Assalamualaikum

Entry kali ni nak cerita tentang satu lagi produk Youth yang Shaklee baru keluarkan iaitu Moisture Lock Day Cream. Saya memang suka produk ni sebab kulit sendiri yang sangat kering so memang sangat-sangat memerlukan krim ni.

Jom saya nak share apa yang best nya Moisture Lock Day Cream ni. Krim ni sesuai untuk kulit yang sangat kering dan kusam. Kalau nak tahu, satu kunci kepada kulit yang cantik serta kelihatan muda adalah penghudratan. Fungsi Moisture Lock Day Cream adalah menghilangkan kulit yang kering dan ganti dengan penghidratan melalui 3 cara:-

  1. MELINDUNGI DARI KEHILANGAN KELEMBAPAN
    – 100% Squalane berasaskan tumbuhan yang mampan membina halangan pelindung untuk mengurangkan kehilangan air.
    – Mengekalkan kelembapan untuk penghidratan yang lebih tahan lama
    – Menyeimbangkan air dan minyak kulit supaya kulit anda kelihatan segar sepanjang hari
    .
  2. MENARIK KELEMBAPAN
    – Ekstrak kaktus menarik kelembapan pada lapisan luar kulit
    – Menenangkan dan melembutkan kulit
    – Memberi penghidratan yang tahan lama
    .
  3. MENGUNCI KELEMBAPAN
    – Gabungan unik empat jenis asid hyaluronik yang mengekalkan sehingga 1000 kali beratnya dalam air untuk melembapkan kulit
    – Mengunci kelembapan dan membentuk takungan jauh di dalam kulit
    .

Selepas konsisten menggunakan Mositure Lock Day Cream ni, anda akan dapati perubahan dari segi kulit anda iaiatu:-

  • Mengurangkan penampilan garis-garis halus dan kedutan
  • Mengurangkan penampilan garis kering dan kemerahan
  • Membantu melegakan dan merehatkan kulit
  • Jelas menampakkan penghidratan untuk kulit licin, lebih gebu dan lebih lembut

Apa yang istimewa nya Moisture Lock Day Cream ni berbanding krim moisturizer lain di pasaran adalah:-

  • Ianya 100% berasaskan tumbuhan
  • Ianya tidak mengandungi pewarna
  • Ianya tidak mengandungi pewangi. Baunya natural dan tidak menyakitkan hidung
  • Ianya bebas 1500 bahan kimia merbahaya
  • Diuji oleh Ahli Oftalmologi
  • Diuji oleh Ahli Dermatologi
  • Dapat mengekalkan kelembapan kulit sehingga 30% selepas 5 jam pakai
  • Diformulasikan dengan lebih daripada 23 ekstrak botani
  • 4 ekstrak utama ialah Ekstrak Kaktus, campuran unik 4 jenis Asid Hyaluronik, 100% Squalane dan Youth Complex
  • Ia juga mengandungi Ekstrak Sel Apple, Lotus Japonicus, Ekstrak Buah Schisandra Chinensis, Anggur Muscadine dan Vital Repair Complex
  • Ianya hipoalergenik

Memang sangat istimewa Moisture Lock Day Cream ni. Paling best kalau pakai cream ni, bila pakai make up atau BB cream, make up akan tahan lama, rata dan nampak gebu je kulit. So siapa yang ada masaalah kulit kering yang kronik, boleh try ambil krim ni secara konsisten. Memamng korang akan rasai perubahan yang luar biasa pada kulit.