Susu ibu sememangnya anugerah dari Allah. Tiada tandingan dengan susu-susu lain yang berada di pasaran. tetapi tidak semua ibu berpeluang menyusukan anak sendiri.
Pengalaman saya anak pertama Ziyad, hanya berpeluang menyusu sekejap sahaja dek kerana terpaksa menyambung pelajaran ke Kuala Lumpur dan dia ditinggalkan bersama tok ibunya. Ziyad tak terima frozen Express Breast Milk (EBM) walaupun mas tu sus dah penuh memenuhi freezer. Mungkin juga sebab mamanya ni kurang ilmu, tidak di ajar ziyad dari awal untuk minum EBM. Akhirnya selepas usia 6 bulan ketika saya perlu sambung belajar, Ziyad berhenti dari menyusu badan.
Alhamdulillah untuk anak kedua saya lebih bersedia dengan ilmu yang lebih sedikit dari sebelum ni. Hari pertama memang susu tak keluar sehingga mak bdan datang urut then baru susu lancar. Time ni ujian nipple melecet sangat2 menguji kesabaran. Sanpai satu tahap mahu surrender sebab tak tahan dengan kesakitan yang ditanggung. Syifa sangat kuat menyusu. Di sebab kan tidak tahan sakit, saya hanya pum dan suapkan Syifa dengan sudu. Beberapa minggu juga lah ambil masa untuk nipple ok. Then selepas tu alhamdulillah dah ok untuk direct feeding.
Ujian seterusnya, Syifa merajuk tak nak direct feeding sebab serik asyik tersedak dek kerana demam dan selsema pada satu masa. Sehingga hari ni dia menolak direct feeding dan mamanya terpaksalah mejadi EP Mum. Berat sungguh dugaan..kali kedua hampir putus asa..saya banyak mencari info berkaitan EP Mm. Pada awalnya terasa susah kerana terpaksa mengepum susu 2-3 jam sekali. Tapi lama kelamaan dah jadi rutin dan rasa biasa. Rutin mengangkut pum ke mana sahaja, mengepum sus di dalam kereta dan tidak menjadi masaalah untuk EP Mum pergi jalan-jalan walaupun ambil masa yang lama dalam perjalanan. Dalam tempoh saya menjadi EP Mum, saya sudah ke KL beberapa kali dan juga pernah ke Melaka. InsyaAllah akan ke KL dan Perth dalam masa terdekat. Alhamdulillah Syifa sudah hampir 6 bulan dengan susu ibu.. dan harapnya berterusan sehingga 2 tahun.
Bukan mudah menjadi EP Mum..tetapi bukan sesuatu yang mustahil. Yang penting perlu kuat semangat untuk anak tersayang.Saya berpegang pada prinsip selagi ada susu untu Syifa selagi itu akan bagi. So macam mana nak bagi ada..saya pump dengan konsisten dan dalam masa yang sama saya mengambil supplement Shaklee macam ESP dan alfalfa. Alhamdulillah..dulu dari 3 oz sahaja 1 sesi pum..now dah dapat 6-7 oz satu sesi dan saya pump 2-3 jam sekali..so dalm sehari lebih 50 oz susu yang dapat dikumpul dan dalam masa yang sama saya masih mampu buat stok susu walaupun tidak banyak tapi ia mencukupi untuk my Syifa
Ini antara stok susu yang saya ada..
Syifa dan gadget nya
Inilah hasil susu ibu
Jadi kepada ibu diluar sana, usah risau jika anda tidak mampu menyusi anak anda secara direct. Jadiah EP Mum seperti saya. Doakan saya mampu berikan yang terbaik untuk Syifa sehingga dia 2 tahun. InsyaAllah
Master Farhah&Jamil (881663)
SMS/Wassap: 0129478477
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9