Banyak hari dah ku tonton video ni. Nak di buat entry takut jadi isu hangat pula. Tapi bila tonton video ni memang tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka..hehe. Sebabnya memang ia nya dialami dan berlaku kepada 99% lelaki tau..termasuk la kot suami saya..hihi..tetapi suami saya tetap yang terbaikkk!!!
Pernah alami situasi ni tak??:Sayang..mana butang baju abang? Dah bagi tahu dah kat tempat sekian-sekian..tetap tak jumpa. Pada hal depan mata dia je pun buatang baju nya. Biasakan alami?? Haa yang pernah alami tu pasti tersenyum je kan?? Itu bab butang baju, belum lagi minta tolong jagakan anak, memasak, kemas rumah dan kerja-kerja lain..kenapa diorang tak mampu buat ye dalam satu masa?? Cuba tunjuk video ni kat suami masing-masing..tengok diorang setuju ke tidak..hihi
Apa pon kebenarannya..itulah seorang lelaki bergelar suami. Sebab tu diorang perlukan assistant yang di gelar isteri. Isteri lah setiausaha, isteri lah chef dan segala-segalanya isteri. Kita sebagai isteri tak boleh rasa macam tak adil sebab kita kena buat semua benda. Berbakti kepada suami dan anak-anak pahala yang sangat besar tau. Sebab tu isteri ni sangat mudah masuk syurga kalau taat pada Allah, taat pada suami dan buat apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah. Sangat mudah kan?
Alhamdulillah suami saya banyak membantu dalam urusan rumah tangga walaupun tidak perfect tapi cukuplah sekadar meringankan beban sedikit. Kita pon kena faham dia pon penat bekerja,mungkin lagi banyak perkara yang dia fikirkan berbanding kita. so kena lah give and take.
Saya sendiri tidak bekerja selepas tamat belajar sebab atas permintaan suami. Permintaan suami supaya saya sendiri jaga anak-anak, jaga rumah tangga, dia balik saya ada kat rumah, masakkan untuk dia, jaga makan minum dia. Sedikit pon saya tak rasa terkilan walaupun belajar tinggi-tinggi tapi tak bekerja. Malah saya mampu membantu suami dari segi kewangan walaupun tak bekerja di luar. Selama saya tidak bekerja saya hanya buat bisness dari rumah. Alhamdulillah suami pon senang hati sebab kita sentiasa di rumah, anak-anak depan mata, dari segi kewangan pon membantu malah banyak perkara yang positif bila daam keadaan begini.
Kalau nak cerita macam mana saya menjana income dari rumah, panjang pula isinya dan agak lari dari topik..hihi..cuma nak bagi tahu, kita isteri mampu buat semua benda even dapat buat bisness sambil menguruskan rumah tangga sebab isteri ni multitasking. Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana saya jana income dari rumah boleh baca di entry saya sebelum ni : Suri Rumah Bergaji CEO
Penulisan ni bukan nak cakap isteri hebat lebih dari suami. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Suami adalah ketua keluarga..tinggi darjatnya..mentadbir sebuah rumah tangga bukan mudah. Menjaga isteri dan anak-anak dari segi agama dan sebagainya. Ketua keluarga ni besar tanggungjawab..hanya lelaki yang mampu mengurukan nya. Jangan dilupa firman Allah:
Allah SWT berfirman, “Lelaki lebih kuat daripada wanita.” ( An Nisaa’ : 24 )
Suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Suami memerlukan isteri sebagai pembantu manakala isteri memerlukan suami sebagai pelindung. Saling melengkapi antara satu sama lain.
Allah SWT berfirman, ” Mereka (para isteri) adalah pakaian bagimu dan kamu (para suami) adalah pakaian bagi mereka.”( alBaqarah ; 187 )
Tempat ketenangan bagi seorang suami adalah isterinya. Begitu juga sebaliknya ketenangan seorang isteri adalah suaminya. Di antara keduanya akan terbentuk rasa kasih sayang dan cinta. Ini adalah satu nikmat daripada Allah bagi manusia. Melalui pernikahan Islam menghendaki agar hubungan lelaki dan wanita menjadi kuat, mantap dan kekal serta dapat menjadi pasangan yang bersatu dalam kerja, maksud, tujuan dan cita-cita. Bila ada permuafakatan baru lah adanya mawaddah wa rahmah. Moga bahagia hingga ke jannah!! ameen!!
Silalah share jika ianya bermanfaat!!!
betul laa kak.. suami sy memg hebat bab memasak.. sebab dia kerja chef.. tp tak hebat laa sebab kalau nak masak kena tunggu sy balik kerja, so sy boleh jaga anak.. hahaha.. tp kite wife, boleh je handle nk masak, jaga anak and kemas rumah at the same time..wow! rasa ada super power pulak..
yoorin recently posted…Giveaway Cash RM500 2015 by Emas Putih