Dasyat tak tajuk entry kita hari ni. Bangla mana la pulak ye. Memang ni resepi dari Bangladesh sebab yang ajar memang Bangla. Actually ibu mertua ada pekerja dari Bangladesh..sebelum saya pandai masak resepi ni..dah banyak kali dia masakkan untuk kami sekeluarga..memang kalau makan nasi bertambah-tambah..satu family lah suka masakan ni. 
 
Sampai satu masa..tak kan asyik nak minta dia yang masak kan walaupon dia rajin orangnya..so ibu mertua panggil lah dia ajarkan cara masak. Jadi dari situlah kami belajar resepi ni. Resepi ni nak kata susah tak jugak..senang pon tak jugak sebab resepi ni pakai banyak bawang. Jom kita tengok bahan-bahan nya dan cara nak masak.

Bahan-bahan A:

1) 1/2 ekor ayam dipotong kecik
2) Serbuk kunyit dan garam
3) Minyak masak

Bahan-bahan B:

1) 20 ulas bawang merah
2) 1 labu bawang putih
3) Cabai Melaka
4) 1 inci halia
5) 1 inci kunyit hidup
6) 1 sudu kecik jintan manis
7) Buah pelaga
8) Kulit kayu manis
9) Bunga lawang
10) Bunga cengkih
11) 2 batang serai
12) Asam keping
13) Gula dan garam
Cara-cara:
1) Goreng ayam sehingga separuh masak dan ketepikan


2) Kisar semua bahan dari nombor 1-6 sehingga lumat


3) Masukkan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih ke dalam bahan yang telah dikisar


4) Masukkan ayam yang telah di goreng kedalam campuran rempah tadi dan gaulkan

5) Kemudian renehkan di dalam minyak bekas gorengan ayam tadi sehingga kuah sedikit pekat


6) Masukkan 2 batang serai untuk lebih harum, asam keping serta garam dan gula secukup rasa
7) Biarkan seketika dan siap utnuk dihidangkan

Selamat Mencuba!!!

 
Berminat nak order Shaklee??
 
Jom kalau nak order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh. Anda membuat pilihan yang terbaik untuk anak anda!!!
 
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.


**Pastinya anda ingin ketahui CARA UNTUK JOIN AHLI
**Pasti nya anda ingin tahu KELEBIHAN JOIN SHAKLEE
**Anda pasti teruja kerana BUSINESS SHAKLEE BOLEH DIWARISI
 
Farhah&Jamil (881663)
SMS/Wassap: 0129478477 
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:Mamaworld Collections
           Ikhtiar Hamil
           Vitamin C Plus 500mg (Original)
           Pengedar Supplement Sungai Petani