MamaWorld Collections

Jalan-jalan Perth Part 1

Alhamdulillah terasa nikmat rezeki dari Allah tu sangat lah luas. Pada 9 May yang lepas berpeluang membawa suami, anak-anak, mak, ayah dan adik-adik jalan-jalan di Perth, Australia. Bila diingat balik, ya Allah tak pernah terlintas dapat bawa satu keluarga yang besar berjalan-jalan di negara orang. Sebab tak pernah terlintas untuk sampai ke Perth dan tak pernah bermimpi untuk sampai kesana sebab memang dulu tak mampu pon even nak pergi sorang-sorang. Tapi rezeki Allah sangat luas..setelah bersama Shaklee dan buat income dengan Shaklee, alhamdulillah dapat jugak menjejakkan kai ke negara orang. Rasa bersyukur sebab dapat bukan sahaja diri sendiri yang dapat pergi, tapi mampu bawa suami, anak-anak, mak, ayah dan adik-adik sama. Alhamdulillah rezeki Shaklee dapat dikongsikan dengan mereka semua.

Jom ikuti cerita kami di Perth, Australia. flight kami pada jam 00.05 a.m 9 May. Perjalanan kami kesana memakan masa lebih kurang 5 jam 30 minit. Sangat-sangat mencabar bila bawa anak-anak kecik ni. Ziyad macam biasa dengan ragamnya yang tak nak pakai seatbelt dan syifa alhamdulillah tidak meragam cuma tak selesa nak tidur je sebab tak tahu masa tu ada seat yang boleh ambil bassinet (bakul bayi). Kami sampai di Perth waktu tu time subuh. Macam biasa..perlu melalui kastam kat sana. Anjing tau yang ceck bag kami. Macam penjenayah pon ada. Haha.

Sesampai di Airport, tourist guide dah tunggu kami. Namanya Encik Rizal. Dia dah lamamenetap di Perth dan dah dapat kerakyatan sana dah pun. Ok dipendekkan cerita, selepas solat subuh kami di bawa makan-makan berakfast di salah sebuah restoran milik Encik Rizal jugak. Haa jangan tak tahu, kat Perth pon ada nasi lemak.hihi. Inilah restoran atau gerai masakan melayu tu. Ramai juga customernya. Mat salleh pon makan kat sini tau.
  
  
Ok lepas dah kenyang perut, kami di bawa jalan-jalan dan pergi salam dengan kangaroo dulu. Datang Perth tak jumpa kangaroo tak lengkap la kan. So destinasi pertama kami ke Wildlife Park.

Agak lama di Wild Life Park..macam-macam jenis binatang kami tengok. Then on the way nak pi check in apartment sempat lah singgah di kilang coklat dan jugak taman yang ada pokok yang cantik. Jom layan beberapa gambar. 
Bermacam jenis coklat yang ada..jenuh nak pilih..tapi tak beli pun sebab mahal. Beli kat kedai biasa lagi murah. So kami makan yang free je
Cantikkan taman 
Daunnya yang orange kemerahan memang cantikan
Selesai jalan-jalan hari pertama. Agak memenatkan sebab belum rest lagi selepas tiba di Perth. Then lepas tu kami surrender dan minta untuk check in apartment. Apartment tempat kami tinggal tu sangat lah selesa. Facilities semua complete. Memang best!!! Kami sewa dua apartment yang sama. Nama apartment ni City Stay. Jom kita view gambar apartment.

Ok selesailah jalan-jalan Perth hari pertama. Jumpa lagi di next entry kita sambung cerita pasal Perth.
Semuanya bukan mustahil dengan Shaklee..alhamdulillah.

Exit mobile version