Assalamualaikum

Entry sebelum ni saya ada bercerita tentang tips persediaan penyusuan dari segi persediaan fizikal. Hari ni saya nak explain tentang tips persediaan penyusuan dari segi persediaanilmu dan persediaan emosi. Ilmu dan emosi adalah dua perkara yang penting untuk melalui prosespenyusuan. Sebab proses penyusuan ni bukan sesuatu yang mudah dan ia nya agak mencabar. Tanpa ilmu, kita akan gagal. Juga kalau kitatiada persediaan dari segi emosi, kita akan gagal dalam menempuh pelbagai cabaran yang akan dihadapi dalam proses penyusuan.

Tips Persediaan Penyusuan Sejak Hamil (Part 2)

Dari segi persediaan ilmu, ada beberapa perkara yang perlu di ambil berat semasa kita hamil sebagai persediaan untuk menyusu selepas kelahiran:

  1. Hadiri Kelas Penyusuan
    Ramai yang anggap penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang semulajadi dan tidak perlu hadiri mana-mana kelas. Tetapi hakikatnya penyusuan ni perlu dipelajari supaya kita berjaya menyusu sehingga waktu tempoh yang tertentu. Jadi diarankan untuk hadir mana-mana kelas penyusuan yang di buat supaya kita ada ilmu yang cukup sebelum kelahiran.

    .

  2. Kumpul Maklumat
    Banyakkan bacaan supaya kita lebih tahu tentang selok belok penyusuan.  Selain dari mengahdiri kelas, boleh juga dapatkan maklumat dari buku, laman web,forum dan sebagainya.

    .

  3. Nombor Telefon
    Perlu ke nombor telefon? Nombor telefon siapa pula? Ok sebenarnya kita kena ada simpan nombor telefon kaunselor laktasi supaya mudah untuk dihubungi sekiranya kita ada masaalah penyusuan terutama pada hari pertama penyusuan selepas kelahiran.Untuk memudahkan, cari kaunselor laktasi yang tinggal berhampiran dengan kawasan kita supaya mudah untuk dia datang dan memberi bantuan kepada kita.

    .

  4. Sertai Komuniti
    Terdapat banyak komuniti susu ibu yang boleh kita sertai di Malaysia ni seperti kelab sokongan penyusuan susu ibu dan banyak lagi. Rajin-rajin lah sertai komuniti atau forum supaya kita mendapat sokongan dari kawan-kawan yang yang sama-sama menyertainya.

Tiga persediaan dari segi ilmu ni sangat penting dan jangan pandang remeh. Ilmu sahaja yang ada tetapi kalau tiada persediaan dari segi emosi, kita akan gagal meneruskan proses penyusuan. Dari segi persediaan emosi, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan. Antaranta:

  1. Niat
    Nak menyusu awal-awal lagi kena pasnag niat untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Dah ada niat perlu lah disertai dengan azam yang kuat serta suburkannya dengan motivasi menerusi pembacaan, [erkongsian pengalaman dan sebagainya.. Jika ada niat dan kezaman yang tingi, segala rintangan kita sanggup tempuhi.

    .

  2. Berdoa 
    Sentiasalah berdoa supaya dimudahkan proses penyusuan anak. Berdoalah agar rezeki yang bakal di perolehi oleh anak sesudah kelahirannya adalah titisan emas dari seorang ibu.

    .

  3. Sokongan
    Dapatkan sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami bagi memudahkan perjalanan penyusuan. Kongsi niat bersama suami supaya dia dapat membantu dalam proses penyusuan.

    .

  4. Yakin
    Sentiasa berfikiran positif bahawa kita dapat menyusukan anak kelas. Kena yakin yang kita boleh menyusukan anak sejurus selepas kelahiran. Pengeluaran susu ibu adalah bergantung pada konsep demand and supply. Jadi kena susukan bayi sekerap mungkin sebaik kelahirannya. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu kita cukup untuk anak kita.

Jadi kepada bakal-bakal ibu yang bakal melahirkan cahaya mata dan berniat untuk susukan anak, lakukan pesediaan seawal mungkin supaya kita lebih yakin dan positif untuk menyusukan anak. Jika entry ni bermanfaat, share kepada rakan-rakan supaya mereka pon dapat membuat persediaan yang sewajarnya.