Pemakan yang seimbang dan berzat sangat penting untuk ibu yang menyusukan badan bagi menghasilkan susu badan yang berkualiti dan mengenyangkan anak anda.
Di sini saya nak kongsikan sedikit tips pemakanan yang penting semasa menyusukan badan
Antara tips berikut adalah:
1) Berikan tumpuan kepada makanan jenis wholegrain atau bijirin, buah-buahan segar,sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi
2) Pengambilan air yang secukupnya adalah sangat penting bagi memastikan anda well hydtared semasa menyusu. Minumlah 8-10 gelas sehari kerana ketika menyusu badan, hormon oxytocin dirembeskan dan ini akan membuatkan anda rasa dahaga. Jadi pengambilan air yang mencukupi tidak akn menyebabkan susu anda berkurang.
3) Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafein atau alkohol. Kafin boleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.
4) Anda boleh meneka sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya menyebabkan bayi anda menangis, fussy dan tidak dapat tidur dengan nyenyak.
5) Makanlah vitamin dan zat secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang. Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakan bahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi kehilangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan ekslusif.
Oleh itu pengambilan vitamin tambahan amat penting sebagai sumber tambahan untuk badan.
Saya sangat setuju…Pemakanan yang tidak seimbang akan memberi kesan yang negatif kepada ibu dan anak…
http://zahraasumayyah.blogspot.com/
Setuju sangat..Pemakanan yang seimbang membantu penghasilan susu ibu dengan lancar
http://mamaasyrafiaina.blogspot.com/