Assalamualaikum
Hari ni saya nak share tentang produk terbaru Youth yang baru mula dijual iaiatu Masker Youth Shaklee. Masker Youth ni ada dua jenis iaitu Clay Mask dan Gel Mask. Saya akan explain lebih detail mengenai dua jenis mask ni dan perbezaan keduanya. Apa yang pasti kedua-duanya sangat best di pakai. Pengalaman saya menggunakan mask ni, memang lagi best dari mask yang sebelum ni saya pakai.
PURIFYING CLAY MASK
Purifying Clay Mask ni sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat. Siapa yang ada masaalah kulit yang sangat berminyak dan muka yang penuh jerawat elok sangat ambil mask ni. Antara fungsi clay mask ni adalah:-
- Berfungsi untuk detox atau menyahtoksin serta membersihkan kulit secara semulajadi
- Mengelakkan atau mengurangkan masaalah whitehead atau blackhead
- Bertindak sebagai antipenuaan yang hebat
- Ia membantu mengecutkan jerawat
- Membantu mencerahkan kulit kusam dan gelap
- Mengurangkan lebihan minyak di bahagian kulit dan liang pori
- Menyingkirkan bahan pencemar, kotoran dan sebum serta mengecilkan liang pori dan melicinkan kulit
- Menyingkirkan sel-sel kulit mati dan sekaligus menggalakkan pertumbuhan semula sel-sel kulit yang sihat
Bahan yang terdapat dalam Clay Mask ni adalah campuran tiga jenis tanah liat yang kaya dengan mineral, serbuk arang yang halus dan abu gunung berapi dari Pulau Jeju yang bersih di Lautan Pasifik.
HYDRATING GEL MASK
Hydrating Gel Mask ni pula sesuai untuk kulit yang terlampau kering, yang sentiasa terdedah kepada aircond. Fungsi dia adalah:-
- Memanjakan kulit dengan kelembapan yang mendalam
- Membantu mencegah jerawat dan menganjalkan kulit
- Membantu mengatasi masaalah keradangan kulit
- Meningkatkan kadar kolagen dalam kulit
- Anti-oksidan yang mampu melawan radikal bebas
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka jerawat dan memudarkan parut
- Melambatkan proses penuaan dan memelihara kulit agar sentiasa lembap, anjal serta awet muda
Bahan-bahan utama yang terdapat dalam Hydrating Gel Mask ni adalah asid hialuronik, jus daun aloe, dan gabungan pelbagai herba seperti Centella Asiatica dan ekstrak Chamomile.
So kalau yang suka pakai masker, boleh try masker youth ni. Sangat2 best masker youth ni tau. Rugi sape tak cuba memang sangat berpuas hati.