Assalamualaikum

bayi Bercerita mengenai najis bayi, bagi ibu yang baru melahirkan atau mempunyai bayi..ibu-ibu perlu ambil tahu dan kenali jenis bayi kerana daripada jenis najis kita dapat tahu apakah masaalah yang dihadapi oleh bayi tersebut. Dalam tempoh 24 jam selepas bayi dilahirkann, bayi akan membuang kotoran pertama berwarna hitam kehijauan atau lebih dikenali sebagai mekonium.

Mekonium ni adalah cairan ketuban yang tertelan bayi ketika masih dalam kandungan. Ia beada di usus bayi semenjak 3 bulan sebelum dilahirkan. Kotoran ini akan keluar dengan cepat dari perut bayisetelah disusukan kerana susu ibu yang pertama keluar selepas melahirkan akan merangsang sistem pencernaan bayi. Dari hari ke hari najis bayi akan berubah secara bertahap.

Kronologi perubahan najis bayi adalah seperti berikut:

  • Beberapa hari selepas bayi lahir, najis bayi berwarna hijau atau kuning. Ibu-ibu jangan rasa pelik kerana ia merupakan peralihan antara kotoran pertama dengan najis setelah meminum susu ibu.
  • Jika bayi minum susu ibu secara teratur, kotorannya berwarna kuning cerah, baunya agak masam dan bentuknya seperti butiran beras. Pada minggu-minggu pertama, bayi sering membuang air besar setelah kenyang kerana susu ibu mudah dihadam. Jadi jangan risau jina bayi kerap membuang selepas menyusu.
  • Bayi yang diberi susu ibu akan membuang air besar maksimum 10 kali sehari dan ianya bukan lah cirit birit.
  • Berbeza dengan najis bayi yang minum susu formula kerana warna najis mereka adalah warna kuning pucat atau kuning kecoklatan. Baunya lebih tajam berbanding najis bayi yang menyusu badan dan bentuknya juga lebih padat sebab susu formula lebih sukar dicernakan berbanding susu ibu.
  • Setelah bayi diberi makan, warna najis akan berubah kepada kecoklatan.

najis bayi

Perlu diberi perhatian sekiranya najis bayi tidak berwarna dan bentuknya tidak seperti kelaziman, ia mungkin terjadi disebabkan beberapa keadaan seperti berikut:

  1. CIRIT BIRIT : Rupa najis lebih hijau dan cair
    – Bayi yang diberi susu ibu lebih rendah mendapat risiko cirit birit kerana susu ibu membantu mencegah pertumbuhan mikroorganisma. JIka cirit-birit masih berlaku, mungkin kerana susu dimasukkan ke dalam botol yang kurang disteril.
    –  Bayi yang diberi susu formula mudah terkena cirit birit mungkin disebabkan alergi terhadap susu lembu atau air yang digunakan tidak cukup masak.
  2. SEMBELIT : Keadaan najis agak hitam, keras dan bentuknya bulat-bulat
    – Ia sering terjadi kepada bayi yang diberi susu formula kerana berkemungkinan susu yang tidak sesuai.
    – Bayi yang sudah makan kebiasaannya najis berwarna gelap disebabkan oleh zat besi yang berfungsi sebagai vitamin atau supplement yang di tambahkan kepada makanan.
  3. AKIBAT VIRUS atau GIGI TUMBUH : Warna najis agak hijau dan berlendir
    – Keadaan ini berlaku kerana gangguan penyerapan makanan diusus
    – Faktor lain berkemungkinan gigi anak sedang tumbuh. Keadaan ini berlaku kerana bayi banyak menelan air liur sehingga usus mengalami gangguan.

Jadi berdasarkan penerangan tersebut, ibu-ibu perlulah lebih peka jika najis bayi mengalami perubahan daripada biasa kerana ia berkemungkinan bayi mengalami masaalah-masaalah tersebut.

Ingin dapatkan supplement Shaklee?? Boleh order sendiri gunakan Kad Kredit atau Kad Debit boleh direct tekan di bawah. If nak order direct dengan saya pon boleh.

 

INGIN DAPATKAN PENJIMATAN BERGANDA DENGAN JADI AHLI??

Untuk dapatkan penjimatan berganda, anda boleh daftar sebagai Ahli Shaklee. Anda akan mendapat penjimatan sebanyak 15-30% jika daftar sebagai Ahli Shaklee. Untuk keterangan lanjut berkaitan pendaftaran keahlian, boleh terus hubungi saya.

**Pastinya anda ingin ketahui CARA UNTUK JOIN AHLI
**Pasti nya anda ingin tahu KELEBIHAN JOIN SHAKLEE
**Anda pasti teruja kerana BUSINESS SHAKLEE BOLEH DIWARISI

 

Farhah&Jamil (881663) 
SMS/Wassap: 0129478477  
atau PM sy di link ni: http://tinyurl.com/qh7rqx9 
FB: Ummu Ziyad Ibn Jamil 
Page:
Mamaworld Collections 
Ikhtiar Hamil 
Vitamin C Plus 500mg (Original) 
Pengedar Supplement Sungai Petani