Assalamualaikum
Malam ni punya entry nak cerita mengenai perawatan diri menggunakan sumber semulajadi. Kadang-kadang sumber semulajadi atau sumber alami ni boleh merawat apa sahaja masaalah yng kita hadapi asalka rajin dan konsisten buat. Tapi biasanya orang kita tiada masa nak amalkan perkara-perkara macam ni. Sebenarnya tak susah pun sebab sumber semulajadi tu senang nak dapat. Ok jom kita tengok beberapa rawatan dengan sumber semulajadi:
1) Kurangkan Dengkur
Biasa orang yang berdengkur ni mempunyai masaalah saluran pernafasan atau memang terlalu penat. Bagi mereka yang mengalami masaalah dengkur yang teruk, ambil 7 biji badam dan tumbuk. Kemudian campurkan badam yang telah ditumbuk ke dalam segelas susu panas. Amalkan sekerap yang mungkin sebelum tidur. InsyaAllah akan menyelesaikan masaalah dengkur anda
2)Merawat Senggugut
Perempuan yang didatangi haid kebiasaanyaakan megalami masaalah senggugut. Masaalah ni kalau tak di atasi akan menjadi teruk. Jangan jadikan pain killer sebagai amalan kerana ia akan memudaratkan pada masa hadapan. Boleh cuba kaedah semualajadi dengan menumbuk segenggam ahlia dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia dah mula mendap barulah minum. Mulakan meminum dengan bacaan selawat. Insyaallah senggugut anda lega.
3) Lentikkan Bulu Mata
Jangan tak tahu nak lentikkan bulu mata bukan setakat guna maskara sahaja boleh, guna laun lidah buaya pon boleh. Caranya dengan mengambil daun lidah buaya dan potong dua untuk mendapatkan lendirnya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendir daun lidah buaya pada bulu mata setiap hari sehingga bulu mata anda lentik.
4) Melebatkan Rambut
Kalau anda mengalami rambut gugur dan dah nak botak, ada cara semulajadi yang boleh membantu melebatkan kembali rambut anda. Mudah sahaja caranya..ambil daun bunga raya dan ramas sehingga keluar lendir dari daun tersebut. Kemudian ambil lendir tersebut dan campurkan dengan sebiji telur ayamkampung bersama sesudu madu lebah.
Setelah campur 3 bahan tersebut, gaulkan sehingga sekata dan sapukan pada rambut . Perap rambut dengan kain tuala lebih kurang 10 minit. Dah selesai 10 minit, cuci rambut sehingga bersih. Boleh amalkan dua kali seminggu sehingga anda dapat hasil yang diinginkan.
5) Hilangkan Parut
Macam-macam ubat sapu dah guna nak hiangkan parut tapi tak hilang-hilang juga. Boleh cuba kaedah semulajadi ini dengan meramaskan asam jawadan campurkan dalam sedikit air. Jangan terlalu cair campuran tadi. Sapukan ke tempat yang berparut tak kishalah parut jerawat ke, parut eksiden ke atau apa sahaja jenis parut. Sebaiknya sapu pada waktu malam dan amalkan secara berterusan sehingga parut hilang.
6) Kulit Cerah dan Licin
Biasanya kalau nak bagi kulit cerah dan licin kita tempek krim dan barang-barang ksometik yang lain. Lain pula dengan cara semulajadi ni. Nak bagi kulit cerah dan licin hanya dengan menggunakan limau nipis. Ambil limau nipis dan potong dua. Semasa mandi gosokkan limau tersebut ke seluruh kulit. Hasilnya bukan sahaja kulit cerah dan lembut malah berbau wangi.
7) Rambut Lembut
Bagi wanita rambut ni mahkota. Biasanya masaalah rambut ni kerap terjadi pada wanita. samada wanita bertudung atau tidak bertudung. Rambut kaau tidak di jaga akan jagi kusut masai, rapuh dan rosak serta mengalami keguguran yang teruk. So bagi mengatasi masaalah ini, anda boleh cuba amalkan petua ini.
Ambil secekak kangkung dan masukkan ke dalam bekas yang berisi enam cawan air suam. Ramas kangkung tersebut sehingga keluar lendir dan sapukan kepada rambut. Amalkan sekerap yang mungkin. rambut akan menjadi lembut dan senang di urus.
8) Hilangkan Ketuat
pengalaman saya naik ketuat kat tapak kaki memang sakit. Nak berjalan memang tak boleh. Dulu ak tahu apa-apa petua saya sapu ubat ketuat sahaja. Ni saya nak share petua baru nak hilangkan ketuat. Anda boleh ambil dan sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Getah dari pelepah tu titik kan terus di ketuat tersebut dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali sehingga ketuat kering serta luruh sendiri.
9) Bebaskan Jerawat
Cara nak hilangkan jerawat secara semulajadi pon ada. Hanya menggunakan manjaki anda akan bebas jerawat. Caranya rebus segenggam manjakani di dalam periuk panas sehingga menggelegak dan pekat.. Apabila air rebusan tersebuh dah sejuk, ambil dan sapukan pada jerawat. Amalkan selalu sehingga jerawat hilang.
Banyak kan sebenarnya petua yang boleh diamalkan menggunakan bahan semualajadi dari alam. Rajin atau tidak sahaja nak mencubanya sebab bahan tersebut memang senang nak dapat tapi still kena cari. Bagi yang malas-malas boleh cuba Shaklee je sebab Shaklee pon dari sumber semulajadi dan hasilnya tak kan mengecewakan anda.
Ingin dapatkan supplement Shaklee untuk selesaikan masaalah anda??? Boleh berhubung dengan saya untuk dapatkan konsultasi produk yang sesuai atau boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.
INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??
Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.
SMS/Wassap: 0129478477
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil
Page:
Mamaworld Collections