Assalamualaikum
Menyusu sebenarnya bukan sesuatu yang udah. Banyak cabaran yang perlu dilalui. Ibu-ibu perlu sabar dan berusaha sebaik mungkin untuk menyusakan anak sejak lahir sehingga 6 bulan pertama dan seterusnya sampai umur 2 tahun.
Ibu-ibu perlu tahu bahawa titisan emas ini bermula sebaik sahaja kita disahkan hamil. Jadipersediaan perlu dilakukan sejak hamil lagi. Persedian pula boleh dibahagikan dalam beberapa bentuk:
1. Persediaan Fizikal
2. Persediaan Ilmu
3. Persediaan Emosi
Entry hari ni saya nak sentuh tentang persediaan fizikal yang perlu dititikberatkan sebagai persediaan penyusuan. Persediaan fizikal ni perlu dilakukan sejak hamil lagi dan bukan selepas melahirkan. Antara persediaan bentuk fizikal yang perlu di lakukan sebagai persediaan penyusuan adalah:
-
Pemakanan Sihat
Pemakanan yang sihat ketika hamil ni sangat penting tau. Bila ibu hamil mengamalkan pemaknan yang sihat ketika hamil, ia membantu pembentukan kalenjar-kalenjar susu di dalam tisu-tisu tubuh. Seterunya memudahkan penghasilan dan pengaliran susu ibu sebaik sahja bayi dilahirkan. Keperluan protein dan kalsium amat penting ketika hamil sebagai persediaan penyusuan. Jadi ibu-ibu harus mengamalkan nutrisi seimbang ketika hamil..
-
Pilihan Hospital
Jangan pandang remeh dengan pikihan hospital sebagai tepat untuk bersalin. Pilih hospital yang menyokong penyusuan susu ibu serta mesra ibu dan bayi. Sebaiknya berbincang lah dengan doktor yang memeriksa kehamilan tentang keinginan untuk menyusukan bayi selepas kelahirannya..
-
Peralatan Penyusuan
Kebiasaanya ibu memandang remeh tentang hal peralatan penyusuan ni. Bila bayi dah lahir baru lah kelam kabut nak mencari peralatan penyusuan. Persediaan peralatan penyusuan sangat penting tau terutama bagi ibu yang bekerja. Peralatan seperti pum sus, bra untuk menyusu, cooler bag, storage bottle, pek ais, peti ais dan juga breastfeeding cover..
-
Kebersihan Puting
Puting susu perlu dibersihkan setiap kali mandi menggnakan tuala yang bersih dan air suam. Elakkan menggunakan sabun kerana sabun boleh menyebabkan kulit di bahagian puting kering dan boleh merekah. Langkah ni sangat pernting terutama pada trimester terakhir kehamilan sebab time ni kolustrum dah mula terhasil. So kalau kita tak cuci puting, puting akn tersumbat dan menyukarkan penyusuan..
- Kenali Payudara
Mengenali payudara adalah sangat penting supaya kita peka samaada puting payudara kita normal atau tenggelam. Cara memeriksa payudara sangat mudah. Tekan puting payudara dengan tapak tangan selama dua minit dan lepaskan. Jika puting payudara kembali seperti biasa, maka ia adalah normal. Akan tetapi jika tiada perubahan, ia bermakna anda mempunyai puting tenggelam. Ini penting bagi membuat persediaan untuk sebarang kebarangkalian.
Semua persediaan di atas perlu dilakukan oleh ibu hamil yang berniat untuk menyusukan anak secara ekslusif. Jangan pandang remeh sebab fasa penysusan adalah sesuatu yang mencabar. Tetapi yang pasti ia memang satu fasa yang menyeronokkan. Bersedialah lebih awal supaya ibu-ibu dapat menyusu dengan jaya nya.