MamaWorld Collections

Cara Buat Intermittent Fasting Dengan Betul Untuk Kurus

Kebelakangan ni ramai yang dah mula buat Intermittent Fasting (IF). Ramai dah dapat kesedaran untuk sihat.

Mungkin masih ada yang tertanya-tanya apakah itu Intermittent Fasting. Tak semua orang tahu tentang IF ni dan cara nak buat dengan betul. Ada yang buat IF untuk turunkan berat badan, ada juga yang buat untuk dapat kualiti tidur yang baik, ada yang buat untuk turunkan paras gula dalam darh, kesihatan jantung dan kesihatan menyeluruh.

Sebelum tu mari kita kenali dulu apakah itu Intermittent Fasting. Intermittent Fasting atau IF ni merupakan satu kaedah diet di mana kita menyusun pola pemakanan kita mengikut jadual tertentu. IF akan membahagikan rutin sesorang kepada dua tempoh waktu iaitu ‘eating window’ dan ‘fasting window’.

IF ni berbeza dengan cara diet yang lain, di mana diet lain fokus kepada apa yang kita makan tetapi IF fokus kepada waktu bila kita makan. Terdapat beberapa jenis Intermittent Fasting yang boleh di amalkan mengikut kemampuan dan tujuan sebenar kita buat IF. Jadi di sini saya nak terangkan jenis-jenis IF yang biasa di buat oleh mereka di luar sana.

Banyak lagi jenis-jenis IF ni tetapi saya cuma share cara yang biasa dilakukan. Bagi yang nak turunkan berat badan, IF selama 16 jam sangat sesuai sebab dalam tempoh berpuasa tersebut , badan akan pergi kepada stor penyimpanan lemak untuk ditukarkan kepada tenaga. Kalau mampu buatlah cara 18 jam dan 24 jam, ikut kemampuan masing-maisng.

Kaedah IF 16 jam ni juga sesuai sebab waktu makan hanya 8 jam di mana tempoh makan yang singkat boleh menghadkan pengambilan kalori yang berlebihan. Pengalaman sendiri pon saya mampu turunkan berat badan sebanyak 26kg dengan kaedah Intemittent Fasting dan jaga pengambilan kalori.

Untuk pengetahuan umum, IF bukan sahaja untuk kurus tetapi bagus untuk sel-sel badan dan kesihatan menyeluruh. Untuk bacaan lain berkaitan IF, boleh klik link Intermittent Fasting ni.

Exit mobile version