitis Akut
    Bronkitis jenis ni adalah bronkitis biasa yang terjadi dalam masa yang singkat Kebiasaanya ia berlau selepas jangkitan selsema atau virus
    .
  2. Bronkitis Kronik
    Bronkitis jenis ini adalah lebih serius dan berlarutan sehingga jangka masa yang panjang. Punca bronkitis jenis ini adalah disebabkan oleh kerosakan tisu paru-paru dan saluran udara.

PUNCA BERLAKUNYA BRONKITIS

Kebiasaanya virus yang sma menyebabkan selsema boleh mengakibatkan berlakunya bronkitis. Akan tetapi bakteri juga boleh menjadi punca berlakunya bronkitis.

Dalam keadaan mana pon samaada disebabkan virus atau bakteria, apabila badan melawan kuman, secara automatik tiub bronkial akan membengkak dan akan menghasilkan lebih banyak lendiran.

Bila keadaan demikian berlaku, tiub pernafasan akan jadi lebih kecil dan sekaligus menjadikan seseorang itu sukar nak bernafas.

Antara punca yang menyebabkan bronkitis adalah:

  • Mempunyai sistem imun yang lemah
  • Merokok atau pendedahan terhadap asap rokok
  • Kualiti udara yang buruk dan tercemar
  • Bronkitis akut yang sering berulang

SIMPTOM ATAU GEJALA BRONKITIS

Gejala biasa bronkitis akut adalah sama seperti selsema biasa, antaranya:

  • Hidung berair
  • Keletihan
  • Bersin
  • Sakit belakang dan sakit otot
  • Sakit kepala
  • Hidung tersumbat
  • Sakit tekak
  • Demam 37 – 38 C
  • Menggigil

Jika keadaan berlarutan ia mungkin bronkitis kronik dan tanda-tanda bronkitis kronik seperti:

  • Kehilangan berat badan
  • Sesak nafas atau sukar bernafas
  • Sakit Dada
  • Demam melebihi 38c
  • Batuk yang berlarutan lebih dari 10 hari

Peka dengan perubahan gejala yang di alami. Sekiranya keadaan semakin teruk, haruslah mengambil langkah rawatan yang sesuai bagi mengelakkan ianya terus melarat dan semakin teruk.

Penulisan saya untuk entry akan datang, saya akan ceritakan dan share bagaimana Shaklee dapat membantu masaalah bronkitis.