Pakar Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Premitha Damodaran, berkata ramai masih tidak tahu masalah kekurangan zat besi yang serius adalah merbahaya dan ia boleh menyebabkan masalah kesihatan serius bukan saja kepada ibu, tetapi turut memberi kesan pada bayi yang dikandungnya.
Beliau berkata, wanita bukan saja perlu mengambil zat besi yang cukup semasa mengandung, tetapi ia juga penting sebelum proses mendapatkan zuriat. Kepentingan zat besi semakin bertambah selepas melahirkan anak dan sepanjang tempoh menyusukan anak.
“Zat besi adalah komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup.
“Oleh itu, wanita yang menghadapi risiko anemia perlu merancang dan menjaga diri ketika hamil serta selepas melahirkan anak dengan mengawasi kandungan darah mereka.
“Apabila bilangan sel darah merah kurang daripada normal (12 hingga 15mg/dl) wanita menghadapi risiko mengalami jenis anemia yang paling umum iaitu anemia kekurangan zat besi,” katanya.
Menurutnya, kekurangan zat besi dalam badan berpunca daripada diet yang tidak cukup zat besi, penyerapan rendah oleh badan, kesan sampingan ubat tertentu, keadaan genetik, kehilangan darah teruk dan kehamilan.
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Penyebab HB Rendah
- kurang nutrisi contohnya zat besi, asid folik dan vitamin B12.
- masalah buah pinggang
- kehilangan darah mungkin dari pembedahan
HB Rendah Dan Kehamilan
Ibu yang hamil memerlukan 50% lebih zat besi daripada biasa. Jadi ibu-ibu jangan skip vitamin yang dibekalkan oleh doktor anda ye.
Tanda-Tanda HB Rendah
- pening
- rasa letih dan tidak bermaya
- sakit kepala
- pucat
- nafas yang pendek, termengah-mengah
- tidak boleh memberi tumpuan
Risiko Dan Kesan HB Rendah
- keguguran
- kelahiran bayi pra matang
- bayi kecil
- koma
- meningkatkan kebarangkalian ibu meninggal dunia
Cara untuk stabilkan HB
Sumber zat besi boleh didapati daripada daging lembu, ikan, sayuran kangkung, bayam, dan jagung. Ia boleh juga didapati daripada buah prune, apricot dan juga makanan jenis kekacangserta bijirin.
Kebarangkalian untuk tidak mendapat secukupnya kandungan zat besi adalah sangat tinggi kerana kebiasaannya amat sukar untuk kita memenuhi piramid makanan.
Oleh itu, pengambilan Vitamin tambahan yang mengandungi iron dapat membantu bagi mengelakkan ketidakstabilan HB ketika hamil.
Vita Lea dari Shaklee adalah sumber multivitamin yang terbaik. Ia mengandungi iron, magnesium dan sumber vitamin-vitamin yang lain.
Kebarangkalian untuk tidak mendapat secukupnya kandungan zat besi adalah sangat tinggi kerana kebiasaannya amat sukar untuk kita memenuhi piramid makanan.
Oleh itu, pengambilan Vitamin tambahan yang mengandungi iron dapat membantu bagi mengelakkan ketidakstabilan HB ketika hamil.
Vita Lea dari Shaklee adalah sumber multivitamin yang terbaik. Ia mengandungi iron, magnesium dan sumber vitamin-vitamin yang lain.