X
  • 2 years ago
Categories: All About ShakleeIbu Menyusu

Assalamualaikum

Bercerita mengenai topik hari ni iaitu bengkak susu, kebanyakan dikalangan ibu yang menyusukan anak akan melalui nya. Bengkak susu ni memang suatu perkara yanga agak meyakitkan dan tidak selesa.

Pengalaman sendiri alami bengkak susu ni masa anak kedua. Meng tak terkira lah banyak kali kena bengkak susu ni sampai menangis menahan sakit. Bila alami bengkak susu, adalah disebabkan saluran tu tersumbat dan kalau pum pon sebenarnya ia lagi menyakitkan.

Kebiasaannya bengkak susu ni di alami masa awal pantang dan ia juga boleh berlaku bila-bila masa jika payudara tidak dikosongkan dengan konsisten. Antara tanda-tanda bengkak susu ialah:

  • Sakit pada payudara
  • Bengkak dan ada ketulan
  • Kulit payudara tegang
  • Puting tenggelam ke dalam
  • Bayi sukar melekap di payudara

Jika ibu-ibu alami tanda-tanda seperti di atas, ibu-ibu sebenarnya mengalami bengkak susu. Perlu di ketahui bahawa bengkak susu ni boleh terjadi disebabkan oleh beberapa perkara:

  1. Lambat memulakan pnyusuan kali pertama. Bermaksud selepas melahirkan, ibu-ibu tidak terus menyusukan anak. Oleh sebab tu cecair dalam badan terkumpul di kawasan payudara dan bengkak.
    .
  2. Lekapan yang tidak betul juga salah satu punca terjadinya bengkak susu. Apabila lekapan tidak betul, susu tidak dapat dikeluarkan dengan efektif dari payudara.
    .
  3. Penyusuan dan pemerahan yang tidak kerap menyebabkan payudara tidak dikosongkan dan menganggu kelancaran pengeluaran susu ibu. Jarak masa antara sesi yang terlalu lama boleh menyebabkan saluran susu tersumbat. Kebiasaannya payudara perlu dikosongkan setiap 2-3 jam sekali.
    .
  4.  Penggunaan pum susu yang tidak sesuai juga menjadi penyebab kepada masaalah saluran susu tersumbat dan bengkak susu.

Bila dah tahu punca terjadinya bengkak susu, sebolehnya cubalah elakkan. Tetapi sekiranya terjadi juga, ada tips yang saya nak kongsikan dan apa yang saya buat bagi melegakan bengkak susu ni.

Tips Legakan Bengkak Susu:

  • Urutan pada payudara boleh membantu masaalah bengkak susu. Bagi ibu dalam pantang, payudara perlu diurut susa pengeluaran susu tu lancar.
  • Mandi dengan air panas selama 15-20 minit dengan menghalakan air panas pada bahagian payudara. Sambil mandi buat urutan secara membulat ke seluruh bahagian payudara.
  • Ini yang paling simple dengan isikan air panas dalam botol dan tuam ditempat ketulan.
  • Susukan bayi ambil tum dengan botol yang berisi air panas. Berhati-hati jangan terkena bayi pula.
  • Selain susukan bayi, pum sekerap mungkin sambil tuam kawasan bengkak dengan botol yang berisi air panas.
  • Kerap cuci puting payudara bagi mengelakkan saluran susu tersumbat.

Semua tips di atas saya pernah buat jika alami bengkak susu. Alhamdulillah masa anak ketiga, pernah alami sekali sahaja bengkak susu selepas melahirkan. Selain saya elakkan dari berlakunya bengkak susu, saya juga amalkan Lecithin Shaklee.

Menurut Doktor Jack Newman, Lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.

Lecithin ni membantu melancarkan aliran susu dan menghalang saluran susu dari tersumbat. Ia juga membantu melegakan masaalah bengkak susu dikalangan ibu-ibu. Lega sangat-sangat sebab anak ketiga ni hanya sekali je alami bengkak susu.

Cadangan Dos Lecithin Untuk Rawatan Bengkak Susu:

Pakar laktasi Kelly Bonyata (IBCLC) dalam artikelnya mencadangkan Lecithin sebagai rawatan recurrent plugged ducts. Dos yang dicadangkan ialah:

  • 3,600 – 4,800mg Lecithin sehari.
  • Selepas 1 – 2 minggu tanpa sebarang blockage, kurangkan dos 1,200mg Lecithin.
  • Jika dalam 2 minggu kemudiannya tiada blockage juga, ibu boleh kurangkan lagi 1,200mg.

Ibu mungkin perlu teruskan makan 1,200 – 2,400mg kapsul Lecithin sehari selama yang mungkin, jika sekiranya dengan menghentikan pengambilan Lecithin akan menyebabkan pembentukan duktus tersumbat lagi.

Khasiat lain Lecithin untuk ibu menyusu :

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
  • Membantu memecahkan lemak yang berlebihankepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
  • Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak.

Ibu-ibu boleh ikhtiar dengan tips di atas dan amalkan pengambilan Lecithin. Akan tetapi jika keadaan berlarutan dan mengalami radang oayudara, ibu-ibu perlu berjumpa dengan doktor bagi mengelakkan ianya terus kronik.

Testimoni Lecithin Atasi Bengkak Susu:

Semoga article ni membantu ibu-ibu yang menyusukan anak. Happy Breastfeeding!!

ummuziyad :Isteri dan mama kepada tiga orang cahayamata yang bernama Ziyad dan Syifa. Bekerja sepenuh masa di rumah bersama Shaklee dan sudah bergelar Master Coordinator. Serius berbisnes Shaklee dan impian untuk lebih berjaya dengan Shaklee. Jika anda berminat untuk jana pendapatan lumayan bersama Shaklee..saya akan tunjukkan jalan.