Entry sebelum ni saya ada kongsi tentang intermittent fasting di mana ianya salah satu cara diet yang sihat untuk turunkan berat badan. Jadi entry kali ni saya nak share bagaimana Set Kurus Shaklee menyokong keperluan nutrisi semasa kita buat Intermittent Fasting.
Dalam proses kita buat Intermittent Fasting, Set Kurus Shaklee ni sangat-sangat membantu memenuhi keperluan nutrisi harian. Maklumlah setiap hari kita sibuk dengan rutin harian, jadi makanan tambahan ni penting, kalau tak kita akan mudah jadi letih, cepat lapar, lemau dan tak bertenaga.
Pengalaman saya sendiri buat intermittent fasting dalam proses turunkan berat badan dari 81kg ke 55kg, memang saya tak miss untuk ambil supplements. Antara supplements Set Kurus Shakleeyang saya ambil dalam fasa saya turunkan berat badan adalah :
- Cinch Shakes (Coklat, Vanilla dan Caffe Latte)
Cinch Shakes ni adalah protein yang sangat-sangat penting yang perlu kita ambil dalam proses kita nak turunkan berat badan.
Pengambilan makanan yang berprotein tinggi dapat membantu mengawal selera dan memberi rasa kenyang yang lebih lama berbanding pengambilan karbohidrat dan lemak.
Diet tinggi protein akan mencetuskan proses themogenesis yang lebih tinggi di mana tubuh akan meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebihan protein akan memberi isyarat kepada tubuh untuk mebakar lebih banyak kalori.
Sebab utama yang lain kenapa protein penting adalah kerana untuk mengelakkan daripada kita kurus dan menggeleber. Dalam Cinch Shake ni ada Leucine dimana ia bertindak untuk pelihara otot dan bantu bina otot. Kenapa otot penting? Sebab otot ini lah yang bantu bakar lemak lebih cepat.
- Omega Guard Shaklee
Omega Guard Shaklee ni mengandungi Omega 3 Asid Lemak yang mengawal salah satu hormon di dalam badan iaitu hormon Leptin.
Hormon Leptin ni berfungsi mengawal selera makan kia dan membantu mengawal rasa lapar. Hormon ni jugak bantu tingkatkan metabolisme dan bantu membakar lemak untuk hasilkan tenaga.
Kesan bila badan tiada tindak balas yang baik dengan hormon leptin tu, kita akan rasa cepat lapar dan badan akan menyimpan lebih banyak lemak. Sebab tu wajib ambil Omega Guard ni untuk merangsang hormon leptin tersebut. - Lecithin
Fungsi utama Lecithin adalah untuk mengemulsi atau memecahkan lemak. Lecithin akan membakar lemak dengan lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang sesuai.
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi yang bertindak dengan cara melekat pada lemak dalam darah seterusnya mengapung dan mengelakkan dari lemak degil tersebut melekat pada dinding membran.
Selain itu, Lecithin juga bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain. - Herb Lax
Herb Lax adalah salas satu item yang ada set kurus shaklee yang membantu dalam proses detox usus. Pentingnya usus yang sihat dalam proses kita nak turunkan berat badan.
Campuran proprietari Herb-Lax™ termasuk daun senna, yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semula jadi. Ia bertindak merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semula jadi tubuh.
Untuk kurus, Herb Lax Shaklee membuat pembersihan usus dengan sangat lancar. - Vivix
Dalam proses nak turunkan berat badan, selain 4 item kat atas tu, Vivix juga penting untuk dapatkan kesan yang terbaik.
Polifenol dalam Vivix membantu menyokong pembakaran lemak. Polifenol telah terbukti mengganggu enzim utama yang menyebabkan badan kita menyimpan lemak. Dengan berbuat demikian, mereka boleh meningkatkan fungsi metabolisme dan berpotensi membolehkan kita membakar lebih banyak lemak.
Selain itu, Polifenol dalam Vivix juga bertindak bertindak mengawal paras gula dalam darah dan sekaligus mengahalang kita dari sugar craving atau suka kepada benda-benda manis.
Bagi yang senaman dalam proses nak turunkan berat badan, pengambilan Vivix selepas senaman juga penting sebab Polifenol merupakan Antioksida yang boleh membantu dalam pemulihan selepas bersenam. Ia membantu badan kita membaiki gentian otot selepas bersenam.
Sangat menarik kan Set Kurus Shaklee ni sebab itulah sangat-sangat penting ambil supplement dalam proses kita nak turunkan berat badan. Kena ingat, ianya bukan ubat kurus tapi makanan tambahan yang membantu dalam proses kita diet. Jaga pemakanan dan senaman adalah dua perkara yang sangat penting dalam proses nak turunkan berat badan.
Percayalah, bila kita jaga pemakanan, senaman dan ambil supplements, kita akan kurus dengan sihat dan tak nampak tua sebab badan kita cukup nutrisi. Biar orang nampak kita kurus sihat bukan kurus macam orang sakit. Jadi jangan abaikan pengambilan supplement Set Kurus Shaklee ni semasa sedang berdiet.