Assalamualaikum
Petang-petang yang hangat ni nak bercerita pasal topik hangat juga. Tengok tajuk pon macam lentok je kan. Saat berjauhan dengan pasangan. saya nak tekankan di sini bahawa pasangan yang dimaksudkan adalah pasangan suami isteri..bukan pasangan kekasih yang belum sah hubungan nya atau pasangan yang baru bertunang ye. Pasangan kekasih atau bertunang memang elok pon dok jauh-jauh baru maksiat tak berlaku..betul tak??
Bercakap pasal berjauhan dengan pasangan ni..saya sendiri pernah alami situasi di mana saya belajar di Kuala Lumpur dan suami bekerja di Kedah. Maklumlah kahwin masa belajar jadi kena lah berjauhan. Selepas beralin anak pertama..saya sambung belajar untuk second degre..masa tu tinggal lah pula anak dan suami.
Saya rasa ramai di kalangan kita yang berkahwin jarak jauah atau dalam istilah lain PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh). Ada suami bekerja di Kuala Lumpur, isteri bekerja di Sarawak. Perkara seperti ini menjadi satu perkara biasa dalam masyarakat disebabkan tuntutan kerja dan sebagainya. apabila suami isteri tinggal berasingan, kadang-kadang pelbagai masaalah boleh timbul. Tidak semua pasangan mengalami situasi yang sama tetapi kebanyakannya akan berhadapan dengan pelbagai masaalah.
Masaalah yang timbul diantara suam isteri disebabkan jarak dapat dielakkan jika suami isteri memahami antara satu sama lain dan bermuafakat. Sememangnya pasangan yang berjauhan ni akan alami tekanan..mana taknya..pelbagai ilusi yang timbul terhadap pasangan sehingga membuatkan diri sendiri tertekan.. terdapat beberapa panduan kepada pasangan jarak jauh yang boleh diamalkan bagi keharmonian rumahtangga:
1) CEKALKAN HATI
Memang duduk berjauhan dengan pasangan kena sangat-sangat cekalkan hati. Kecekalan hati amat diperlukan supaya kita tidak berasa sunyi bila pasangan tiada di sisi. Maklumlah bila berjauhan ni, perasaan rindu akan bertandang di hati kerana insan disayangi jauh di mata.
Apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, kita perlu laluinya dengan cekal dan berdoa semoga suatu hari nanti kita dapat bersama dengan pasangan dan hidup dengan bahagia. Bagi yang berjauhan dengan pasangan atas sebab belajar, jangan jadikan keadaan tersebut alasan untuk anda tidak perform dalam pelajaran. Jadikan ia penguat semangat agar kita dapat cepat-cepat tamatkan pengajian.
Begitulah juga yang saya alami..memang setiap hari kena cekalkan hati. Alhamdulillah dapat tamatkan pengajian dengan jayanya sebab saya jadikan situasi tersebut sebagai pemangkin semangat untuk tamatkan pengajian secepat mungkin.
2) SETIA PADA PASANGAN
Kesetiaan adalah tersangat penting di dalam situasi anda berjauhan dengan pasangan. Janagn ambil peluang untuk bersama orang lain ketika anda dan pasangan anda berjauhtan. Bukan tiket untuk anda menjalinkan cinta dengan insan lain ketika berjauhan dengan pasangan. Tanpa sifat setia, rumahtangga akan goyah dan berkemungkinan besar berlakunya penceraian. Kalau sunyi, keraplah bersama kawan-kawan satu jenis jantina, bukan mencari cinta lain.
3) JANGAN DENGAR FITNAH
Fitnah di alam rumahtangga sering berlaku. Ia sangat berbahaya lebih-lebih lagi dalam situasi kita berjauhan dengan pasangan..kita akan lebih mudah percaya kepada fitnah kerana percaya dengan cerita yang dibawakan. Jangan ambil mudah dengan fitnah sebab mungkin ada individu yang cemburu melihat kebahagiaan kita, lalu menyampaikan fitnah.
Justeru itu sebelum mepercayai sesuatu berita yang dismapaikan, perlu lah selidik terlebih dahulu dan yang penting kita perlu mempercayai pasangan kita lebih dari orang lain. Tetapi tidak lah bermaksud kita tidak perlu ada rasa curiga sikit pun..cuma perlua berfikiran rasional bila berhadapan dengan situasi sedemikian serta tidak mempercaya berita yang disampaikan secara bulat.
4) SELALU BERHUBUNG DENGAN PASANGAN
Apabila berjauhan..keraplah berhubung dengan pasangan. Sekarang dah bermacam teknologi yang ada yang memudahkan perhubungan jarak jauh. Kerap berhubung akan membuatkan pasangan lebih mengenali dan akan rasa dekat dengan pasangan walaupun hakikatnya kita berjauhan. Selain itu boleh juga melepaskan rindu bila sentiasa berhubung dengan pasangan.
5) KUATKAN IMAN
Iman boleh menyebabkan pelbagai perkara yang negatif dapat dielakkan. Bila iman teguh, kita boleh menangkis segala godaan yang menaikkan nafsu. Bagi menguatkan keimanan kita, perbanyakkan lah ibadah dan perbanyakkan lah doa agar hati kita tidak mudah berbolak balik terhadap pasangan. Bila kita sentiasa beribadah, hati kita akan jadi tenang dan tidak mudah berasa kesunyiaan walaupun berjauhan dengan pasangan.
SMS/Wassap: 0129478477
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:
Mamaworld Collections