X
  • 5 years ago
Categories: Bisnes Shaklee

Assalamualaikum

Hari ini nak bercerita pengalaman saya dalam dunia bisnes online. Sebelum saya kenal Shaklee, sudah banyak perniagaan online yang saya buat. Selepas tamat belajar, suami lebih prefer berada di rumah. Di sebabkan terlalu bosan berada di rumah tanpa melakukan apa-apa, saya decide untuk buat bisnes online. Bermula dengan modal yang kecil saya dengan beraninya memulakan bisnes online.

Nak tahu apa bisnes pertama yang saya jual online? Jangan tekejut tau..produk pertama saya jual adalah Maajun Anggun Bistari. Saya memang pengamal tegar maajun ni dan bila dah puas hati, saya decide untuk jual. Time tu memang maajun ni popular lah sebagai maajun perancang keluarga. Bermula dengan modal yang kecil saya mulalah perniagaan online saya.

Modal pertama husband bagi dan saya rasa seronok bila dah mula menjual secara online ni. Paling best sebab dapat share kenaikan produk. Makin lama modal makin bertambah sebab perlukan stok yang lebih banyak disebabkan permintaan yang tinggi Jadi, suami saya juga lah yang jadi mangsa tempat saya dapatkan modal. Selepas maajun, saya banyakkan lagi produk jualan online saya termasuk lah T-shirt Muslimah, botol susu, set cadar dan bermacam-macam lagi.

Semua perniagaan tersebut perlukan modal. Tetapi disebabkan tiada modal sangat, saya terpaksa guna kaedah dropship. Dari situ bertambahlah produk yang saya jual. Bermacam-macam produk sehingga saya lupa produk apa sebab banyak sangat. Selepas hampir setahun saya jual secara online denga bercama-macam produk, akhirnya saya jumpa Shaklee.

Bercerita pasal Shaklee, saya memang menggunakan produk Shaklee set menyusu. Time tu memang tak terlintas nak join ahli ke apa. Tetapi bila dah kerap sangat tengok friends di Facebook update berkaitan keahlian Shaklee dan Shaklee boleh buat income, saya jadi teruja. So saya decide nak cuba nasib dengan Shaklee..lebih-lebih lagi modalnya RM 75 sahaja. Masa tu sebenarnya tak yakin juga sebab ingat ke Shaklee ni seperti MLM lain. Bila dah terjebak tu baru tahu keistimewaan Shaklee ni.

Secara ringkasnya, banyak perbezaan bisnes Shaklee dan juga bisnes jual produk yang saya pernah buat dulu. Nak tahu apa perbezaannya?? Terlalu banyak perbezaan dan anda akan pasti teruja.

BISNES LAIN:

1) Perlukan modal yang besar bergantung kepada jenis produk. Ada produk yang Minimum Of Quantity (MOQ) tinggi dan perlukan kepada modal yang lebih besar.

2) Kena cari supplier. Nak cari supplier bukan mudah. Kena bandingkan harga sebab setiap supplier harga berbeza dan MOQ berbeza serta kadar keuntungan berbeza. Ambil masa juga nak cari supplier yang memenuhi kehendak kita.

3) Bisnes produk ni kita perlu simpan stok. Risiko simpan stok kita terpaksa habsikan kalau stok tersebut ada tarikh luput. Kalau baju, kita kena habsikan sebelum design baru keluar. Bila design baru dah keluar, orang dah tak nak design lama. SO kalau stok tak habis, kita yang tanggung kerugian.

4) Dropship pula, kita kena cari dropshipper yang jujur dan sentiasa update stok. Tetapi biasanya kalau jadi agen dropship, keuntungan hanya sikit sebab kita hanya dapat komisen sahaja. Contoh seperti jual baju t-shirt, keuntungan kalau jadi agen dropship untuk sehelai baju yang terjual hanya RM 7-RM 10 sahaja.

5) Kentungan basically untuk satu produk tak lah tinggi. Kalau barang mahal, keuntungan memang tinggi tapi susah nak terjual. Memang risiko pon tinggi.

BISNES SHAKLEE:

1) Modal hanya RM 75 sahaja untuk daftar ahli. In case kalau tak nak serius buat bisnes tak adalah rugi sangat. Tapi rugi kalau tak serius.

2) Tak perlu simpan stok dan tak perlu keluarkan modal untuk beli stok. Shaklee ada sistem online. Jadi kalau ada customer yang nak produk, after customer bank in kan kita boleh order terus melalui online. Kecuali kalau dah establish, boleh keluarkan modal sikit dari hasil bonus untuk simpan stok lebih-lebih lagi untuk customer yang Cash On Delivery. Basically Bisnes Shaklee tiada risiko stok tak habis sebab tak perlu buat stok.

3) Tak perlu susah-susah nak cari supplier semua. SHaklee ada branch di Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Perak dan Sabah. Kalau malas ke branch boleh dapatkan produk terus secara online.

4) Kita hanya dropship dengan Shaklee sahaja kalau tak ada modal untuk beli stok. Order secara online dan Shaklee akan hantar terus kepada customer. Sangat mudah dan tiada risiko.

5) Keuntungan Shaklee base on harga jualan dan juga bonus. Memang berlipat gandalah keuntungan kalau usaha pon berlipat ganda.

6) Bisness Shaklee bukan sahaja mengajar teknik marketing dan sebagainya, tapi juga mengajar erti ukhuwah dan juga banyak menitikberatkan amalan rohani. Bukan sahaja dunia yang di kejar tetapi juga akhirat. Balance antara keduanya.

Teruja tak bila tengok perbezaan antara dua bisnes yang pernah saya join. Saya sangat teruja bila dapat join Shaklee. Bonus pertama saya dulu hanyalah RM 300 sahaja. Sekarang alhamdulillah, berganda-ganda lebih dari itu. Syukur dipertemukan dengan Shaklee. Paling buat saya teruja, dengan Shaklee saya dapat Car Bonus dan dapat Free Trip ke United States. Tidak pernah terlintas untuk merasai semua itu. Alhamdulillah atas rezeki yang tidak di sangka. Next year insyaAllah ke Italy.

 

Jadi kalau anda rasa teruja seperti apa yang saya rasa, apa kata jom sertai keluaga Shaklee kami. Anda akan diajar dari merangkak sehinggalah berlari. Dari bonus 2 angka sehinggalah 4 atau 5 angka. Apa yang pernitng ada kemahuan dan keinginan yang tinggi. Hanya bermodalkan RM 75, internet, handphon atau lap top, anda boleh mulakan bisnes Shaklee dengan jayanya.

INGIN BERSAMA EMPAYAR BISNESS KAMI ATAU DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??

Untuk dapatkan penjimatan berganda atau berminat untuk turut serta dalam business Shaklee, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee dan juga bonus yang lain. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

**Pastinya anda ingin ketahui CARA UNTUK JOIN AHLI
**Pasti nya anda ingin tahu KELEBIHAN JOIN SHAKLEE
**Anda pasti teruja kerana BUSINESS SHAKLEE BOLEH DIWARISI

 

Farhah&Jamil (881663) 
SMS/Wassap: 0129478477  
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9 
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil 
Page:
Mamaworld Collections 
Ikhtiar Hamil 
Vitamin C Plus 500mg (Original) 
Pengedar Supplement Sungai Petani

ummuziyad :Isteri dan mama kepada tiga orang cahayamata yang bernama Ziyad dan Syifa. Bekerja sepenuh masa di rumah bersama Shaklee dan sudah bergelar Master Coordinator. Serius berbisnes Shaklee dan impian untuk lebih berjaya dengan Shaklee. Jika anda berminat untuk jana pendapatan lumayan bersama Shaklee..saya akan tunjukkan jalan.