Tuesday, 23 July 2013

Pengedar Shaklee Di Sungai Petani dan Kulim


Hari ni saja nak buat hebahan kat blog ni sebab ramai yang bertanyakan saya boleh Cash On Delivery produk Shaklee kat area mana. Maklumlah ramai yang tak tahu saya berada di Kedah. Kadang-kadang ada customer yang dah bank in duit, tapi bila dia bagi alamat, tengok-tengok dekat sangat je. So lebih senang ambil by hand kan. Tak perlu tunggu pos laju yang belum tentu lajunya.

Saya Pengedar Sah Shaklee dengan ID 881663. Lokasi saya adalah di Kedah. Jadi sesiapa yang memerlukan produk Shaklee di area Sungai Petani dan Kulim, boleh dapatkan terus dari saya. Jimat lah postage sikit. Harga semestinya yang paling best lah kan.


Kalau di area Sungai Petani, kebiasaanya saya jumpa customer di Giant Sungai Petani, TESCO Sungai Petani, stesyen minyak Shell Padang Temusu. Tetapi ada kadang-kadang saya terus hantar ke rumah. Bergantung kepada keadaan saya waktu itu dan request dari customer jugak. Di area Kulim pulak, biasa saya akan jumpa customer di Petronas Kulim atau di mana-mana kawasan berdekatan Kulim Hi-Tech. 

So, kepada customer yang berada di kawasan berdekatan, boleh hubungi saya terus. Stok sentiasa available di rumah ye. Nak datang ambil di rumah pon boleh tiada masaalah :))

Jom mai pakat beli Shaklee untuk kesihatan yang berpanjangan. Orang Kedah mesti sihat-sihat semuanya ye.

PM di FB: http://tinyurl.com/qh7rqx9
atau SMS/Wassap: 0129478477 (farhah)

Sunday, 21 July 2013

Kekal Awet Muda Dengan Shaklee Collagen Powder

Hari ini nak bercerita sedikit mengenai Shaklee Collagen Powder. Memang terhangat lah sebab raya pon dah nak dekat. Semua sibuk bertanyakan supplement untuk kulit yang memberukan kesan yang cepat. Ya terbukti dan dijamin Shaklee Collagen Powder memberikan selapas 8 minggu.

TETAPI..

Ada yang customer yang menggunakannya dalam tempoah 1-2 minggu sudah menampakkan kesannya. Hebatkan penangan Shaklee Collagen Powder. Terutama sekali wanita, makin hari makin dimamah usia. Kedut sana sini, kulit jadi kusam, berjeragat dan tak bermaya. Aset berharga pon kendur dan dah tak anjal dah. Wanita berumur 30-an akan mula mengalami perubahan pada struktur kulit dan sebagainya.


Jadi, sebelum terlambat, jm lah amalkan Shaklee Collagen Powder. Siapa-siapa yang mengambil collagen ni pasti akan berpuas hati dan tak kan pilih yang lain dah. Memang pasti akan jatuh hati dan jatuh cintalah dengan Shaklee Collagen Powder ni.



Sebelum tu, jom kita kenali dulu Shaklee Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder dihasilkan daripada sisik ikan merah dari laut dalam yang bebas dari pencemaran air.
Sisik ikan merah (Red snapper scale – RSS ) merupakan sumber terbaik collagen kerana ia merupakan collagen yang tahan lasak.

Kenapa perlukan collagen yang tahan lasak? Ini kerana collagen merupakan gentian tissue yang mudah rosak dan kendur akibat tindakan tekanan dan bahan kimia.
Collagen yang baik ialah collagen yang mampu menahan tekanan dan mempunyai elastisiti yang tinngi.
RSS pula mempunyai ciri berikut :
  1. -Sangat lasak – mampu menahan tekanan berkapasiti 60 pound.
  2. -Sangat elastik – kadar elastisiti sangat tinggi.
  3. - Kepaduan sel sangat tinggi
  4. - Kadar kelembapan tinggi.
  5. Molekulnya halus dan mudah diserap oleh tubuh
Oleh kerana itu Shaklee telah memilih RSS untuk dijadikan sumber kepada Shaklee Collagen Powder. SCP mengandungi 4000mg collagen RSS.
Dalam collagen Shaklee bukan ada collagen semata-mata, macam2 ada tau! Jom tgk apa yang ada..
•Probiotik Lactobacilus acidophilus untuk meningkatkan penyerapan SCP dalam usus kecil.
•Camellia japonica seed extract – kaya dengan oleic acid untuk meningkatkan kelembapan kulit. Turut mengandungi isoflavones yang sangat baik untuk kesihatan (menurunkan kadar kolesterol)
•Pfaffia extract – synergy kepada Camellia japonica, bersama-sama mereka menyokong penghasila hyaluronic acid yang sangat baik untuk kecantikan.
•Vitamin C – untuk kecantikan kulit dan antioxidant penting untuk kesihatan.
•B-complex – untuk sokongan sistem saraf yang baik dan untuk kecerahan kulit.
•Shellfish extract – sumber glucosamine untuk penghasila synovial fluid yang bermanfaat untuk sendi.
Wow dasyatkan Shaklee Collagen Powder ni. Jadi, sesiapa yang ambil ni memang akan nampak kesan awet muda. Bukan setakat awet muda tapi cergas dan nampak macam orang muda. Tak percaya?? Jom baca testi ni. Memang mengancam lah akk ni.



Lagi Testimoni Shaklee Collagen Powder..1 minggu dah nampak kesan!!
Marvellous!!

Berminat nak cuba??
Meh SMS/Wassap: 0129478477 (farhah)
Harga??Memang dijamin the best!!!

Saturday, 20 July 2013

Kelebihan Penyusuan Dengan Susu Ibu

Penyusuan Sepenuhnya (Exclusive)

susu ibu


Terdapat lapan ayat al-Quran yang membicarakan soal penyusuan ibu iaitu:


1. Surah al-Baqarah ayat 233
“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya...”.


2. Surah at-Talaq ayat 6
“... kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, makaberikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.


3. Surah an-Nisa’ ayat 23
“Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu...”


4. Surah al-Qasas ayat 7
“Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: Susukanlah dia, dalam pada itu, jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan)lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu, dan Kami akan melantiknya
menjadi salah seorang dari Rasul-rasul Kami”.


5. Surah al-Qasas ayat 12
“Dan Kami jadikan dia dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata: “Mahukah, aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”


6. Surah al-Hajj ayat 2
“Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan”.


7. Surah al-Ahqaf ayat 15
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempohmenceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan…”


8. Surah Luqman ayat 14
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun)...”.


Takrifan Penyusuan Eksklusif

- Bayi diberikan susu ibu sahaja tanpa makanan atau minuman lain(termasuk air masak). Penyusuan susu ibu sepenuhnya amat penting untuk tempoh 4 ke 6 bulan pertama kehidupan bayi.


Kenapa Penyusuan Eksklusif Penting?


1. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Penyakit kerana di dalam Susu Ibu mengandungi:

- Lactoferrin bergabung dengan zat besi menyebabkan bakteria tidak mudah membiak
- Banyak agen anti-inflamatory membantu proses inflamatori yang tidak terkawal yang menyebabkan penyakit
- Lymphocite dan Macrophages yang membantu melawan penyakit
- Antibodi untuk melawan penyakit yang telah terdedah kepada ibu tersebut
- Hormon dan Growth Factor yang membantu pertumbuhan dan kematangan sistem immune bayi, perkembangan otak dan lain-lain
- Enzime lipase dan laktase yang membantu pembentukan sistem penghazaman bayi

2. Susu Ibu Memberi Perlindungan dari Alahan(Allergy) kerana
- Pendedahan yang rendah terhadap protein asing menghasilkan toleransi dan bukannya kesan alahan (allergic)
- Zat seperti zink dan "long chain polyunsaturated fatty acid" di dalam susu ibu membantu pembentukan sistem immune bayi
- Dengan memberi bayi sekali sahaja susu formula pada bayi di hari yang pertama boleh menggalakkan allergik. Semua susu formula termasuk susu soya boleh memberi risiko allergik seperti ruam, atopik, asthma, eczema dan lain-lain

3. Pemberian Susu Ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi seperti:
- Kadar kencing manis (IDDM), Otitis Media yang rendah
- Respon pelalian yang lebih baik
- Kurang masalah gigi "Orthodontik"
- Perkembangan tumbesaran, emosi dan sosial yang lebih baik
- Kanak-kanak yang lebih pintar

* Pemberian bahan makanan atau minuman yang lain semasa tempoh 4-6 bulan pertama ini boleh mengurangkan kesan kebaikan yang disebut di atas kerana bahan-bahan asing tadi akan membersihkan perut bayi atau bertindakbalas secara tidak semulajadi di dalam perut dan usus bayi. Tambahan pula pengambilan bahan lain akan memenuhkan perut bayi (terlalu mengenyangkan) dan menyebabkan bayi tersebut tidak mahu menyusu secukupnya dari sumber susu ibu.

sumber: susuibu

Sebab-sebab Bayi Menangis

Perkongsian Artikel dari: babycenter.com


bayi tidak selesa


Apakah sebabnya bayi menangis? 


Semua bayi menangis pada masa-masanya. Mereka perlu menangis. Bayi baru lahir yang sihat pun akan menangis juga sebanyak satu hingga tiga jam sehari. Disebabkan mereka tak dapat membuat sebarang apapun untuk diri sendiri, bayi bergantung kepada orang lain untuk memberi mereka makanan, kepanasan dan keselesaan yang mereka perlukan. Tangisan adalah cara bayi memberitahu salah satu daripada keperluan itu. 

Sebagai ibu atau bapa baru, ada masanya anda mendapati sukar untuk menentukan apakah yang diperlukan bayi - adakah dia lapar, sejuk, haus, bosan atau mahu dipeluk? Di hari-hari awal, apabila anda belum lagi tahu bagainama untuk menentukan keperluan bayi anda, tangisan ini boleh membuat anda rasa bimbang. Namun begitu, lambat laun anda akan mula mengecam gaya tangisan bayi anda yang berlainan dan, setelah anda lebih mengenalinya, akan dapat mendahului keperluannya. 

Semasa membesar, bayi juga akan mempelajari lain-lain cara untuk berkomunikasi dengan kita. Mereka menjadi lebih cekap menyatakan sesuatu dengan menggunakan mata, membuat bunyi-bunyian, dan juga dengan senyuman, semuanya mengurangkan keperluan untuk menangis. Sebab-sebab biasa bayi menangis disenaraikan di bawah. Jika anda mempunyai bayi yang susah untuk ditenangkan, cubalah panduan ini satu persatu. Dengan cara ini, anda akan terasa senang hati sebab anda telahpun cuba memenuhi keperluan dia seberapa banyak yang boleh. 

1. Saya perlukan makanan 
Kelaparan adalah sebab utama bayi baru menangis. Lebih muda bayi itu, lebih kemungkinan dia menangis sebab dia lapar. Pengecualian kepada ini ialah pada masa sehari dua selepas kelahiran, apabila bayi makan amat sedikit. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, sebab susu terawal kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit dan anda juga sedar bahawa susu "mula datang" sekitar hari ketiga. Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak, jadi, jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu, sebab besar kemungkinannya dia lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tetapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. Walau bagaimanapun, jika bayi anda sudah disusukan dan dia masih menangis, mungkin dia menyatakan keperluan seterusnya. 

2. Saya perlukan keselesaan 
Bayi sudah tentu akan membantah jika baju mereka terlalu ketat atau jika lampin kotor mengganggu mereka. Setengah bayi tidak membantah jika lampin mereka penuh - ia cuma terasa panas dan selesa bagi mereka - manakala yang lain akan menjerit dan minta ditukarkan dengan serta merta, terutama sekali jika kulit mereka terasa jengkel. Memeriksa lampin bayi dan menukarkannya mungkin akan memenuhi keperluan dia, jadi memang elok mencuba. Ia juga memberi peluang untuk anda memeriksa yang lampinnya tidak terlalu ketat atau tiada perkara lain bersabit pakaiannya yang membuatkan dia tidak selesa. 

3. Saya perlu nyaman dan selesa - tidak terlalu panas atau sejuk 
Setengah bayi baru lahir tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan - mereka tidak biasa merasakan udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. Jika bayi anda seperti ini, anda akan cepat tahu bagaimana hendak menukarkan lampin dengan segera supaya bayi anda boleh bertenang semula. Namun begitu, berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingatkan yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk selesa. 

Jika dia berada di kot atau raga pembawanya, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai kain penutup bukan duvet untuk membolehkan anda menambah atau membuangkan satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan merasa perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya, sebab adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. Memang mudah untuk membeli termometer di Malaysia (kebanyakan farmasi menjualnya) dan anda boleh menggunakannya untuk mengambil suhu badan bayi anda jika kurang pasti. Kekalkan suhu di bilik bayi anda pada 24 darjah C / 75.2 darjah F, dan letakkan dia menelentang dengan kaki di hujung kot supaya dia tak boleh turun bergeliang geliut sehingga tenggelam di bawah selimut dan menjadi terlalu panas. 

4. Saya perlu dipeluk 
Setengah bayi sangat perlu dipeluk dan dimanjakan. Bayi yang lebih tua akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda dalam bilik, tetapi, bayi baru lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Jika anda telah memberi bayi makan dan menukar lampinnya, anda akan dapati bahawa sekarang dia hanya mahu dipeluk. Setengah ibu dan bapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika dia didukung berlebihan, tetapi semasa bulan-bulan pertama kehidupannya, perkara ini tidak mungkin. Separuh bayi tidak perlu terlalu banyak sentuhan fizikal, manakala yang lain mahu dipeluk hampir sepanjang masa. Jika bayi anda perlu banyak didukung, anda mungkin mahu mencuba gendongan bayi, yang membenarkan bayi anda rapat dengan anda dan membebaskan tangan anda untuk menjalankan kerja lain; ini mungkin penyelesaian yang akan membuat anda berdua bahagia. 

5. Saya perlukan rehat 
Memang senang untuk menyangkakan yang bayi akan tertidur apabila mereka terasa nak tidur, di manapun mereka berada, sebab kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah - dia mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. Bayi baru lahir mendapati sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa - cahaya lampu, bunyi bising, di hulurkan dari seorang saudara tersayang kepada yang lain - hingga boleh menjadi gelisah. Ramai ibubapa mendapati bayi menangis lebih dari biasa apabila suadara mara datang melawat, atau apabila petang menjelma. Jika tidak ternampak sebab spesifik bayi anda menangis, dia mungkin cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus dapat tidur. 

6. Saya perlukan sesuatu untuk membuat saya rasa lebih sejahtera 
Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Mereka, ibubapa buat pertama kali, sering mendapati sukar untuk mengetahui samada bayi menangis sebab dia sebenarnya seorang yang bersifat sedih (separuh bayi begitu, dan mereka mengambil masa yang panjang untuk menyesuaikan diri untuk hidup di dunia) atau samada memang ada sesuatu yang tak kena. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa - ianya mungkin berbunyi cemas atau nyaring. Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula berdiam ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasakan mungkin ada masalah tertentu, hubungilah ahli pediatrik atau doktor keluarga anda. Ahli kesihatan profesional lazimnya akan mempertimbangkan kebimbangan anda secara serius, dan anda akan merasa lebih tenang jika diberitahu tiada sebab fizikal bayi anda menangis. Anda mestilah memanggil doktor jika bayi anda mengalami kesesakan nafas apabila dia menangis, atau jika tangisan diikuti dengan:

  • muntah-muntah
  • diarea
  • konstipasi

Lihat artikel kami tentang bila harus memanggil doktor untuk panduan lanjut. 

7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 
Kadangkala anda mungkin tidak dapat menduga apakah masalahnya apabila bayi anda menangis. Ramai bayi baru lahir melalui masa-masa bilamana dia meragam dan tidak senang untuk dipujuk. Ketidak gembiraan boleh berbeza antara tangisan yang berlanjutan beberapa minit dan tidak boleh dipujuk kepada tangisan beberapa jam pada satu-satu masa, tangisan yang tak berhenti-henti yang kadangkala dikenali sebagai kembung kolik. Kolik didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlalu selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang dari tiga hari dalam seminggu. Ramai ibubapa mendapati sukar untuk menguruskan bayi yang menghidap kolik, dan keadaan itu boleh menyebabkan ketegangan bagi seluruh keluarga. Tiada rawatan ajaib bagi kolik, tetapi keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Jika anda sentiasa boleh mengingatkan bahawa keadaan bayi anda itu akan pulih apabila dia membesar, itu mungkin membantu. 

Gastrik & Tips Mengelakkan Gastrik di Bulan Ramadhan



Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

- Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)
- Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa).
- Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa.
- Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.
- Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.

    Punca-punca lain Gastrik:
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.


    Simptom gastrik:

    - Ramai pesakit gastrik tidak mengalami sebarang simptom. Namun, kewujudan penyakit gastrik akan tetap menyebabkan kerosakan kepada dinding perut dan seterusnya menyebabkan kesan-kesan buruk yang lebih serius seperti pendarahan di dinding perut.
    - Selalunya, pesakit gastrik akan mengalami simptom seperti sakit perut, hilang selera makan, rasa loya dan muntah-muntah.
    - Jika penyakit gastrik bertambah sehingga berlakunya ulser perut dan pendarahan di dinding perut, pesakit boleh mengalami masalah najis berdarah yang berwarna hitam atau muntah darah.
    - Simptom tersebut menandakan penyakit gastrik itu sudah menjadi tahap yang sangat serius dan pesakit tersebut harus dibawa ke klinik atau hospital secepat


    Komplikasi: 

    - Komplikasi penyakit gastrik timbul daripada kemusnahan sel dinding perut berterusan.
    - Tanpa perlindungan daripada mukus semulajadi di permukaan dinding perut, asid perut semulajadi dihasilkan oleh perut akan menyerang sel-sel dinding perut dan menyebabkan kemusnahan dinding perut tersebut.
    - Kemusnahan yang berterusan akan menyebabkan ulser perut dan pendarahan di dinding perut.
    - Pendarahan yang tidak terkawal di dinding perut akan menyebabkan anaemia, pening kepala dan pengsan akibat daripada kekurangan darah.
    - Apa yang merisaukan ialah selalunya pesakit gastrik tidak sedar masalah pendarahan dalaman tersebut sehingga masalah tersebut sudah mencapai ke tahap sangat serius.
    - Maka, adalah sangat penting bagi pesakit untuk sentiasa berjaga-jaga dengan tanda awal pendarahan dalaman tersebut.
    - Malah, terdapat bukti klinikal terbaru menunjukkan gastrik kronik boleh menyebabkan penyakit kanser perut.

Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan:

# Mengambil berat tentang pemakanan semasa bersahur bukan hanya disebabkan oleh masalah gastrik tetapi kerana ia merupakan amalan yang disunatkan.
# Bersahur pada waktu menjelang imsak dan bukannya sebelum tidur
# Bersederhana semasa berbuka dan tidak mengambil makanan berlebihan kerana ini mungkin menyebabkan sebu hulu hati
Mengelakkan makan sepanjang malam dan tidur dalam keadaan perut yang penuh. Keadaan ini hanya membebankan usus yang sepatutnya berehat semasa tidur. Oleh itu, makanlah antara tiga hingga empat jam sebelum tidur.
# Elakkan tabiat terus tidur sebaik makan sahur kerana ia menimbulkan masalah pada sistem penghadaman.
# Ada sesetengah individu yang alah pada makanan tertentu seperti cuka dan rempah. Jadi, elakkannya.
# Begitu juga, elakkan makanan yang berlemak
# Sesetengah sayuran mengeluarkan banyak gas seperti brokoli, kubis dan kacang soya. Hindari makanan ini.
# Bersahur dengan makanan dan bukan sekadar minum air supaya dapat mengisi perut yang kosong.
# Amalkan solat tarawih bagi memudahkan penghadaman makanan.


Petua Dan Tips Mengelakkan Gastrik Di Bulan Ramadhan:

3 biji kurma, Segelas susu segar/apa jenis susu (suam/panas lagi elok)

1) Rendamkan kurma dengan susu 10 minit sebelum masuk waktu berbuka.
2) Setelah azan, baca doa makan dulu, surah al-ikhlas dan selawat ke atas nabi 3 kali.
3) Lepas tu makan kurma tersebut dan disusuli dengan air susu tersebut.
4) Tunggu seketika atau solat maghrib dahulu dan barulah dibaca doa berbuka puasa dan makan juadah berbuka puasa.

Selain itu, dicadangkan juga makanan tambahan seperti Energizing Soy Protein kerana ia dapat mengelakkan pedih ulu hati dan pedih perut. Ikuti pengalaman berharga saya berpuasa bersama Shakllee.

Wednesday, 17 July 2013

Petua Rawat Buasir








Penyakit buasir ni atau Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur. Ia terjadi bila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis buasir yang utama iaitu :

Buasir Luar. Ia berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ia mungkin akan menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutamanya semasa pembuangan air besar. Buasir jenis ini agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Ia selalunya berbentuk bulat, berwarna purple. 

Buasir Dalam. Buasir jenis ini berlaku di bahagian dalam rektum. Selalunya buasir jenis ini tidak sakit. Penderita buasir jenis ini hanya akan menyedari masalah yang menimpanya bila terdapat darah yang keluar dari duburnya.



FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BUASIR


1. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.
2. Cirit birit kronik. memang selalu keluar masuk tandas.

3. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan dan antara faktor- faktor lain adalah;


SIMPTOM-SIMPTOM PENYAKIT BUASIR

1. Rasa sakit yang berdenyut-denyut , rasa gatal pada lubang dubur.

2. Pendarahan  berlaku selepas dan sebelum membuang air besar dan rasa kepanasan di situ.

3.Sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung.

4.Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

5. Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.

6. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.

7. Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Jika ada tanda-tanda penyakit buasir seperti yang dinyatakan, pesakit perlu memahami keadaan penyakit jika ingin mendapatkan ubat bagi merawat buasir. Namun demikian, sekiranya terdapat tanda-tanda tambahan seperti pendarahan, najis atau cairan terkeluar dengan sendirinya tanpa disedari, penyakit buasir yang terjadi berulangkali atau buasir yang tidak sembuh melalui pengubatan sendiri selepas seminggu, maka pesakit perlulah mendapatkan rawatan lanjut daripada doktor pakar. Ini kerana kemungkinan terdapat penyakit-penyakit yang lebih serius yang diakibatkan oleh buasir tersebut termasuklah:


a.  Nanah di kawasan dubur yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. 

b.  Luka pada saluran dubur yang disebabkan oleh nanah yang bocor. 

c.  Kanser pada bahagian dubur yang dicirikan juga dengan sembelit, pendarahan dan kesakitan pada kawasan dubur. 

d.  Ketumbuhan pada kawasan dubur.


Buasir ni ada 4 peringkat, jika ada tanda-tanda macam kat bawah ni, korang boleh jumpa Doktor cepat-cepat untuk mengelakkan berlarutan ;
  
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik kat dubur tu.

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya korang kena la tolak guna jari,memang sakitlah sikit.sebaiknya gunakan Minyak But but  keluaran HPA dan lain- lain. 

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu  dibedah kalau dah macam nie.



KOMPLIKASI

Komplikasi yang terjadi akibat dari buasir jarang dilihat tetapi ia boleh terjadi dan ia merangkumi:
  1. Anemia : Kehilangan darah yang sangat banyak akan menyebabkan anemia(kurang darah merah).Oleh sebab itu kita akan cepat merasa letih dan lemah-lemah badan .
  2. Dalam sesetengah keadaan pesakit mengalami sakit yang teruk hingga menyebabkan tisu mati atau rosak(gangrene) .

ADAKAH BUASIR PENYAKIT KETURUNAN?

Tidak ada bukti yang sahih menyatakan bahawa buasir adalah penyakit yang diwarisi. Bagaimanapun ada keluarga yang nampaknya lebih cenderung menghidap penyakit ini berbanding keluarga lain. Ini berlaku mungkin kerana pemakanan yang diamalkan oleh sesebuah keluarga tersebut.


ADAKAH BUASIR PENYEBAB KANSER?

Buasir tidak menyebabkan kanser atau bertukar menjadi kanser. Haruslah diingat bahawa pendarahan di bahagian dubur mungkin bukan disebabkan oleh buasir sahaja. Pendarahan mungkin adalah sebagai tanda awal penyakit kanser usus. Adalah sangat mustahak untuk anda membuat pemeriksaan lanjut sekiranya berlaku pendarahan di bahagian dubur anda, atau bila anda mendapati najis anda menjadi merah atau hitam (darah telah bercampur dengan najis).


PENCEGAHAN

Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 


Pengambilan ubat laxative 

Ubat laxative terutamanya bulk laxative bertindak sama seperti pengambilan serat yang tinggi. Ia akan memudahkan pembuangan air besar tanpa perlu melakukan teranan yang kuat.

Senaman

Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 



CADANGAN VITAMIN UNTUK MASAALAH BUASIR


Beberapa cadangan supplement disarankan untuk membantu masalah buasir andA. Antaranya ialah:

OSTEMATRIX :

bantu mengurangkan SEMBELIT dan melancarkan PEMBUANGAN AIR BESAR serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur.

OMEGA GUARD :

Baik untuk sendi/otot…Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, OMEGA membantu untuk MENGECUTKAN OTOT yang bengkak tersebut.

ZINC COMPLEX :

Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. ZINC COMPLEX membantu MENYEMBUHKAN LUKA di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Berminat??
PM for the best price
farhah: 0129478477
atau PM di sini : http://tinyurl.com/qh7rqx9