Tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.

Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.

Antara masalah yang menghalang ibu daripada menyusukan bayinya adalah jumlah susu yang tidak mencukupi bahkan selepas dipam sekalipun, kuantiti susu yang keluar hanya sedikit sahaja. Beberapa langkah perlu dilakukan oleh ibu menyusu sekiranya mahu terus susu yang dihasilkan cukup untuk diberikan kepada si kecil. Antara langkah yang paling mudah iaitu menjaga pemakanan. Makan makanan yang kaya dengan khasiat agar ia menggalakkan pengeluaran susu ibu.

Ada beberapa jenis makanan yang dikatakan boleh meningkatkat pengeluaran susu ibu. Ibu disarankan mengelakkan pengambilan makanan pedas kerana ia memberikan kesan kepada penghasilan susu yang mengakibatkan bayi susah menghadamnya.

Berikut adalah senarai makanan yang disarankan kepada ibu menyusu agar meningkatkan penghasilan susu ibu:

Pelbagai sayur-sayuran

Ia sentiasa menjadi pilihan terbaik bagi ibu menyusu bayi. Sayuran yang digalakkan adalah brokoli, sawi putih dan lobak putih. Sumber Vitamin dari sayuran penting untuk menghasilkan susu yang berkhasiat untuk bayi anda. Sayur-sayuran tu jugak boleh membantu pengeluaran susu ibu dan boleh dijadikan sebgai Milk Booster.

Buah-buahan

Selain sayur-sayuran, buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan sumber kalori sihat kepada ibu. Buah seperti epal, oren, betik dan bermacam lagi boleh dimakan setiap hari.

Bijirin

Bijirin seperti Oat, Nestum dan apa-apa sahaja bijirin sangat lah penting kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.

Buah-buahan kering

Buah-buahan kering seperti kismis, kurma, apricot,  secara tradisional biasanya diberikan kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi. Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Protein

Ikan dianggap sebagai salah satu makanan dan sumber protein terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.  Ikan kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk badan. Anda boleh mempelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan bagi membuka selera ketika makan.

Produk tenusu

Seperti sedia maklum, produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Produk tenusu termasuk susu, keju, yogurt, mentega membantu melancarakan penghasilan susu ibu.

Teh herba

Minuman teh dengan perisa chamomile atau peppermint lebih baik berbanding minuman lain. Ibu menyusu perlu mengelakkan minuman bersoda atau yang mengandungi bahan pengawet.

Selain daripada mengambil pemakanan sihat, ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payu dara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar. Apa yang penting adalah konsep demand dan supply. Ibu-ibu perlu kerap direct feeding dan pump bagi membantu menghasilkan susu yang lebih banyak.

Kadang-kadang ibu yang menyusu lebih-lebih lagi yang bekerja tidak ada masa untuk mengambil makanan yang berjhasiat atau sukar untuk seimbangkan dari segi pemkanan. Kiranya mereka ambil yang mana sempat je kan. Saya sendiri mengalami situasi yang sama..sangat sukar nak jaga dari segi pemakanan. Walaupon hanya bekerja dari rumah tetapi kekangan masa menjadi satu masaalah dari segi nak jaga pemakanan. Lebih-lebih lagi anak saya refuse untuk direct feeding, so sy adalah Exclusive Pumping Mother. Disebabkan tu, saya mengambil alternatif dengan amalkan produk Shaklee disamping makanan-makanan berkhasiat yang lain. Set Menyusu yang basic memang saya amalkan seperti Energizing Soy Protein dan Alfalfa untuk membantu melancarkan penyusuan.
 
ESP dan Alfalfa bukan sahaja untuk melancarkan penyusuan susu ibu, malah banyak lagi khasiat lain. Jom kita tengok khasiat dua Milk Booster terhebat ni.
 
Ini antara stok simpanan susu yag berjaya saya buat dengan mengamalkan ESP dan Alfalfa. Juga testimoni dari customer yang amalkan Set Menyusu ini.


Berminat nak cuba milk booster bajet ni boleh lah roger-roger. Konsultasi sepenuhnya akan diberikan dari segi penyusuan susu ibu.


Farhah&Jamil (881663)

SMS/Wassap: 0129478477 
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9
           Ikhtiar Hamil