Assalamualaikum

Ok entry hari ni nak share pasal resepi mama iaitu Homemade Salmon Grill. Ini pertama kali buat atas permintaan suami. Suami dah teringin sangat nak makan kan, maka chef mama kena lah buat. Selama hidup 30 tahun ni, pandai makan je, buat memang tak pernah. So kali ni tak salah kan  kita mencuba.

salmon grill

Sehari sebelum kejadian keluar lah kami mencari bahan-bahan untuk buat salmon ni. Bahan-bahan dia macam herba-herba tu tak pernah seumur hidup beli. Ini antara herba-herba yang digunakan dan boleh didapati di mana-mana shoping mall. Saya beli di Mydin sema barang ada termasuk lah salmon yang fresh.

salmon grill

Antara bahan-bahan utama untuk perap salmon ni adalah:

  • 3 keping ikan salmon
  • 3-4 biji bawang putih di tumbuk lumat
  • 125 gram butter
  • 1/2 sudu serbuk oregano
  • 1/2 serbuk thyme
  • 1/2 serbuk lemon
  • sedikit black pepper
  • sedikit garam
  • satu biji lemon
  • minyak zaitun ( untuk grill )

Caranya mudah sahaja:

  1. Masukkan bawang putih, serbuk oregano, serbuk thyme, serbuk lemon, black pepper dan garam  ke dalam butter. Gaul sehingga sebati.
  2. Perahkan jus lemon kedalam adunan tadi dan gaul sehingga sebati.
  3. Lumurkan ikan salmon dengan adunan tadi dan perap selama 2-3 jam. Lagi lama lagi sedap.
  4. Panaskan kuali untuk grill ( sy guna periuk ajaib je ) dengan sedikit minyak zaitun.
  5. Masukkan ikan dan grill dengan api yang perlahan suapaya bahagian dalam masak.
  6. Jangan terlalu garing sebab isi ikan salmon kalau terlampau masak, akan jadi keras.
  7. Nila warnan kedua-dua bahagian ikan dah keperangan, boleh angkat dan hidangkan.

Untuk dressing salmon grill ni, saya buat brokoli stim, kentang putar, fun fries dan coslow. Memang dah macam kat restoran dah husband cakap. Penuh pinggan dan lebih dari cukup. Kat restoran belum tentu makan kenyang sebab ciput je diorang buat. Jom tengok step untuk dressing plak.

Brokoli Stim

  • Didihkan air dengan sedikit garam
  • Celur brokoli sebentar. Jangan samoai layu ditasik madu tau. Agak-agak dah lembut terus angkat.
  • Hiaskan dengan thousand island

Kentang Putar

  • Rebus 2 biji kentang yang agak besar. Make sure betul-betul lembut.
  • Kupas kulit dan gunakan lesung untuk lenyek
  • Selesai lenyek, gaulkan dengan serbuk lada putih

Coslow

Bahan2 untuk coslow:

  • kubis di parut
  • carrot di parut atau di potong memanjang dan nipis2
  • 4-5 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar jus lemon
  • sedikit black pepper
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sudu besar gula putih
  • sedikit garam

Cara-cara membuatnya sangat simple:

  1. Masukkan susu, jus lemon, gula, dan garam ke dala mayonis. Gaulkan sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk yang berisi kubis dan carrot.
  3. Gaul sehingga sebati, tambah mayonis kalau adunan terlalu kering.
  4. Taburkan serbuk lada hitam dan sejukkan di dalam  peti ais sebelum makan.

Untuk kuah atau sos salmon ni, saya hanya buat sos lada hitam dan dihidangkan bersama mayonis. Cara nak buat sos lada hitam, saya hanya gunakan black pepper sos yang dalam botol. Just campurkan dengan air, perahkan jus lemon dan masaakan di atas api sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula jika perlu ikut selera masing-masing.

salmon grill

Selamat mencuba!!!

MEmang husband puji sedap dna sebijik macam kat kedai. Tapi kat kedai tak lah banyak macam yang kita masak. Makan ni untuk lunch tersangat lah kenyang. Tak perlu nasi dah.