Assalamualaikum
Dua hari lepas customer wassap dan menceritakan masaalah yang di alaminya. Dia dah 6 tahun berkahwin masih belum di kurniakan cahaya mata. Dia juga memberitahu yang cycle period dia tidak normal. Period dia tidak teratur dan saya terfikir mungkin itu salah satu penyebab kenapa dia belum hamil.
Semua wanita yang berkahwin ingin kan cahaya mata. Betul tak? Naik rimas kalau ada yang tanya bila nak ada anak sedangkan mereka bukan faham pun masaalah kita kan. Bagi wanita yang tiada masaalah kesihatan mungkin boleh menganggap nya belum rezeki lagi. Tetapi bila ada dikalangan wanita yang alami period tidak teratur dan kurang subur, itu menjadi satu masaalah yang besar.
Period sekejap datang dan sekejap tak datang. Bulan lepas datang, tunggu bulan ni tak datang juga. Bulan lepas tu pon period tak datang. Sangat sedih dan kecewa bagi yang alami situasi ni. Haid tidak teratur menjadi masaalah yang besar bagi wanita yang merancang untuk hamil.
Kenapa kitaran haid yang normal tu sangat penting bagi wanita?
Bila kitaran normal bermakna wanita itu subur sebabnya haid terjadi selepas ovum matang yang berpotensi disenyawakan di keluarkan. Jika persenyawaan berlaku maka akan hamil lah wanita tersebut. Jika persenyawaan tidak berlaku, dinding tempat menempelnya ovum itu akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid.
Bila kitaran haid wanita normal, bermakna dia tahu bila waktu suburnya. Waktu subur ni adalah di mana waktu beberapa hari dalam setiap kitaran haid untuk mendapatkan kehamilan selepas melakukan hubungan suami isteri.
Bagi kitaran haid yang belangsung selama 28 hari, waktu ovulasi iaitu dimana ovum dilepaskan adalah antara hari ke-14 atau ke-15 dari hari pertama wanita itu didatangi haid. Maka jika period wanita normal, senang lah untuk tentukan waktu subur dan merancang untuk hamil.
Bagi wanita haid tidak normal memang akan menganggu emosi sebab ia mengurangkan potensi seorang wanita untuk hamil. Apa yang menyebabkan haid seseorang tu tidak normal..jom kita tengok kat bawah ni..
KEGEMUKAN
- Berat badan yang berlebihan ataupun obesiti akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita dan seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.
BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
- Hormon prolaktin yang berlebihan mengahalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid datang lewat atau tidak datang dalam tempoh yang panjang,
- Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Maka haruslah seseorang itu mempunyai berat badan yang seimbang.
MASAALAH KESIHATAN
- Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yang memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus menganggu kitaran haid.
MONOPUS
- Keadaan ini berlaku kepada wanita yang berusia lewat 40-an. Pada situasi ni, haid semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.
PENCEGAH KEHAMILAN
- Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera dan implanon boleh menyebabkan gangguan haid.
TEKANAN/STRESS
- Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental samaada dengan kerja atau kehidupan seharian mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.
PENYUSUAN BADAN
- Bila seseorang itu menyusukan bayi secara ekslusif, hormon di dalam badan lebih menyediakan badan untuk menghasilkan susu untuk bayi. Jadi tidak pelik jika ibu menyusu tidak didatangi haid sehingga 1-2 tahun lamanya.
- 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke ‘hari subur’ dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.
- Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.
- Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.
So pada yang alami period tida normal, boleh check balik apa punca yang menyebabkan cycle period tidak stabil. Jangan ambil remeh soal ni sebab ia menyukarkan seseorang wanita tersebut untuk merancang hamil. Bertindak segera untuk merawat haid tidak teratur dan merawat masaalah ketidaksuburan yang menyebabkan seseorang wanita itu sukar hamil.