Assalamualaikum

Malam ni nak cerita sikit pengalaman sendiri berkaitan dengan susu ibu. Alhamdulillah kelahiran kali ni susu lebih banyak berbanding anak pertama dan kedua. Dalam pantang pon deep freezer dah penuh sebab susu melebihi permintaan.

tips-banyakkan-susu

Nak cerita sikit rhsia susu badan banyak ni walaupon dah habis pantang dan 24 jam dengan anak, alhamdulillah masih mampu buat stok susu. Jom saya nak share tips dan rahsia susu badan banyak dan penuh deep freezer:

  1. Pertama sekali kena faham konsep demand and supply iaitu permintaan dan penghasilan. Bila demand tinggi bermakna secara automatik supply akan tinggi. Walaupuon saya berada 24 jam bersama anak, saya akan sentiasa kosongkan payudara. Bila kita sentiasa kosongkan payudara, signal dihantar ke otak bahawasanya permintaan tinggi dan automatik supply akan tinggi. Dari dalam pantang saya amalkan tips ni.
    .
  2. Selain itu juga, saya akan buat power pumping setiap dua hingga tiga kali seminggu bagi mengekalkan dan meningkatkan penghasilan susu badan. Power pumping ni kita pum secara bergilir selama satu jam (jika guna single pum) atau pum selama 20 minit dan rehat selama 20 minit, di ulangi sehingga cukup satu jam (jika guna double pum). Saya dah start buat power pumping masa di dalam pantang lagi.
    .
  3. Amalkan pengambilan makanan yang tinggi protein dan banyak minum air. Selain pengambilan makanan yang tinggi protein, maknan yang tinggi serat seperti oat, horlick dan nestum juga boleh bertindak sebagai milk booster. Pengambilan air yang mencukupi juga penting ye. Sehari paling minimum pengambilan air adalah 3 liter. Setiap kali sebelum dan selepas sesi penyusuan atau pumping, perlulah minum air.
    .
  4. Sebagai tambahan, saya juga mengamalkan supplement sebagai milk booster dan sebagai makanan tambahan supaya badan cergas, tidak stress dan sentiasa berada dalam keadaan stabil . Ibu menyusu kalau penat dan stress susu akan mudah drop dan berkurang. Jadi supplement seperti ESP, Alfalfa, Vitalea, B complex, dan Ostematrix perlu dalam membantu proses penyusuan.

Secara kesimpulannya, selain mengamalkan milk booster, konsep supply and demand perlu diterapkan. Jika konsep supply and demand di apply, milk booster akan memainkan peranan dalam meningkatkan kualiti dan kuantiti susu. Melalui pengalaman sendiri, Set Menyusu Shaklee seperti ESP dan Alfalfa banyak membantu saya dalam meningkatkan penghasilan susu dan memekatkan susu. Lain orang lain milk booster nya. Boleh try and error kerana setiap badan adalah berbeza. 🙂 Tapi jangan dilupakan konsep utama SUPPLY and DEMAND.