Assalamualaikum

Malam ni tajuk hangat sikit. Biasa kita bercakap pasal perempuan atau wanita yang kurang subur tetapi kalau nak tahu ada juga tau dikalangan lelaki yang kurang subur atau tidak subur. Jangan selalu salahkan perempuan atau isteri yang kurang subur sebab lelaki pon ada yang mengalami masaalah yang sama.Bila satu-satu pasangan sukar dikurniakan cahayamata, jangan terus menuding jari kepada wanita atau isteri. Sebolehnya kedua-dua suami dan isteri perlu melakukan ujian perubatan bagi mengenalpasti siapakah yang mengalami masaalah ketidaksuburan.

Bagi wanita memang sinonim dengan masaalah ketidaksuburan, akan tetapi jarang-jarang berlaku kepada kaum lelaki dan kebiasaanya kaum lelaki ni enggan melakukan ujian perubatan kerana begitu yakin diorang subur. Akan tetapi jangan terkejut jika ada dikalangan lelaki yang mempunyai masaalah ketidaksuburan.

Antara punca ketidaksuburan lelaki adalah:

  • Cryptorchidism (kegagalan zakar untuk berada didalam keadaan normal sejak kelahiran)
  • Kemoterapi atau sinaran radioterapi
  • Serangan virus beguk
  • Pendedahan kepada bahan toksin
  • Pengangkutan sperma (Obstructive)
  • Pembedahan zakar
  • Mengalami masaalah hernia
  • Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens)
  • Persekitaran bekerja yang terdedah kepada racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik atau radiasi
  • Ada kajian menyatakan lelaki yang kuat merokok juga menyumbang kepada masaalah ketidaksuburan

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada infertiliti lelaki, dan ianya boleh dilihat dari beberapa aspek:

  1. MASALAH PENGHASILAN SPERMA
    – Masalah kromosom / genetic
    – Testia yang tidak turun (undescended testis)
    – Infeksi
    – Torsion buah zakar (testicular torsion)
    – Suhu yang tinggi
    – Pembengkakan salur darah buah zakar
    – Ubat-ubatan dan bahan kimia
    – Kesan radiasi
    – Idiopatik
    .
  2. MASALAH PENGHANTARAN/LALUAN SPERMA (OBSTRUKSI)
    – Infeksi
    – Masalah kelenjar prostat
    – Tiada saluran vas deferens
    – Vasektomi
    .
  3. MASALAH SEKSUAL (HUBUNGAN KELAMIN)
    – Ejakulasi awal atau retrograde
    – Tiada ejakulasi
    – Masalah ereksi
    – Kecederaan saraf tunjang
    – Pembedahan kelenjar prostat
    .
  4. MASALAH HORMONE
    – Tumor kelenjar pituitari
    – Tiada hormone FSH / LH ( sejak lahir)
    – Pengambilan hormone steroid androgen (hormone lelaki)
    .
  5. ANTIBODI SPERMA
    – Vasektomi
    – Infeksi atau kecederaan pada epididimis
    – Idiopatik

Banyak sebenarnya punca atau faktor yang mempengaruhi ketidaksuburan lelaki tanpa sedar. Jadi jika pasangan mengalami sukar mendapat zuriat, dinasihatkan untuk kedua-duanya mendapatkan rawatan kerana kita tidak tahu dipihak mana yang mempunyai masaalah. Jika kita tahu punca, lebih mudah untuk kita berubat dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Boleh juga ikhtiar dengan vitamin shaklee untuk masaalah kesuburan lelaki.