Assalamualaikum
Pagi-pagi yang hening ni nak bercerita sikit berkaitan beza antara ubat dan vitamin. Ramai orang tak faham yang vitamin dan ubat ni ada bezanya. Semua orang ingat ubat adalah vitamin, vitamin adalah ubat.
Ada yang cakap buat apa makan vitamin sebab tak sakit pon.
Buang duit je makan vitamin..cukuplah makan maknan berkhasiat je.
Apa yang saya faham selama ini perbezaan paling ketara adalah UBAT untuk MERAWAT dan VITAMIN pula untuk MENCEGAH. Mencegah lebih baik dari merawat kan?? Selain tu jom kita tengok perbezaan lain antara ubat dan vitamin ni:
- Ubat: Di ambil ketika sakit
Vitamin: Boleh di ambil bila-bila masaPernah tak kita tak sakit tapi kita makan ubat?? Rasanya tak ada orang yang tak sakit tapi makan ubat. Kan pelik kalau tak sakit makan ubat sebab ubat untuk merawat bila dah sakit. Berbeza dengan Vitamin, Vitamin boleh diambil bila-bila masa dan lebih bagus di ambil sebelum kita jatuh sakit. Makudnya Vitamin ni di ambil sebagai ikhtiar untuk mencegah sebarang penyakit dan dalam masa yang menyembuhkan penyakitkan.
- Ubat: Diperbuat daripada dadah dan bahan kimia yang boleb memberikan kesan buruk pada kemudian hari
Vitamin: Kebanyakan diperbuat daripada sumber SEMULAJADIDi pasaran, Vitamin pon ada macam-macam jenis. Berhati-hati memilih Vitamin sebab ada Vitamin sintetik dan terdapat kandungan steroid. Ada juga Vitamin yang mempunyai perisa dan pewarna tiruan. Satu-satunya Vitamin yang saya yakin dari sumber semulajadi adalah Shaklee. Sebelum beli sebarang Vitamin, check dulu kandungan Vitamin tersebut.
Berbeza dengan ubat yang semestinya diperbuat dari dadah dan memberi kesan jangka panjang sebenarnya. Memang lah kalau ambil ubat ni cepat lega sebab ada dadah tetapi kadang-kadang kalau ambil ubat, bila kesan ubat tu hilang, sakit akan datang balik. Vitamin pula kalau ambil memang ambil masa untuk beri kesan sebabnya dia merawat secara perlahan dan menyembuhkan.
Pengalaman sendiri dulu kalau demam makan ubat memang tak jalan last sekali kena inject. Itu pon kalau nasib baik kebah demam, kalau tak memang akan berpanjangan. Tetapi sejak kenal Shaklee, kalau demam saya ambil Vitamin dan Nutriferon untuk boost imunisasi serta Garlic sebagai antibiotik semulajadi. Alhamdulillah dalam dua hari dah baik demam.
Ada orang yang selalu bergantung pada ubat akan memberi kesan kepada buah pinggang. Bila selalu ambil ubat, badan kita dah jadi kebal dan sampai satu tahap, bila kita makan ubat pon, ubat dah tak berkesan. Hati-hati ye jangan sampai badan kita imun dengan ubat.
- Ubat: Merawat KESAN penyakit
Vitamin: Merawat PUNCA penyakitKESAN penyakit dan PUNCA penyakit adalah dua perkara yang berbeza. Bila kita demam dan sakit kepala contohnya, kita ambil Paracetamol dan demam kita kebah. So paracetamol tu bertindak untuk kebahkan demam tu je tapi bukan merawat dari punca. Sebab kita demam bukan kerana kita kurang Paracetamol. Kita demam sebab antibodi kita tak kuat, kurang Vitamin C yang membantu untuk boos imunisasi.
Sebab tu kalau kita ambil Vitamin, Vitamin bertindak menampung kekurangan nutrisi yang ada dalam badan kita. Contoh demam sebab kita kurang Vitamin C, jadi kenapa nak ambil Paracetamol sedangkan kita demam sebab kurangnya Vitamin C? So ambil Vitamin C untuk merawat punca sakit bagi mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.
Kita jangan rasa apa yang kita makan seharian sudah mencukupi. Nutrisi dalam diet harian kita musnah disebabkan cara masakan, penyimpanan dan sebagainya. Jadi kita perlukan Vitamin sebagai pelengkap nutrisi harian kita.
Jadi makan lah Vitamin sebelum kita terpaksa makan ubat. Jangan takut untuk makan Vitamin semulajadi seperti Shaklee kerana ia bersumberkan bahan semulajadi dan tiada kesan sampingan. Kalau ada kesan smapingan tu maknanya anda tersilap meilih Vitamin sintetik dan tiruan. Maka berhati-hati lah memilih Vitamin.
Semoga penulisan ini bermanfaat untuk semua yang membaca nya 🙂