Assalamualaikum
Cuti sekolah ni memang tak terlepas kan dari bawa anak-anak pergi bercuti. Kali ni kami tak bawa pi jauh sebab papa nya tak boleh cuti panjang. So sambil-sambil ikut suami pergi kursus di Kuala Lumpur, sempat lah kami bawa anak-anak ke Kidzania Kuala Lumpur
Firstly kami tak ada idea sangat tempatnya macam mana dan apa aktivitinya. Memang plan pon last minit dan tiket pon booking sehari sebelum hari kejadian. So kami redah sahaja pada hari kejadian. Cuma kali ni nak share lah apa yang kami lalui dan mungkin beberapa tips yang berguna untuk mereka yang nak pergi di masa akan datang.
- Tiket Masuk
Seperti yang kami bagi tahu, kami book tiket sehari sebelum hari kejadian. Saya survey di website kidzania sendiri, traveloka dan klook. Memang harga tiket berbeza. Di traveloka harga lagi murah tapi kami ada kredit yang boleh ditolak dari harga asal di Klook, so dapat harga lagi murah. Actually di traveloka, kebiasaanyya tiket cepat sold out. Harga di website Kidzania lagi mahal.
. - Waktu Masuk
Kidzanian ni buka jam 10 pagi. So, seawal jam 10 pagi memang dah ramai beratur untuk ambil tiket dan sebagainya. Jadi dinasihatkan pergi lah seawal mungkin dan make sure sarapan dulu sebelum kaunter buka. Berhampiran kidzania tu ada Mc D so kami breakfast kat situ.
.
Dinasihatkan untuk masuk tepat jam 10 pagi sebab nanti kat tempat yang femes seperti fire statioan, pilot, kidsmart memang sangat ramai dan tinggi permintaan. So kalau lambat memang terpaksa tunggu lama kat bahagian ni.
. - Bekalkan Air
Kat dalam tu memang anak-anak akan penat dan cepat dahaga. Bawa lah air siap-siap kalau nak jimat. Kada dalam tu memang ada orang menjual tapi boleh pokai juga lah kalau dok ulang membeli dalam tu.
. - Plan Permainan Yang Sesuai Mengikut Umur
Kalau boleh, plan siap2 permainan yang sesuai untuk anak so tak ada lah nak kena check dan pilih masa kat sana. Sebab hakikatnya nak habiskan semua permainan dalam tu memang tak sempat sebab setiap tempat tu memang ambil masa 20-30 minit menunggu dan aktiviti kat dalam tu pon ambil masa 15-20 minit. So plan lah sebaiknya.
.
Rasanya ini je kot yang boleh saya share setakat ni. Memang seronok anak-anak sebab diorang akan dapat duit macam gaji lah walaupon duit tu duit paslsu je. Depa akan merasa pengalaman bekerja dan dapat gaji. Duit gaji tu ada boleh tukar dengan barang juga kalau cukup amaun nya. So kalau ada yang belum bawa anak-anak ke Kidzania, boleh la bawa untuk mereka rasai pengalaman jadi orang dewasa bekerja makan gaji.
‘O?”””””””.”