Assalamualaikum

petua di dapur

Semalam kita bercerita pasal petua yang boleh boleh diamalkan secara semulajadi untuk kesihatan, tetapi malam mi pula na bercerita berkaitan petua di dapur. Petua di dapur ni boleh lah di amalkan supaya hasil masakan kita tu jadi lebih sedap. Jom kita belajar beberapa tips atau petua di dapur.

  1. Bawang Goreng Rangup
    – Bawang goreng ni biasanya kita letak dalam sup atau biasanya saya campurkan dalam ikan bilis yang dah digoreng bersama cabai melaka. Nak bagi rangup bawang goreng ni, mula-mula kena kupas bawag merah dan bawah putih kemudian cuci sehingga bersih dan toskan.
    – Bawag putih dan bawang merah tadi perlu di mayang nipis dan ditaburkan tepung gandum. Gaulkan sekata dan kemudian boleh la goreng bawang tersebut sehingga warna perang keemasan. Bawang goreng tersebut perlu disimpan di dalam bekas kedap udara aabila sudah sejuk.
  2. Bersihkan Ikan Patin
    – Ikan patin memang terkenal dengan bau hanyir dan berlendir. Bagi menghilangkan bau hanyir dan lendir tersebut, lumurkan ikan tersebut dengan tepung gandum.
    – Selain gandum, lebih bagus kalau gunakan air asam jawa atau asam limau bagi mebghilangkan hanyor ikan tersebut. Cara yang lain adalah dengan merendamkan ikan patin tersebut dengan cuka kurma sekitar lima minit.
  3. Santan Tahan Lebih Lama
    – Sangat sesuait bagi mereka yang suka buat stok simpan santan seperti saya. So kalau nak bagi santan tu tahan lama, simpan santan tersebut di dalam bekas yang bertutup bersama sedikit garam. Kemudian simpankan nya di dalam peti sejuk beku. InsyaAllah santan akan tahan lama.
  4. Cara Mendapatkan Santan Pekat
    – Dlu kalau nak dapatkan sayan pekat pon kena buat sendiri tapi sekarang boleh terus beli kat tempat jual santan. Tetapi masih ada yang asih suka buat sendiri. Caranya mudah sahaja dengan memerah kelapa dengan tangan.
    – Santan dicampurkan dengan sedikit air kemudian diramas beberapa kali. Perahan pertama menghasulkan santan pekat manakala perahan yang berikutnya adalah untuk menghasilkan santan cair dengan menambah air beberapa kali.

Itulah beberapa tips yang dapat saya kongsikan malam ni sebelum saya masuk beradu. Selamat mencuba!!!