Assalamualaikum
Hari ni tulis artikel untuk ibu hamil yang mengalami alahan atau dipanggil morning sickness. Morning sickness ni sering dialami oleh ibu hamil pada awal trimester pertama. Ibu yang alami morning sickness ni akan rasa loya dan nak muntah. Memang tak larat kan kalau asyik loya dan muntah. Bau busuk pon muntah, bau masakan pon nak muntah dan ada je benda yang tak kena buat kita rasa loya. So entry kali ni saya nak bercerita pasal ubat loya dan muntah untuk mak buyong mealui pengalaman saya sendiri.
Bila ibu hamil alami morning sickness, semestinya akan hilang banyak air dari badan. Sebab dah asyik membuang sahaja kan, jadi memang akan rasa lemau dan tak larat nak buat apa pon. Makan pon jadi tak selera. Kadang-kadang tu makan sikit pon tapi buang yang banyak. Ada juga ada kadang-kadang perut asyik berangin dan tak selesa. Memang setiap masa rasa nak baring dan tidur yang menjadi penyelamat daripada muntah je memanjang.
Pengalaman saya mengandungkan anak pertama memang teruk juga lah morning sickness. Time tu masih belajar dan kena pula bulan puasa. Puasa tak payah cakap lah memang tinggal 15 hari..pecah rekod kan. Sebab tak tahan dengan loya dan muntah..ditambah dengan memang tak larat sangat-sangat. Memang jenuh nak ganti puasa tapi apa kan daya sebab memang tak larat. Bayangkan bau makanan pon nak termuntah. Ingat lagi pi bazar Ramadhan nak beli juadah berbuka, perut ni nak makan macam-macam, sekali bau makanan, hilang mood nak membeli..meamng loya dan nak pitam. Masa tu saya harap itulah pengalaman saya yang terakhir morning sickness. Kandungan yang akan datang meamang tak mau dah.
Bercerita pula pasal pengalaman hamil anak kedua, kali ni memang best sebabnya tak rasa loya dan nak muntah sangat. Apa yang lagi best bila dapat puasa penuh pada bulan Ramadhan. Memang syok habislah. Tak perlu lah nak ganti puasa banyak-banyak. Puasa kali ni lebih bertenaga. Nak tahu rahsia saya kurangkan rasa mual dan nak muntah?? Nah saya amalkan Peppermint Ginger Plus. Makan Peppermint Ginger Plus ni memang bagus sebab dapat buang angin dan memang melegakan. Rasa berangin je dan selesa je lepas makan. Lepas tu memang mual tu tak rasa sangat.
Selain dari Peppermint Ginger Plus, apa yang saya amalkan semasa mengandung pada bulan Ramadhan adalah Set Hamil Shaklee. Memang memberikan tenaga yang luar biasa. Memang larat hampir setiap hari berulang alik ke Kulim hantar barnag pada customer. Customer tengok pon terkejut tengok betapa cergasnya saya time mengandung sampai lah melahirkan. Alhamdulillah Shaklee memberikan Nutrisi Tambahan kepada saya ketika hamil. Loya dan muntah boleh bilang dengan jari berapa kali je sepanjang hamil. Syuku sangat-sangat kehamilan kedua dipermudahkan.
Jadi kepada mak buyong sekalian yang teruk morning sickness tu, try lah cuba. Saya berkongsi ikut pengalaman saya sendiri bukan sebab nak lariskan jualan 🙂 Kalau dah loya dan s=asyik muntah memang malsa nak buat ape kan. Macam tu juga lah saya..tapi alhamdulillah saya dah jumpa caranya..jom jangan lemau-lemau ye mak buyong..kita aktif..anak dalam perut pon turut aktif dan sihat..
Ingin dapatkan Nutrisi Terbaik Semasa Hamil??? Boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.
SMS/Wassap: 0129478477
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:
Mamaworld Collections
Teringat semasa kehamilan dulu 6 bulan melalui morning sickness ni..muntah..muntah dan muntah sehingga berat turun hampir 10kg sepanjang 6bln tu..sebab tu la pentingnya supplemant untuk ibu2 hamil. Membantu ibu2 hamil mendapat nutrisi secukupnya.
nurul nurshida recently posted…kerana terpaksa aku relakan diriku kembali cantik berseri
Bestnyer ada solutions ni. Dulu belum kenal Shaklee. Empat kali pregnant, empat kali juga semua mabuk hamil yg teruk hingga admitted ke hospital sebab kurang air dalam badan. Insyaallah pregnant yang seterusnya, jika berulang lagi keadaan yang sama, nak try supplemen Shaklee ni.
mama hantek recently posted…Resepi Telur: Sup Telur Daun Bawang Chinese-style
tak bestnya kalau morning sickness, makin sikit buang memang seksa. alhamdulillah pregnant hari tu ok.
akak vitamin recently posted…Segmen blogwalking sampai penat