- Pengambilan kafin tinggi
- Tekanan mungkin menimbulkan keadaan
- Peningkatan usia
- Sejarah kemurungan
- Penggunaan tembakau
- Sejarah keluarga
- Faktor permakanan (Aras rendah vitamin dan galian tertentu, terutama magnesium, manganese, dan vitamin E)
Senggugut mungkin terjadi samaada disemenorea primer atau sekunder bergantung kepada penyebabnya :
Dismenorea Primer
Kebanyakan gadis telah mengalami senggugut bermula haid pertama mereka atau sejurus selepas itu. Gadis yang didatangi haid pada umur 12 tahun atau lebih awal dan mereka yang mempunyai haid lebih lama, mereka lebih berkemungkinan untuk mengalami dismenorea primer.
Dismenorea jenis ini tidak disebabkan oleh penyakit lain seperti ketumbuhan abnormal ataupun jangkitan. Doktor mungkin tidak akan menjumpai apa-apa yang luar biasa pada tubuh semasa pemeriksaan. Punca-punca dismenorea primer termasuklah :
* Ketidakseimbangan bahan kimia
Bahan kimia yang menyebabkan senggugut adalah prostaglandin. Prostaglandin merupakan kimia yang membuatkan kita merasai kesakitan apabila ia berinteraksi dengan penghujungsaraf kesakitan dalam tubuh.
Wanita yang mengalami senggugut menghasilkan lebih banyak prostaglandin di dalam uterus mereka. Ini menyebabkan otot di dalam uterus mereka bergerak lebih kuat dan lebih kerap pada hari pertama haid. Semakin kuat pergerakan otot uterus semakin kurang darah mengalir ke kawasan itu. Kekurangan aliran darah ini menyebabkan hujung saraf di dalam uterus semakin sensitif pada kesakitan.
* Genetik
Dismenorea Sekunder
Dismenorea sekunder adalah apabila senggugut bermula sekitar 2 tahun atau lebih selepas period pertama. Sesetengah wanita yang mengalami senggugut jenis ini dapat diubati dengan pil penahan sakit. Senggugut jenis ini memerlukan rawatan lanjutan oleh doktor.
Dismenorea sekunder disebabkan oleh :
# Ketumbuhan polips atau sista pada ovari atau uterus
# Jangkitan
# Radang rongga pelvis
# Endometriosis
# Penyakit usus seperti apendisitis
# Kehamilan ektopia atau kehamilan di dalam tiub fallopio
Cara mengatasi masaalah senggugut antaranya dengan pengambilan makanan seimbang, kurangkan merokok, kurangkan stress, kekal aktif dan yang paling penting adalah pengambilan supplement seperti Vitamin E, Magnesium dan Kalsium dalam diet harian. Shaklee menyediakan maknan tambahan yang mampu menyeimbangkan kadar Vit E, Magnesium dan Kalsium di dalam tubuh badan seorang wanita bagi merawat dan mengelakkan masaalah senggugut.
Antara supplement yang disyorkan adalah :
1) GLA