Hari ni nak buat post santai-santai je..asyik bercerita pasal Vitamin je boring jugak kan..hari ni nak bagi resepi Asam Pedas Ikan Pari style Kelantan..tak tahu lah kalau negeri lain macam mana cara masaknya..tapi ni resepi yang mak sendiri ajar dari dulu lagi..so semalam teringin nak makan asam pedas..maka jadilah ia..
Jom kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat asam pedas ni. Sangat simple dan yang penting sedap..bukan saya syok sendiri tapi suami cakap sedap tu memang sedap sungguh la..sebab suami ni kalau terkurang mana-mana dia cakap terus terang..sebab nak isteri dia improve..so bila nasi dah bertambah dua kali maknanya memang sedap betul lah tu..hihi (perasan jap)
Bahan-bahan:
1) Ikan pari yang dipotong kecil
2) 4-5 ulas bawang merah
3) 3 ulas bawang putih
4) 1 inci kunyit hidup
5) 1 inci lengkuas
6) Bendi
7) 2 batang serai diketuk
8) 2-3 sudu besar cili kering yang dah di kisar (nak pedas boleh tambah lagi..atau tak nak pedas sangat boleh kurangkan)
Cara-cara:
1) Kisar semua bahan (bawang putih, bawang merah, kunyit hidup, lengkuas) sehingga lumat.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dah di kisar dan juga cili kering yang sudah dikisar. Tumis sehingga bahan tadi betul-betul masak.
3) Masukkan ikan pari dan 2 batang serai. Biarkan mendidih seketika
4) Masukkan air asam jawa, sedikit garam dan gula
5) Masukkan bendi dan biarkan empuk seketika
6) Tambahkan air jika tak nak pekat sangat dan biarkan mendidih seketika
7) Siap untuk dihidangkan ( if ada buah tomato boleh masukkan sekali dan terus padamkan api)
Mudahkan nak buat??Boleh siap dalam masa 15-20 minit sahaja sambil berperang dengan anak..hihi..masakan yang kurang kolestrol dan tinggi protein!!!
Selamat Mencuba!!!
Berminat nak order Shaklee??
Jom kalau nak order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh. Anda membuat pilihan yang terbaik untuk anak anda!!!
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.
**Pastinya anda ingin ketahui CARA UNTUK JOIN AHLI
**Pasti nya anda ingin tahu KELEBIHAN JOIN SHAKLEE
**Anda pasti teruja kerana BUSINESS SHAKLEE BOLEH DIWARISI
Farhah&Jamil (881663)
SMS/Wassap: 0129478477
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9