Assalamualaikum

Musim-musim jerebu ni memang semua orang risau tentang kesihtan diri dan anak-anak. Memang berkurung dalam rumah dan tak keluar ke mana-mana. Jerebu ni apa ye sebenarnya?

bahaya jerebu kepada ibu hamil

Jerebu ni merujuk kepada lapisan tebal kabus asap dengan bahan pencemar udara. Kabus asap ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

  • Kebakaran bahan pertanian  dan hutan di Sumatera pada musim cuaca kering
  • Angin timur yang meniup asap tebal tersebut ke arah Malaysia, Singapura, Brunei dan boleh jadi sehingga ke selatan Thailand dan FIlipina.

Jerebu boleh memudaratkan kualiti udara sekeliling. Udara yang tercemar boleh memudaratkan sesiapa sahaja jika tiada langkah berjaga-jaga termasuklah bayi dalam kandunga. Ia memudaratkan bayi dalam kandungan dengan beberapa cara:

  1. Bahan cemar dalam udara yang disedut melalui ibu boleh masuk ke dalam rahim melalui tali pusat
  2. Apabila terdedah kepada pencemaran sebelum di lahirkan, risiko IQ rendah yang akan di hadapi oleh kanak-kanak
  3. Pendedahan kepada pencemaran udara sebelum kelahiran dikaitkan dengan  berat badan bayi yang rendah, kelahiran pra matang dan kematian bayi
  4. Ibu-ibu yang tinggal di kawasan tahap ozon dan karbon monoksida yang tinggi lebih terdedah kepada risiko bayi yang dikandung akan mengalami risiko kecacatan injap jantung dan sumbing bibir.
  5. Bayi dalam kandungan akan terdedah kepada risiko kecacatan semasa trimester kedua dimana organ-organ mula terbentuk

Jika negara dilanda jerebu, terdapat beberapa langkah yang harus diambil untuk meminimakan pendedahan kepada jerebu supaya bayi didalam kandungan tidak terdedah kepada risiko bahaya. Antara langkah-langkah tersebut adalah:

  • Jangan Keluar Rumah Seberapa Boleh
    Semasa berada di alam rumah pastikan semua tingkap di tutup, buka penghawa dingin, mop lantai dan elakkan menyapu, gunakan dapur elektrik serta gunakan penapis udara di dalam rumah.
    .
  • Gunakan Topeng N95 Jika Perlu Berada Di luar Rumah
    Topeng N95 mampu menapis sehingga 95% habuk bersaiz lebih daripada 0.3 mikron.
    .
  • Jauhkan Diri Daripada Perokok
    Berhentilah merokok jika anda senditi yang merokok. Jika tidak, sebolehnya jauhkan diri daripada perokok.
    .
  • Minum Banyak Air
    Perlu minum 3 liter sehari air pada musim jerebu.
    .
  • Cuci Tangan dan Muka
    Selepas kembali ke rumah dri urusan di luar, cuci tangan dan muka daripada habuk.
    .
  • Pastikan Anda Kekal Cergas
    Kurangkan aktiviti di luar dan banyakkan aktiviti di dalam rumah. Ibu hamil perlu sentiasa cergas. Amalkan senaman yang sesuai untuk ibu hamil.
    .
  • Amalkan Diet yang Seimbang dan Sesuai
    Lebihkan pengambilan sayur dan buah-buahan. Elakkan membeli bahan makanan atau masakan  di tempat terbuka terbuka seperti pasar. Buat masa sekarang lebih baik sekiranya membeli belah di kawasan tertutup seperti shoping mall.

Tips-tips di atas sangat berguna bagi mengelakkan ibu hamil dan bayi dalam kandungan terdedah kepada persekitaran jerebu. Jadi kepada ibu hamil, silalah jaga kesihtan sebaik mungkin dan elakkan dari terdedah kepada jerebu yang teruk.