Assalamualaikum

sembelitBila dengar perkataan sembelit memang ngeri lebih-lebih kalau tengah berpantang. Mana taknya siapa tak risau sembelit time berpantang sebab takut jahitan terbuka. Tak kiralah bersalin normal atau ceaser, sembelit memang mengerikan. Rata-rata akan mencari ubat sembelit sebab takut jahitan terbuka disebabkan sembelit ni.

Pengalaman sendiri, masa anak pertama saya tak kenal Shaklee lagi. Lepas bersalin saya memang alami sembelit yang teruk sampai berdarah. Memang risau sangat-sangat sebab satunya bersalin normal..risau jahitan kat bahagian bawah tu terbuka. Kerisauan satu lagi adalah takut sebab membawa kepada masaalah buasir.

Masa dalam pantang tu, dah la anak pertama kan..pengalaman memang tak ada. Masa tu saya hanya ambil ubat sembelit dari tabib, bila makan sekali dua memang menjadi tetapi masuk kali ketiga, dah tiada kesan dah ubat tu. Cara lain adalah guna ubat yang kita masukkan ikut punggung. Bagi saya tak berkesan sangat dan lagi menyeksakan bila perut asyik memulas tapi najis tak keluar. Bila teringat balik memang ngeri. Jahitan pon lambat sembuh sebab kes sembelit ni.

Selepas melahirkan anak kedua, time ni memang dah kenal Shaklee. Balik sahaja dari hospital memang benda pertama saya buat adalah dengan menelan Ostematrix 2 biji pagi dan 2 biji malam. Alhamdulillah memang berkesan sebab pelawasan berjalan lancar dan saya tidak alami sembelit pun masa dalam pantang anak kedua. Selain tu ambil Ostematrix ni memang perut tak memulas dan najis kita jadi lembut serta mudah keluar. Jahitan luka pon cepat sembuh. Memang terasa lega yang amat sebab jumpa Ostematrix ni. Ostematrix ni salah satu produk yang ada daam Set Berpantang.

Bagi ibu yang bersalin normal memang ngeri sangat bila alami sembelit. tak kurang juga bagi yang melahirkan melalui pembedahan. Saya pun baru sahaja alami  pembedahan kecil di bahagian perut untuk buang kandungan buang rahim. Memang takut kalau sembelit sebab kalau sembelit kita terpaksa gunakan tenaga di bahgian perut untuk meneran. Bila terbayang akan rasa sakit kat bahagian jahitan di perut tu membuatkan saya risau. Maklumlah first time kena operate kat perut. Dua malam saya di hospital memang tak membuang dan sangat-sangat risau serta takut nak membuang dengan keadaan sakit di bahagian jahitan. After keluar dari hospital memang saya amalkan Ostematrix dan alhamdulillah keesokannya saya berjaya membuang dengan mudah dan tidak rasa memulas sikit pon di bahagian perut. Lega yang teramat sangat bila dah dapat telan Ostematrix.

OstematrixMesti semua nak tahu bagaimana Ostematrix ni membantu pelawasan kan. Ostematrix ni bukan sekadar kalsium tau. Selain kalsium, kandungan utama dalam Ostematrix adalah Magnesium, Vitamin D, Maganese, Copper dan Zinc.

Bahan dalam Ostematrix yang membantu mengatasi masaalah sembelit adalah Magnesium. Bagaimana Magnesium bertindak membantu mengatasi masaalah sebelit?

– Magnesium meningkatkan kandungai air dalam usus dan membantu menggesa berlakunya pristalsis ( gerakan dalam usus yang membantu makanan terhadam bergerak dalam usus). Pristalsis juga menolak makanan ke perut.

– Efek ini berlaku melalui dua mekanisme:

1) Magnesium merehatkan otot dalam usus. Ia membantu membentuk kesan lebih lembut yang mengurangkan sembelit.

2) Magnesium menarik air. Ia meningkatkan kandungan air dalam usus dan membolehkan usus berfungsi dengan baik.

Disebabkan magnesium akan menarik air, jadi dinasihatkan untuk minum air lebih banyak bagi memudahkan proses pelawasan. Sangat digalakkan untuk ambil Ostematrix ni bagi ibu berpantang yang mengalami masaalah sembelit kalau takut jahitan terbuka.

Ingin dapatkan Ostematrix??? Boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.

 

INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??

Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

**Pastinya anda ingin ketahui CARA UNTUK JOIN AHLI
**Pasti nya anda ingin tahu KELEBIHAN JOIN SHAKLEE
**Anda pasti teruja kerana BUSINESS SHAKLEE BOLEH DIWARISI
Farhah&Jamil (881663) 
SMS/Wassap: 0129478477