Assalamualaikum

Hari ni saya tergerak hati untuk bercerita pasal slip disc sebab minggu lepas ada saya ada bertemu dengan mereka yang mengalami masaalah slip disc ni. Jadi dari situ saya membuat sedikit pembacaan berkaitan Slip Disc ni dan ia bukan lah sesuatu yang kita boleh ambil remeh. Slip Disc boleh menyebabkan lumpuh tau kalau tidak dirawat dengan segera.

bahaya slip disc

Mesti ada yang tertanya apa itu Slip Disc?
Slip Disc ni dikenali sebagai cakera tergelincir atau Hernia. Bila berlaku gelinciran ni, akan menyebabkan kesakitan dan tidak selesa. Jika cakera yang tergelincir tu menindih salah satu saraf tulang belakang, kita akan rasa kebas dan sakit. Keadaan ini boleh mebawa kepada pembedahan untuk memperbaiki cakera yang tergelincir tu.

Slip Disc ni boleh berlaku pada mana-mana bahagian tulang belakang, dari leher hingga ke bawah. Tulang belakang manusia bukan tulang yang panjang terus daripada leher ke pinggul tetapi membabitkan tulang berbentuk kiub. Tulang belakang manusia ni di susun bertingkat antara satu sama lain dan ada cakera lembut antaranya bertujuan menyerap tekanan antara tulang atas dan tulang bawahnya.

Cakera ni kuat tetapi ia boleh bergerak atau terbonjol ke belakang dalam keadaan tertentu, seterusnya boleh menyebabkan saraf tujang terhimpit dan menyebabkan komplikasi tertentu.

Kebiasaanyaa masaalah Slip Disc ni berlaku kepada mereka yang berusia antara 30-an hingga 40-an dan kebanyakan nya membabitkan golongan lelaki. Maka kepada lelaki-lekai, berhati-hati dengan setiap langkah dalam aktiviti harian. Kepada kaum wanita juga perlu di ambil berat berkaitan Slip Disc ni.

PUNCA BERLAKU SLIP DISC

Slip Disc berlaku disebabkan oleh peningkatan usia sebab semakin meningkat usia, ligamen yg memegang disc menjadi lemah. Selain tu banyak faktor dan punca antaranya:

  1. Mengankat bebanan terlalu berat
  2. Cara mengangkat bebanan yang salah
  3. Membongkok terlalu lama
  4. Baring atau duduk dengan postur yang salah
  5. Kecederaan semasa bersukan

TANDA-TANDA SLIP DISC

  1. Rasa loya dan pening kepala
  2. Rasa kaki tiba-tiba kebas dan menyucuk-nyucuk
  3. Rasa berdenyut di belakang badan dan rasa kebas
  4. Tapak kaki rasa sejuk dan apabila ditekan/dicubit/dicucuk dengan hujung kertas tiada rasa
  5. Bunyi poppp!! apabila tunduk atau bergerak aktif
  6. Pergerakan terhad
  7. Rasa sakit tiba-tiba dibahagian bawah belakang dan juga boleh berlaku di bahu dan tengkuk
  8. Sukar membuang air besar & sembelit tiba-tiba

angkat barang

CARA MENCEGAH BERLAKUNYA SLIP DISC

  1. Berat badan perlu berada di paras ideal sebab berat badan yang berlebihan akan beri tekanan dan bebanan kepada tulang belakang.
  2. Bagi yang merokok, berhentilah merokok kerana nikotin di dalam rokok adalah toksin kepada disc. Nikotin akan mengurangkan sifat kusyen dan elastik disc kerana toksin yang dibawa mengahlang nutrien yang diserap oleh disc.
  3. Semasa mengangkat barang yang berat, pastikan anda berada dalam keadaan postur badan yang betul.

Bagi yang alami simptom-simptom slip dics jangan biarkan ianya melarat sebab bleh membawa kepada lumpuh. Dapatkan rawatn segera untum pulihkan masaalah slip disc. Nanti next entry saya akan share berkaitan rawatan untuk slip disc.