Assalamualaikum

Semalam 4 Mac 2020, berlaku satu fenomena di mana produk baru Shaklee iaitu ResV telah mula berada di pasaran. Produk ResV ni dikatakan lebih power dari Vivix dan ianya dalam bentuk softgel. Sebenarnya fungsi Vivix dan ResV lebih kurang cuma yang menjadikan ResV lebih power adalah kerana ianya ada 5 bahan tambahan. Vivix dalam bentuk cecair manakala ResV dalam bentuk soft gel.

Sebenarnya ResV ni memang sama macam Vivix tetapi tidak serupa. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan apa itu ResV Shaklee, dari segi ramuan yang terdapat dalam ResV Shaklee, apa keistimewaan, manfaat serta kelebihan yang boleh anda peroleh daripada ResV Shaklee ini.

ResV adalah penemuan revolusi terbaharu daripada Shaklee. ResV Shaklee dihasilkan secara saintifik yang direka untuk mengekalkan keremajaan dan untuk hidup yang lebih sihat dan bersemangat . Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis terkemuka dan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan ResV.

ResV juga seperti Vivix. ResV mengandungi campuran proprietari, ekstrak polifenol botani semulajadi yang dipilih secara teliti untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Di Shaklee semestinya:

  • Semula Jadi
  • Tanpa Warna Tiruan
  • Tanpa pemanis Tiruan
  • Tanpa Pewarna Tiruan
  • Tanpa Pengawet
  • Tanpa Gluten Tambahan

Apa itu Polifenol?

Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam anggur tertentu, buah beri, herba dan sayur-sayuran. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada sistem pertahanan tumbuhan yang bertindak balas kepada persekitaran yang bahaya.

Polifenol melindungi tumbuh-tumbuhan daripada makhluk perosak, serangan kuman, kecederaan, jangkitan, radiasi ultraviolet dan keadaan iklim yang bahaya dan tidak menentu.

Polifenol juga memberikan warna yang cantik dan terang kepada buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Sebab itu, tumbuhan yang kaya dengan polifenol mampu hidup dalam cuaca yang melampau dan mampu berdaya saing.

Polifenol adalah nutrien semulajadi untuk mengekalkan keremajaan dan menjadikan hidup penuh bersemangat.

Manfaat Polifenol?

  • Meningkatkan tenaga dan menguatkan otot
  • Kulit yang kelihatan lebih muda
  • Mengekalkan paras gula darah sihat
  • Menggalakkan detoksifikasi badan dan pembersihan yang efektif
  • Menggalakkan kesihatan peredaran
  • Menggalakkan kekal tajam dan focus
  • Memelihara dan menyokong keselesaan sendi
  • Boleh melindungi daripada pertumbuhan sel abnormal

Apa itu Resveratrol?

Resveratrol adalah salah satu Polifenol yang paling berkuasa. Resveratrol telah mendapat reputasi sebagai ramuan penting untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan yang baik.

Ramuan ResV Shaklee:

ResV mempunyai 5 bahan tambahan berbanding Vivix dan ia menjadikan ResV lebih power dari Vivix. Jom kita study apa ramuan-ramuan yang ada dalam ResV ni. Memang semuanya dari bahan semulajadi dan menariknya ada buah delima!!


Fakta Tentang Kapsul ResV

Shaklee telah mereka kapsul yang kenyal dan tebal untuk melindungi khasiat ResV dari teroksida.

Kapsul ResV mengandungi 2 selaput iaitu:

  • Selaput bahagian luar kapsul diselaputi dengan bovine (lembu)
  • Selaput bahagian dalam kapsul pula diselaputi dengan hampas kulit anggur / biji anggur.

Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai traditional medicine walaupun ResV ini bukan ubat. Sebab itu, dibahagian kotak ResV terpapar semua ramuan yang terkandung dalam ResV.

ResV boleh di bawa kemana-mana tanpa perlu disimpan ditempat yang sejuk. Apa yang lebih menarik, ResV boleh boleh bertahan selama 2 tahun dan tempohnya sangat panjang berbanding Vivix.

Kelebihan Res-V

  • Ia berbentuk liquid gel, jadi mudah nak travel ke mana-mana.
  • Tidak perlu simpan dalam peti ais. Mampu bertahan sehingga 24 bulan.
  • Mengandungi tambahan 5 lagi ramuan berbanding produk Vivix
  • Mempunyai kuasa 30x ganda lebih polifenol.
  • Disokong 6 paten

Walaupun ResV dikatakan sama macam Vivix tetapi tidak serupa sebenarnya, kerana ResV 30x Lebih Hebat Berbanding Vivix kerana :

  • Sejajar dengan penemuan formula dan revolusi baharu, para saintis menambahkan beberapa ramuan baru di dalam Res-V menjadikan resV 30x ganda lebih sebatian polifenol.
    .
  • Spektrum polifenol untuk Res-V telah berubah dan jumlah polifenol bagi setiap hidangan juga telah dipertingkatkan. Dalam kajian makmal, formula Res-V yang baru ini terbukti 30% lebih berkuasa untuk menghalang pembentukan protein AGE berbanding dengan formula sebelumnya.
    .
  • Disokong oleh enam paten, ResV mengandungi proprietary, semua campuran semulajadi dari spektrum polifenol yang luas berdasarkan anggur muscadine yang memaparkan kepekatan asid elagik dan Elagithanin yang lebih baik berbanding anggur lain, apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang lebih hebat.

Testimoni Pengguna ResV

Walaupun ianya baru di pasaran, ada dikalangan pengedar Shaklee yang sudah dapat ResV secara percuma dan mereka sudah cuba serta sudah merasai kesan nya. Jom tengok beberapa testimoni ResV:

Menarikkan produk baru Shaklee ni. So kalau ada yang berminat boleh terus dapatkan bulan ni sebab bulan ni ada promosi yang sangat best dan harga pon sangat jimat. Sebarang order dan info boleh terus ke link ni  : Farhah Shaklee

Atau anda ingin buat belian dengan harga ahli menggunakan kredit card atau debit card, boleh ke link ini untu pendaftaran sebagai ahli dan boleh terus buat belian sendiri : Pendaftaran Ahli Shaklee