X
  • 2 years ago
Categories: Travel

Assalamualaikum

Hari ni baru sempat nak share pengalaman masa bercuti di Legoland masa bulan Februari hari tu. Memang percutian ni dirancang dan salah satu tempat yang memang nak sangat bawa anak-anak adalah Legoland. Orang kata best kan kat sana, anak-anak pon selalu dok sebut, jadi kali ni baru berpeluang walaupon dah lama dah plan.

Nak pi Legoland ni, memang tak boleh main redah je memandangkan kita pon bawa anak-anak kan, jadi memang kena plan betul-betul. Kami ni tak la plan betol-betol sebenarnya sebab ada beberapa perkara yang kami terlepas pandang. Tapi sedikit sebanyak boleh la share beberapa tips dari pengalaman sendiri.

Antara tips yang perlu diambil kira kalau nak bercuti di Legoland ni:

Tips Pertama:

Elakkan pergi masa hari cuti sekolah. Kami memang sebolehnya elak pergi hari cuti sekolah. Kami pergi hari tu bulan 2 bukan time cuti sekolah. Bukan apa sebab nak elakkan dari bersesak tapi itupon ramai juga orang cuma tak ada la sampai kena beratur panjang masa kat ride. Kami ada tanya staff kat situ, kalau hari cuti sekolah, memang sangat mustahil nak habiskan semua ride dalam masa satu hari sebab nak   tunggu turn tu pon dah berjanggut. Alhamdulillah kami sempat pulun habiskan semua ride dalam masa 1 hari.
.
Tips Kedua:

Make sure bawa kad pengenalan dan Kad Debit Maybank kalau nak dapatkan diskaun lagi banyak. Hari tu kami tak tahu pon kalau Debit Card Maybank boleh dapat diskaun. Memang kat website pon tak perasan kalau ada tulis. Memang rugi sangat-sangat sebab Kad Debit Maybank tak renew lagi. Kalau tahu, memang dah pergi renew siap-siap. Maka tak layaklah untuk dapat diskaun lebih. Jadi jangan lupa bawa Kad Pengenalan dan Kad Debit Maybank tau.
.
Tips Ketiga:

Kalau bawa anak kecil yang lebih dari sorang contoh macam saya bawa anak yang usia 9 bulan time tu, 4 tahun dan 6 tahun. Biasa kan budak-budak jalan kejap akan penat kan. Bila dah penat diorang akan meragam, setuju?? Ini anak-anak saya lah, anak orang lain mungkin tak sama. Tapi sebab dah tahu diorang macam tu, kami bawa dua stroller. Satu untuk yang 9 bulan duduk, lagi satu untuk 4 tahun dan 6 tahun duduk sekejap-sekejap kalau penat nak berjalan. Maklumlah tempat tu kan besar, memang akan penat berjalan.
Tips Keempat:

Pemilihan kasut yang sesuai untuk ibu bapa dan anak-anak sangat penting. Kita yang dewasa kalau jalan banyak pon akan ras sakit kaki if tersalah pilih pakai kasut. Tak perlu pakai kasut tumit tinggi bagi wanita ye. Sebaiknya beli kasut sport atau sandal yang selesa, tapak tak keras dan tak sakit kalau pakai.
Saya beli hari tu untuk diri sendiri sandal yang material getah dan ringan (lebih kurang macam gambar kat atas tapi brnd lain). Biasanya ada jual kat kedai sport. Harga dia memang mahal sikit tapi memang best pakai sebab tak rasa sakit tumit. Anak-anak pon beli kasut sport material lebih kurang. Alhamdulillah diorang selesa pakai. Penting sangat supaya kaki tak sakit dan melecet.
.
Tips Kelima:

Pemilihan hotel yang sesuai dengan bajet dan tidak jauh juga penting. Kami hari tu teringin nak dok hotel Legoland tu sebab memang dekat sangat kan jalan kaki je. Tapi bila tengok harga boleh tahan dan fikir hanya nak tidur je , so daripada membazir lebih baik lah simpan duit untuk benda lain. Hotel Legoland tu semalam RM 600++. Kalau ada bajet boleh je tidur kat situ, memang menarik hotelnya.

Kami buat survey bebrapa hotel dan lepas tu kami decide cari hotel yang dekat dan tak jauh dari Legoland iaitu Hotel Nusa CT yang terletak jarak dia 3-4 km je nak ke Legoland. Bilik cukup selesa bagi kami dan harga tak la mahal. Hotel dekat ni penting supaya kita boleh sampai seawal mungkin dan target untuk habiskan ride tu dalam masa 1 hari.
Tips Keenam:

Jangan lupa bawa payung atau baju hujan. Part ni kami lupa. Memang tak terfikir langsung akan hujan. Masa kami dah habis ride dan nak balik dah pon, hujan turun dengan lebat. Masa tu dok dalam kedai barang-barang Legolang ni. Time tu nak ke parking memang la jauh.
.
Tunggu punya tunggu tengok hujan tak nampak macam nak reda. Payung ada jual tapi harga dia teramatlah mahal. Maka kami deside beli baju hujan je kat anak-anak, itupon harga RM 12 satu kalau tak silap saya. Saya dan suami apa lagi redah lah hujan untuk ke parking. Kat bawah ni gambar dah ready nak redah hujan. Boleh la buat kenangan baju hujan tu. Si kecil tu mama nya balut dengan plastik kat bahagian kaki sebab bahagian lain dah terlindung dengan stroller.

Tips Ketujuh:

Bawa persalinan anak-anak sebab ada ride yang melibatkan air dan juga sebagai persediaan kalau-kalau baju terkotor atau sebagainya. Kalau ada kecil better bawa persalinan yang lengkap. Kat sana toilet selesa, kalau anak-anak rasa panas, boleh mandikan diorang.
.
Tips Kelapan:

Dilarang bawa makanan dari luar. Mmang akan ada security check bag kita sebelum masuk. Hanya air sahaja di bernarkan bawa masuk. Jangan risau kat dalam tu ada kedai-kedai untu beli makanan cuma sediakan duit lebih sebab makanan dia boleh tahan lah harganya.

Rasanya ini sahaja beberapa tips yang saya dapat share dari pengalaman saya bawa family jalan-jalan di Legoland. Apa yang paling penting ibu bapa ni kena sediakan mental dan fizikal lah bila bawa anak-anak. Memang  akan rasa penat sangat-sangat tapi bila tengok anak-anak seronok hilang rasa penat tu.

Jadi kalau ada plan nak ke Legoland tu, buat persediaan awal insyaAllah nanti semua akan smooth je. Kalau rasa article ni membantu boleh la ramai-ramai share untuk panduan semua.

 

ummuziyad :Isteri dan mama kepada tiga orang cahayamata yang bernama Ziyad dan Syifa. Bekerja sepenuh masa di rumah bersama Shaklee dan sudah bergelar Master Coordinator. Serius berbisnes Shaklee dan impian untuk lebih berjaya dengan Shaklee. Jika anda berminat untuk jana pendapatan lumayan bersama Shaklee..saya akan tunjukkan jalan.