Assalamualaikum

Semua orang akan teruja bila disahkan hamil. Begitu juga mereka akan lebih teruja untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga. Di dalam keterujaan, mesti ada juga kerisauan lebih-lebih lagi jika anak sulong.

Kebiasaan nya di saat hampir melahirkan, sakit kontraksi akan dialami oleh ibu hamil. Rasa sakit ini tidak berkesinambungan, sakit ini akan dimulai dengan adanya rasa sakit yang ringan pada punggung dan kemudiannya menjalar ke seluruh tubuh. Ibu hamil harus tahu tahap mana serius kontraksi yang dialami untuk memudahkan menjangka masa akan melahirkan.

Tanda-tanda Kelahiran

Awas dengan tanda-tanda kelahiran yang sudah dekat. Berikut adalah diantara tanda-tanda kelahiran bayi yang sudah dekat:

  1. PERUBAHAN BENTUK TUBUH
    Perubahan pada hormon akan merubah bentuk tubuh ibu hail. Bahagian punggung akan melebar dan mempermudah jalan lahir si kecil, payudara juga tampak semakin membesar untuk proses penghasilan susu.
    .
  2. SAKIT PUNGGUNG
    Ini merupakan gejala paling umum akan dirasakan sebelum melahirkan atau melalui proses bersalin. Oleh kerana itu, ibu hamil harus dapat membezakan antara sakit pada bahagian punggung yang normal atau salah satu daripada tanda-tanda mahu melahirkan.
    .
  3. PERUT RASA MENGERAS
    Perut ibu hamil terasa mengeras disebabkan bayi mulai turun ke bawah rahim. Selain itu, rasa memulas itu akan membuat perut semakin mengeras.
    .
  4. KONTRAKSI
    Dinding rahim akan makin mengeras sebelum proses bersalin berlaku. Kontrasksi ni akdang-kadang tidak terlalu menyakitkan dan ada dikalangan ibu hamil tak sedar pon rasa kontraksi tu. Jadi kenalilah sakit yang anda rasai itu kontraksi atau bukan. Sakit kontraksi nilebih kurang sakit senggugut.
    .
  5. KELUAR LENDIR DARI VAGINA
    Ini merupakan tanda-tanda yang proses kelahiran semakin dekat. Jika lendir yang keluar semakin banyak, itu menandakan semakin dekat proses kelahiran. Lendir tersebut akan bertukar menjadi air yang dikenali sebagai air ketuban.
    .
  6. ADA CAIRAN DARAH
    Jika terdapat cairan darah pada vagina, terus dapatkan rawatan segera. Ini menunjukkan proses bersalin semakin dekat.
    .
  7. KERAP BUANG AIR KECIL
    Tidak tertahan buang air kecil walaupon ia gejala yang biasa dialami oleh ibu hamil pada trimester ketiga, tapi kali ini ia sangat berbeza. Anda akan merasakan satu tekanan yang membuatkan anda ingin benar-benar membuang air kecil. Hal ini disebabkan oleh bayi yang mulai makin menurun ke bawah.
    .
  8. GERAKAN BAYI PERLAHAN
    Sebelum rasa sakit untuk bersalin, ibu hamil akan rasa kan yang bayi lambat bergerak. Hal ini disebabkan ketika saat itu bayi sedang mengatur posisi kelahiran.
    .
  9. KONDISI PSIKOLOGI TIDAK STABIL
    Seorang ibu yang sudah dekat waktunya untuk bersalin, kadang-kadang berubah menjadi emosi yang sukar diandaikan. Ini wajar kerana fasa untuk melahirkan perlukan persiapan fizikal dan mental.
    .
  10. PEMBUKAAN
    Tanda kemuncak kelahiran semakin dekat adalah bila mana kepala bayi berada di bahagian pintu rahim, pembukaan jalan berlaku secara perlahan-lahan. Umumnya rahim akan terbuka satu persatu sekitar dua jam sekali. Bila laluan sudah 9 cm, ini bermakna sudak tiba saatnya anda melahirkan.

Eh teruja pulak bila cerita pasla tanda-tanda kelahiran ni. Setiap orang tandanya berbeza malah setiap anak tandanya juga berbeza. Jadi ibu-ibu hamil kena allert dengan tanda-tanda atau perubahan yang berlaku supaya ibu-ibu sentiasa bersedia di saat kelahiran. Semoga artikel ini bermanfaat untuk ibu-ib di luar sana.