Assaamualaikum
Entry kali santai-santai sahaja nak share pengalaman sendiri berkaitan dengan susu ibu dan bagaimana nak banyakkan susu ibu. Saya bukan seorang pakar laktasi, saya hanya share melalui pengalaman saya sahaja.
Alhamdulillah anak ke-4 masih dapat bagi susu ibu dan sekarang usianya dah nak masuk 8 bulan. Saya bukan seorang suri rumah sepenuh masa walaupon tidak bekerja. Saya adalah work at home mom iaitu seorang ibu yang bekerja dari rumah. Ada ketika saya perlu keluar atas urusan bisnes dan terpaksa tinggalkan anak kepada suami.
Apabila kita bekerja dari rumah, maknanya bila selesai sahaja berpantang 44 hari, kita tidak bercuti sehingga tempoh 3 bulan. Anak ke-4 kali ni memang saya mula keluar atas urusan bisnes sejurus sahaja selepas tamat tempoh berpantang. Ini bermakna saya perlu menyediakan stock susu untu anak yang ditinggalkan.
So, kat sini saya nak share tips bagaimana saya mampu buat stock susu dan tidak perlu risau jika terpaksa tinggalkan anak atas urusan bisnes di luar.
Tips 1:
Masa dalam pantang, selepas menyusukan bayi, jika terasa payudara masih penuh, saya akan pump untuk kosongkan payudara. Ia memberi signal kepada badan untuk hasilkan susu yang lebih lagi.
Tips 2:
Menyusukan bayi sekerap 2-3 jam dan kosongkan payudara selepas anak menyusu. Susu yang di pump dapatlah dijadikan stock
Tips 3:
Makan makanan yang seimbang dan cukup. Pengambilan protein yang cukup sangat penting untuk hasilan susu yang lebih pekat dan berkhasiat.
Tips 4:
Jika anak tidak menyusu diwaktu malam, bangun dan pump untuk kosongkan payudara. Ini supaya signal dihantar kepada badan untuk hasilkan susu baru. Kalau biarkan payudara bengkak terlalu kerap, susu kemungkinan akan berkurang.
Tips 5:
Kalau saya keluar atas urusan bisnes, saya akan pump setiap 2-3 jam untuk stimulate payudara supaya susu kekal mantain atau bertambah hasilnya.
Tips 6:
Elakkan stress dan penat sebab kalau badan penat memang susu akan kurang. So nak elakkan stress dan penat haruslah ambil vitamin tambahan. Ini penting supaya badan kita sentiasa cergas dan bertenaga.
Itu sahaja tips dari pengalaman saya sendiri bagaimana nak banyakkan susu badan sehingga mampu buat stock penuh freezer. Sekali lagi, saya bukan lah pakat laktasi, saya hanya share dari pengalaman saya sendiri sahaja. Apa yang rasa sesuai, boleh diamalkan dan yang mama rasa tidak sesuai boleh dielakkan. Selamat mencuba.