Assalamualaikum
Entry kali ni nak bercerita tentang ibu hamil disebabkan ramai sangat orang yang terdekat mengandung. Teruja dapat berita kawan-kawan, anak-anak bisnes Shaklee mengandung ni. Semua subur selepas amalkan GLA agaknya. Bercerita pasal mengandung ni, wanita yang hamil harus terima kenyataan bahawa berat badan mereka akan bertambah sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan.
Bila keadaan ini berlaku, badan makin membesar, semestinya keyakinan diri pon hilang. Mana taknya badan bertambah besar dengan perut ke hadapan. Tetapi bukan itu yang patut dirisaukan oleh ibu hamil sebab badan yang besar dengan perut yang membesar adalah sesuatu yang normal. Tidak perlu berasa hilang keyakinan diri kerana ibu hamil sebenarnya lagi cantik dan comel tau.
Bagi wanita yang bertubuh besar, mereka perlu pandai mengawal pemakanan ketika hamil agar berat badan ketika kehamilan naik seperti yang disarankan doktor dan bukan berlebihan. Sebelum hamil, sebaiknya wanita yang memang berbadan besar disarankan menurunkan berat badan supaya Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang dari 25. Namun apabila sudah disahkan hamil dan doktor sahkan anda mengalami obesiti, nasihat doktor perlu diikuti bagi mengelakkan kenaikan berat badan secara mendadak.
PARAS KENAIKAN BERAT BADAN BAGI IBU HAMIL
Kebiasaannya setiap bulan, ibu hamil akan mengalami kenaikan berat badan. Kenaikan sebanyak 1/2 kg seminggu ketika hamil dikatakan sebagai normal. Bagi wanita kurus, mereka akan menalami kenaikan berat badan sebanyak 20 kg spanjang kehamilannya. Manakala bagi wanita yang mengalami obesiti, kenaikan berat badan yang dialami tidak banyak, dan kebiasaannya hanya 5 kg sepanjang kehamilan.
Untuk mengelakkan kenaikan berat badan secara mendadak, ibu hamil disarankan mengambil makanan berserat tinggi dan berkalori rendah serta elakkan makanan yang berkalori tinggi. Antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah:
1) Sayur-sayuran kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbohidrat tinggi dan perlu diambil dalam jumlah yang sedikit.
2) Buah-buahan tetapi buah-buahan manis seperti anggur, durian dan rambutan hendaklah sedikit sahaja pengambilannya kerana ia mengandungi gula yang boleh menambahkan berat badan dan juga boleh menyebabkan diabetes.
3) Karbohidrat kompleks seperti beras perang, bijirin dan roti penuh.
4) Protein tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan daging yang dibuang lemak. Seeloknya ambil lah protein daripada ikan.
5) Pengambilan air masak yang mencukupi membantu mengelakkan berat badan naik secara mendadak.
FAKTOR PERTAMBAHAN BERAT BADAN MENDADAK
i) Mengidam
Normal bagi ibu mengandung yang mengidam. Bila dah datang mood mengidam, semua benda nak makan tidak kira ianya berkhasiat ataupun tidak. Bila dah mengidam, selera makin bertambah dan makan berlebihan dari yang sepatutnya.
ii) Mitos makan untuk dua orang
Bila dah hamil, biasanya kita makan terlalu banyak sebab kita percaya yang kita kena makan untuk dua orang sedangkan bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Tetapi si ibu sebaliknya makan 3000-4000 kalori sehari dan itu yang menyebabkan berat badan naik mendadak.
iii) Makanan dan minuman manis
Ada dikalangan ibu hamil gemar makan makanan yang manis dan mengambil minuman yang manis. Apabila gula berlebihan, ia akan menyebabkan berat badan naik secara mendadak dan menyebabkan kegemukan yang terlampau.
Wanita yang hamil perlukan penjagaan pemakanan yang seimbang. Doktor akan emmastikan berat badan wanita hamil tidak akan naik mendadak kerana ia akan menyebab masaalah obesiti juga membawa kepada penyakit lain seperti kencing manis ketika hamil, darah tinggi dan sebagainya. Keadaan ini tidak boleh dipandang remeh sebab ia akan membahayakan ibu dan juga bayo dalam kandungan. Jangan ambil mudah tentang obesiti dan segeralah berjumpa dengan doktor jika anda mengalami kenaikan berat badan melampau.
Bagi ibu hamil yang memerlukan makanan tambahan serta mengelakkan dari gejala obesiti, kencing manis dan darah tinggi..ibu-ibu boleh mencuba Set Kehamilan Shaklee. Saya sendiri telah mengamalkannya dan alhamdulillah berat tidak naik mendadak, bebas darah tinggi dan kencing manis. Dapatkan nutrisi yang seimbang untk anda dan bayi dalam kandungan.
Ingin dapatkan supplement tambahan untuk ibu hamil??? Boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.
SMS/Wassap: 0129478477
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:
Mamaworld Collections