Assalamualaikum

Berjumpa lagi untuk next entry nak cerita pasal trip ke Hong Kong. Entry sebelum saya cerita tentang persediaan, bajet dan tips bawa anak-anak travel. So kali ni nak share beberapa tempat menarik yang sempat kami pergi sepanjang di sana serta beberapa tips penting lah semasa melawat tempat-tempat tersebut.

Sebelum saya share tempat-tempat menarik di Hong Kong, satu tips penting yang kami dapat masa travel ni adalah pemilihan flight dan tempoh transit.TIPS PERTAMA: Elakkan ambil flight yang transit hanya 1 jam sahaja. Terjadi pada kami flight dar Penang ke Kuala Lumpur delay, so bila sampai di KLIA, kami tergesa2 untuk boarding flight ke Hong Kong yang dok tunggu kami sampai. Kesudahan nya bag dari flight domestic tak sempat di transfer ke flight International.

Bila kami sampai di Hong Kong, bag tak sampai bersama kami, jadi nya pakai lah kami baju yang sama untuk tidur dan jalan-jalan keesokan hari nya sebab bag hanya sampai esok hari. Jadi seeloknya ambil lah transit yang lama sikit. Tak apa tuggu lama sikit dari kita terpaksa tergesa-gesa dan bag pon tak sampai.

TIPS KEDUA: Kalau memang tiada pilihan lain untuk ambil flight yang tempoh transit singkat, kena ready baju dalam hand luggage yang kita bawa naik atas flight supaya kalau bag tak sampai, at least ada lah baju untuk di salin nanti. Hari tu baju anak dan pampers si kecil je kami bawa dalam bag galas. Tak terfikir langsung akan jadi mcam ni. Kira pengajaran juga lah untuk kami dan tips penting untuk di ambil kira.

Berbalik kepada tempat-tempat menarik yang sempat kami pergi, ada juga beberapa tips saya nak share dari segi nak beli tiket, nak makan dan sebagainya. Jom kita tengok apayang menarik di Hong Kong ni.

Day 1: The Peak, Sky Terrace, Avenue of Stars, Symphony of Light dan Naik Ferry

Hari pertama kami di Hong kong, pagi2 lagi kami keluar untuk je The Peak dan Sky Terrace. Sebelum keluar kami breakfast roti yang ada cop halal yang di beli di 7 Eleven. Bag tak sampai kan so itu je mampu breakfast sebelum keluar. Tiket untuk The Peal dan Sky Terrace kami beli di kaunter sahaja. Alhamdulillah walaupon beratur agak panjang tapi cepat proses nya. Kami decide untuk beli di kaunter sebab bila kami survey untuk book online lagi mahal harga tiket. Harga tiket naik ke sana hanya HKD 266 (RM 144). Untuk bayi 3 tahun ke bawah tiket adalah percuma.

Bila sampai kat atas memang udara sangat sejuk dan angin sangat kuat.Bagi yang bawa anak-anak, elok nya pakai baju tebal sikit dan stokin sebab cuaca agak sejuk. Dari atas boleh tengok bandar Hong Kong yang cantik. Kedai makan pon banyak kat atas tu cuma part halal dengan tak tu kena pandai2 lah pilih. Kami kat atas tu sanggup makan fries yang dibeli kat Burger King sahaja dan selain tu tak berani nak makan. Selain kedai makan, ada kedai Hard Rock Cafe bagi peminat Hard Rock dan juga ada Peak Market. Kat Peak Market ni boleh beli souvenir tapi harga dia mahal sikit berbanding dengan Ladies Market.

Petang kami balik ke hotel sementara tunggu bag sampai. Alhamdulillah lepas bag sampai dalam jam 4 petang macam tu, kami siap2 untuk keluar ke Avenue of Stars, Symphony of Light dan naik Ferry. So sepanjang perjalanan kami hari pertama ni, bermula dari naik train, tram, bas dan berakhir dengan Ferry utuk pulang ke Wanchai.

Semua public transport guna Kad Octopus yang sama. Kad ni boleh pi beli kat Stesyen MTR untuk kanak-kanak dan dewasa harga berbeza. Kad ni sekali top up minimum HKD 50. Kalau tak habis guna hari last boleh redeem balik. Mudahkan kat sana semua guna kad yang sama siap boleh redeem balik plak tu. Ok selesai untuk hari pertama, kami balik dan masak dinner di bilik.

Day 2: Disneyland

Hari kedua ni mama dan papa memang kena ada stamina nak layan anak-anak di Disneyland. Kami keluar awal pagi tapi sebelum tu dah kenyangkan semua orang dengan makan nasi di bilik. Setibanya kami di Disneyland, memang ngam2 baru buka sebab Disneyland buka jam 10.30 pagi.

Tiket Disneyland kami beli di application Klook. Beli kat Klook lagi murah dan jimat RM 100 berbanding beli di website Disneyland. Kami pilih sehari je untuk ke Disneyland dan rasanya cukup sehari sebab tak semua mainan anak-anak boleh masuk. Pergi ke Disneyland hanya menggunakan train dari Wanchai tapi terpaksa stop dan tukar beberapa kali sebelum sampai. Untuk ke sana dengan menaiki train ambil masa 45 minit hingga sejam. So memang kena keluar awal lah kalau tak nanti lambat sampai.

Kat Disneyland kalau lapar untuk alas perut sebelum makan lunch boleh la beli pop corn, jagung rebus dan churos sebab Restoran Halal di Disneyland yang ada dalam tu agak jauh dan terletak di bahagian Mystic Land. So tak kan nak pi makan  then patah balik untuk main kan. Enjoy dulu semua mainan di sepanjang jalan sebelum sampai di restoran halal tu. Kat restoran tu juga ada tempat solat yang luas dan bersih. So bagi yang bergama Islam tak perlu risau nak solat macam mana apa semua. Tempat ambil wudhu pon ada sekali kat tempat solat tu.

Kat Restoran Halal tu macam2 jenis masakan ada macam Korean Style, Indonesia Style, Chinese Style, Asian Style..pilih je nak makan apa memang semua halal tapi harganya agak lah mahal. Kami beli 2 pinggan macam dalam gambar di bawah ni (hainan chicken rice dan nasi goreng ayam) harganya HKD 326 lebih kurang dalam RM 170 untuk dua pinggan nasi. Ok la dua pinggan share 5 orang sebab nasi dia pon banyak juga.

Kami ada kat Disneyland sampai lah penutup tengok perarakan dan bunga api. Penat memang penat ditambah anak-anak pon meragam tapi seronok sebab dapat bawa anak-anak. Diorang happy kami pon happy sama.

Day 3 & 4: Islamic Center dan Masjid Ammar

Hari ketiga dan keempat kami tak kemana-mana pada siang hari sebab encik suami ada training. Cuma hari keempat malam, kami ke Islamic Center dan Ziarah Masjid. Kat Islamic Center ni ada Canteen For Muslim memang khas untuk Muslim sahaja. Menu dia agak menarik, dari masakan panas sehinggalah masakan yang ada lauk2 semua dan kat sini lah boleh makan dimsum yang halal. Canteen ni buka jam 10 pagi hingga 3 petang, kemudian tutup dan buka semula pada jam 6 hingga 9 malam. Kalau nak makan dim sum kena pergi sesi 10 pagi hingga 3 ptg sahaja. Untuk malam tak ada dim sum.

Canteen ni ada dalam bangunan yang sekali dengan masjid. Canteen ada di tingkat 5, tempat solat lelaki dan perempuan di tingkat berbeza begitu juga tempat ambil wudhu’. Jarak dari hotel Wanchai88 ke Islamic Center sangat dekat dan kami hanya jalan kaki nak ke sana. So tak perlu risau nak cari makanan halal kalau duduk di Wanchai.

 

Day 5 (30 November): Hong Kong Convention Center, Islamic Center dan Ladies Market

Hari terakhir kami di Hong Kong sebelum pulang ke Malaysia keesokan harinya. Kami jalan santai-santai je pada waktu pagi di Hong Kong Convention Center. Ambil gambar anak2 dengan replika kartun yang menarik. Lepas tu tengahari kami pi makan lagi sekali di Islamic Center sebab nak rasa dim sum.

Pada petang pula kami ke Ladies Market untuk shopping sedikit souvenir. Memang menarik Ladies Market dan sangat lah panjang dia punya market. Kami berjalan sampai lah ke hujung market then kena patah balik la kan..haha. Macam-macam ada kat Ladies Market ni dan harganya lagi murah berbanding dengan Peak Market. Kena pandai tawar menawar dan diorang kat sana faham english. Kalau fridge magnet tu kami beli 8 hanya HKD 100. Kalau bag ada gambar dan perkataan ‘Hong Kong’ kami beli 5 hanya HKD 100. Nanti try lah minta kurang lagi kot lah dapat 🙂

Settle kat Ladies Market kami dah tak larat nak jalan dah. So decide untuk tapau makanan kat area situ ada kedai makanan arab. Nanti korang akan jumpa pekerja kedai arab tu edar flyers then tanya dia kt mana kedai tu sebab kedai tu tersorok di sebalik khemah2 jualan kat Ladies Market.

Keesokan harinya (2 Disember) flight kami seawal jam 8.45 pagi. So kami gerak dari hotel dalam koi 5.30 sebab dari Hotel Wanchai ke Airport ambil masa dalam 45 minit jugak. Better pi awal tak kalut sebab nak kena melalui imigresyen apa semua so ambil masa. Alhamdulillah kali ni pergi airport naik teksi biasa guna meter cas hanya HKD 376.

Selesai sudah trip kami ke Hong Kong kali ni. Memang best Hong Kong ni sebab bandar dia yang sibuk, bukan bandar mati walaupon pada waktu malam. Masyarakat kat sana pon ok dan kalau naik train memang diorang bagi keutamaan untuk kanak2 dan orang dewasa yang dukung baby untuk duduk. So kami selalu lah dapat duduk dalam train tu walaupon kadang-kadang memang padat macam sardin dalam tin.

Masyarakat kat sana memang jenis naik public transport. Memang suka berjalan ke satu2 tempat. Sebab tu kalau tengok orang2 kat sana walaupon dah tua tapi badan tegap je. Pernah terjumpa orang tua pakai tongkat pon berjalan melewati kedai2 kat tepi jalan tu. Memang gaya hidup diorang sangat sihat lah.

So bagi yang suka travel, boleh lah masukkan Hong Kong sebagai salah satu tempat yang menarik untuk anda jelajah. Kalau entry ni bermanfaat, boleh share dengan kawan2 ye 🙂