Assalamualaikum

tekanan darah tinggi ibu hamil

Darah tinggi ni bukan lah sesuatu yang aneh sebenarnya. Tetapi seseorang yang tidak pernah mengalami tekanan darah tinggi berkemungkinan akan mengalaminya semasa hamil. Sama kes juga dengan kencing manis. Sebelum hamil tak pernah pon ada kencing manis tetapi semasa hamil disahkan ada kencing manis.

Seorang wanita hamil disahkan mempunyai darah tinggi ketika hamil atau dipanggil Pregnancy Induced Hypertension apabila bacaan darahnya melebihi 140/90. Terdapat 3 jenis darah tinggi yang mungkin di alami oleh ibu hamil:

Hypertension Kronik ( Chronic Hypertension )

  • Keadaan ini berlaku apabila seorang wanita hamil mempunyai bacaan tekanan darah tinggi (melebihi 140/90) dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein. Ia berlaku SEBELUM usia kehamilan mencapai 20 minggu atau SELEPAS 12 minggu melahirkan anak.

Hypertension Gestasi ( Gestational Hypertension)

  • Keadaan ini berlaku apabila tekanan darah tinggi dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein. Ia berlaku SELEPAS usia kehamilan mencapai 20 minggu sehingga 12 minggu melahirkan anak.

Preeclampsia

  • Keadaan apabila seorang wanita hamil disahkan samaada memunyai hypertension kroni atau hypertension gestasi TETAPI ujian air kencing menunjukkan ada protein.
  • Ia boleh membawa kepada komplikasi yang boleh membahayakan ibu dan bayi jika tidak dirawat dengan segera. Ia boleh memberi kesan kepada buah pinggang, otak dan organ-organ penting yang lain di dalam badan.
  • Eclampsia akan berlaku jika preeclampsia tidak dirawat dengan segera. Bila keadaan ini berlaku, ibu boleh mendapat sawan dan boleh membawa kepada stroke atau maut jika tekanan darah terlalu tinggi.

Tidak semua ibu hamil akan mengalami tekanan darag tinggi semasa hamil. Tetapi jika tekanan darah ibu hamil tinggi, langkah berjaga-jaga perlu lah di ambil. Siapa yang berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi ketika hamil ni?

  • Ia sering terjadi kepada ibu yang pertama kali hamil
  • Ibu yang mempunyai keluarga yang ada sejarahPregnancy Induced Hypertension
  • Ibu yang hamil kandungan kembar
  • Ibu yang berumur kurang dari umur 20 tahun atau berusia lebih 4o tahun
  • Ibu yang mempunyai hypertention kronik
  • Wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang sebelum hamil
  • Ibu yang terlalu kurus
  • Kandungan molar

Jadi, jika ibu-ibu hamil telah disahkan tekanan darah tinggi, perlulah kerap melakukan pemeriksaan prenatal bagi mengeakkan perkara yang tidak di ingini berlaku. Mungkin ibu-ibu akan dinasihatkan untuk baring, kurangkan memakan garam dan minum air 8 gelas sehari. Selain itu boleh juga mencuba rawatan alternatif seperti pengambilan supplement bagi mengawal tekanan darah tinggi. Kelahiran bayi juga mungkin perlu disegerakan jika sudah mencapai kematangan bagi mengelakkan perkara yang lebih serius berlaku.

Oleh kerana darah tinggi yang di alami oleh ibu hamil disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri, maka sebaik sahaja dilahirkan, tekanan darah akan kembali normal kecuali jika ibu tersebut sudah berusia lebih 40-an atau secara semulajadinya darah tinggi  itu memang sudah ada dalam dirinya. so kepada ibu hamil, perlulah ambil berat soal ni dan kerap lah berjumpa doktor bagi mengelakkan keadaan lebih serius.