Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni baru berpeluang nak share pengalaman bawa anak-anak ke Hong Kong tanpa melalui travel agent. Sebenarnya trip ke Hong Kong ni tiada dalam plan kami sebenarnya. Semuanya secara tiba-tiba dan preparation hanya dalam masa sebulan. Tiket flight dan hotel pon kami book sebulan sebelum tarikh. Sebetulnya decide ke sana last minit sebab husband kena pi training di sana, so kami apa lagi memang angkut semua lah.
Sebelum pergi ke sana memang kami tahu kat sana semua benda mahal termasuk lah makan sebab dah tanya-tanya kawan yang pernah ke sana. Masa ni memang dok kira bajet lah dan nak book flight serta hotel yang agak mahal. Kami memang buat perbandingan harga tiket flight dan beberapa hotel. So 21 Oktober kami book tiket flight Malaysia Airlines untuk 2 orang adult, 2 orang kanak-kanak dan 1 bayi dengan jumlah harga RM 3968.60 (memang mahal weh dan telan air liur..haha). Tiket Flight kami pada 26 November dan memang sebulan dari tarikh lah lebih kurang kami book.
Bila dah settle bab tiket, kami survey hotel pula. Alhamdulillah dapat hotel yang selesa dan agak murah lah sebab last minit kan so still murah lagi untuk penginapan 7 hari 6 malam. Kalau ada yang ke Hong Kong, boleh stay kat hotel ni namanya HOTEL WANCHAI88 yang terletak di kawasan pekan dan sangat strategic. Hotel ni sangat dekat dengan stesyen MTR dan banyak kedai2 macam 7 Eleven. Bukan itu je, yang best nya hotel ni juga sangat dekat dengan Islamic Center di mana ada masjid dan Canteen For Muslim.
Pemilhan hotel ni memang sangat terbaik, sebab ianya luas, selesa dan bersih. Hotel yang kami duduk ni kami pilih katil queen bed dan harganya untuk 7 hari 6 malam RM3182.31. Kalau tengok macam mahal kan, tapi sebab memang book last minit, so memang kena redha jer lah kan. Cuma kalau ada yang nak pi ke sana, silalah plan awal2 dan booking awal. Jom tengok bilik kami duduk..memang luas dan selesa.
Bangunan hotel pon dah cantik
Tempat breakfast. Hotel ni bagi breakfast free
Hotel Lobby Di Ground Floor. Kat sini ada guard dan staff hotel juga yang jaga
Bilik Executive Queen Bed With Mountain View. Kami memang pilih bilik ni
Ruang yang luas boleh masak-masak
Ingat ke meja ape la yang besar. Sekali peti ais. Rujuk gambar bawah
Besar peti ais nye. Boleh simpan macam-macam
Pemandangan waktu malam dari tingkap bilik
Bilik air yang luas dan selesa
Dah tengok kan bilik? Memang selesa kan?So bila sampai tgh malam hari tu kat hotel ni sangat lega sebab selesa dan hilang segala penat travel dengan anak2. Settle bab bilik dan flight, kami buat lah beberapa persediaan dan bajet untuk ke sana.
Perkara petama yang paling kami concern adalah bila sampai di airport sana sebab time tu dah lewat malam sampai (actually dah pagi dalam kol 1 pagi sebab flight delay) dan takut teksi tak ada. So kami decide untuk ambil hotel pick up dan agak lah mahal tapi sebab terpaksa tak boleh nak elak, kena lah ambil juga. Ye lah main dengan anak-anak sampai lewat malam memang akan ada yang meragam.
Selain dari tu persediaan dari segi makanan sebab memang kat sana mahal kan. So kami decide untuk bawa travel cooker. Sebab kami dok hotel so tak boleh la nak masak beria sangat takut hotel tak bagi. Actually dalam bilik ada 2@3 smoke detector, jadi nya memang tak boleh lah nak menggoreng ke apa. Setakat nak masak nasi dan panaskan lauk2 dari Brahim’s dan masak sardin tu boleh lah. Tapi itu pon dah cukup sebab lauk-lauk segera yang Brahim’s punye pon sangat sedap.
Travel Cooker. Memang kecik molek je. Beli RM 69 kat Shoppee
Antara lauk Brahim’s yang dibawa
Memang sangat jimat duit makan kat sana bila bawa bekal dari Malaysia. Kat sana kami hanya makan 5 kali sahaja di luar selama berada di Hong Kong. Seebihnya memang makan bekal yang di bawa dari Malaysia. Jom saya nak share sedikit bajet yang kami plan sebelum ke sana.
Taxi Airport Malaysia : RM 300
Taxi Hong Kong : RM 1036.79 (HKD 2000)
MRT : RM 324 (HKD 600)
Makan : RM 1296 (HKD 2400)
Souvenir : RM 729 (HKD 1350)
Disneyland : RM 1088.64 (HKD 2016)
The Peak + Sky Terrace : RM 144 (HKD 266)
Emergency : RM 400 (HKD 772)
Ini antara bajet kasar, actually kami dapat jimat lebih lagi dari segi bajet untuk makan dan taxi. Selain tu untuk disneyland pon kami dapat lagi murah tiket. Nanti saya share kat mana nak book tiket disneyland yang lagi murah dalam next entry. Kami dapat jimat dalam HKD 3100, alhamdulillah tak over bajet.
Actually ni first time kami travel dengan anak-anak tanpa guna travel agent. Mula-mula risau jugak boleh handle ke tak anak-anak ni tambah-tambah kalau penat dan of course lah meragam. Tapi kalau orang lain boleh buat kenapa bukan kami kan. So bila travel sendiri ni akan naik banyak public transport, banyak berjalan..so kena expect ambil masa yang lama dan mood anak-anak akan berubah. Jadi, saya nak share beberapa tips yang penting bila bawa anak-anak travel:
- Pakai pakaian yang selesa. Kalau musim sejuk, pakai lah sweater so tidak lah nanti diorang merengek cakap sejuk lah ape semua. Time kami pergi ni cuaca tak lah sejuk sangat kalau tengahari cuma pagi dan malam sangat sejuk dengan angin dia apa semua. Dekat The Peak memang sangat sejuk so pakai kan anak-anak stokin dan sweater tebal.
. - Bawa makanan ringan dalam bag galas. Memang dari airport Penang lagi saya dah bawa bekal biskut, roti, koko crunch dan air masak dalam bag galas sebab anak-anak ni anytime je diorang lapar. So sebelum diorang meragam sebab lapar, ready siap2 dalam bag.
. - Bawa kit ubat-ubatan sebagai persediaan anak-anak tak sihat. Saya bawa semua jenis minyak, termometer, cool fever, ubat demam untuk kanak-kanak dan dewasa, vitamin nutriferon, wet tissue, tissue biasa dan krim herbal blend.
.
- Bawa baby carrier atau stroller yang compact. Alhamdulillah senang handle muadz sebab dia nak duduk dalam baby carrier. Stroller ada gunanya kalau abang dan kakak dia penat tapi kena bawa yang ringan sebab ada masa naik train yang padat macam tin sardin, stroller kena tutup dulu dan buka bila sampai ke destinasi. Memang nak kena beli stroller yang lagi ringan dari yoyo babyzen. Stroller yoyo babyzen leh tahan berat nya.
. - Bawa baju dan pampers yang lebih dalam bag supaya time emergency boleh guna. Tak adalah kalut nak patah balik ke hotel.
. - Bawa botol mineral kosong sebab toilet kat sana tak ada paip air untuk basuh. So kena bawa botol kosong supaya boleh tadah air di singki dan bawa masuk toilet untuk basuh. Toilet kat sana sangat bersih kalau nak banding toilet awam kat Malaysia ni sbenarnya. Diorang sangat jaga part kebersihan.
. - Sabar dan enjoy layan kerenah anak-anak. Ikutkan stress memang stress kalau diorang meragam, tapi benda ni kita memang expect akan terjadi, so cool aje ye mama dan papa.
Rasanya ini sahaja yang dapat saya share dalam entry kali ni. Next entry saya akan share tempat jalan-jalan yang menarik di Hong Kong yang sempat kami pi. Kalau rasa entry ni bermanfaat boleh la share dengan kawan-kawan ye.