Friday, 8 February 2013

Soy Isolate Protein Powder (ESP) Legakan Pedih Ulu Hati



Adakah anda pernah mengalami masaalah pedih ulu hati? Adakah anda tahu apakah itu pedih ulu hati?? Pedih ulu hati sebenarnya ia tiada kaitan dengan masaalah hati tetapi ia berkait rapat dengan masaalah perut atau gastrik.

Pedih ulu hati atau di dalma Bahasa Inggeris ia dikenali sebagai  Gastro Esophageal Reflux merupakan rasa sakit di bahagian perut atau dada dan kadangkala ianya melarat sehingga ke bahagian kerongkong. Didapati sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati. Pedih ulu hati berlaku akibat daripada masalah penghadaman (dyspepsia atau angin), pengumpulan asid (ulser, gastrik) atau aliran balik asid daripada perut ke dalam esophagus (refluks) lalu menyebabkan radang pada permukaan esofagus.



Faktor penyebab pedih ulu hati

  • Hernia dalaman (perut ternaik ke atas ke kawasan ruang dada) menyebabkan pencerut tidak dapat berfungsi dengan baik, menyebabkan asid dari perut naik ke kawasan esofagus.
  • Pencerut esofagus menjadi lemah
  • Esofagus kehilangan fungsi peristalsis (pergerakan esofagus rosak)
  • Kegemukan
  • Terlebih penghasilan asid di perut.
  • Perut lambat kosong akibat daripada lambatnya pemprosesan makanan di perut.
  • Terlebih makan sehingga perut penuh
  • Merokok
  • Mengandung
  • Pembedahan dalam pesakit achalasia
  • ubat ubatan

Simptom-simptom pedih ulu hati

  • Rasa pedih ulu hati (rasa terbakar pada kawasan belakang tulang dada bahagian bawah)
  • Pedih ulu hati sewaktu makan
  • Pedih ulu hati sewaktu baring
  • Pedih ulu hati selepas makan makanan pedas, masam
  • Pedih ulu hati sewaktu menggeliat
  • Air liur keluar dengan banyak
  • Rasa loya dan tiada selera makan
  • Rasa kembung atau penuh dibahagian perut
  • Sendawa tanpa henti

Pencegahan dan Rawatan sakit pedih ulu hati?
  • Jangan merokok dan minum alkohol
  • Elakkan dari berbaring rata. Sokong badan anda supaya bahu dan kepala lebih tinggi
  • Elakkan makan 2-3 jam sebelum masuk tidur. Perut yang kosong mengurangkan rembesan asid dalam perut
  • Makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap
  • Elakkan minuman berkafein
  • Pastikan mengambil srapan pagi
  • Pemilihan makanan yang betul. Elakkan pengambilan makanan pedas, terlalu berempah, berminyak dan sebagainya.
  • Banyakkan minum air masak
  • Pengambilan soya dapat melegakan measaalah pedih ulu hati. Soya yang dimaksudkan semestinya Soy Isolate Protein Powder (ESP) atau dulunya dikenali sebagai Energizing Soy Protein.
    Jom kita tengok apa kata mereka yang telah mencuba ESP bagi melegakan masaalah pedih ulu hati:
"Nk kongsi psl ESP......my hubby mmg ambk 5 8 jnis ubat dr hospital.....mcm2 pnyakit.....mula2 mkn....tngan jd gatal...mcm skit kulit....tompok sna sni....malu ktanyer nnti org tngok dh mcm org ada sopak....Satu lg tiap2 thn bla bln puasa psti dia akn pedih ulu hati..mmg kesian tp x nk tggal puasa...tp thn ni alhamdllah....xde dh pedih ulu ati...hr raya pn mkn mcm2 ok jer ....klu dulu slap je skit msti pedih ulu ati.."

"salam..nak kongsi pasal ESP ni..sy baru start minum 1-2-2012..sblm ni sy tak boleh makan pedas2..compom pedih hulu hati pastu terpaksa lah amik gaviscon ke..sejak minum esp,pedih hulu hati takde lagi..kalau mkan nasi ayam,cili nasi ayam tu slalu makan sikit je sb risau pedih hulu hati...skrg ni habiskan pun takpe..ini betul2 punya testi..bukan tipu ea..."


Itu dia testimoni dari pengguna ESP. Anda masih ragu-ragu? Jika anda mengalami masaalah pedi ulu hati, apa kata anda mencuba dahulu ESP. Pasti tidak mengecewakan.


Wednesday, 6 February 2013

GLA Shaklee Kecutkan Cyst






Gambar diatas menunjukkan perbezaan antara normal ovari dan ovary yang mempunyai cyst. Apakah sebenarnya cyst ini?

Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi. 

Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.

Apakah Jenis-Jenis Cyst??

Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.
Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.

Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.
Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid.

Corpus Luteum: Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.
Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.

Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.

Siapakah yang berisiko untuk mendapat cyst ini?

Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.

Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts??

Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
  • Muntah dan Loya
  • Sakit Perut
  • Sakit semasa hubungan seks
  • Sukar atau kerap kencing
  • Rasa perut penuh dan tidak selesa
  • Rasa berat pada ari-ari


    Adakaha Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-suburan??

    Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.

    Bagaimana untuk merawat masaalah Cyst??

    Rawatan masaalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

    Selain itu anda boleh mengambil cara alternatif bagi merawat cyst dengan mengamalkan supplement semulajadi. GLA Shaklee dapat membantu masaalah hormon sekaligus dapat mengecutkan cyst. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.

    Testimoni Cyst mengecut dengan GLA




    Tidak salah mencuba..jangan biarkan ianya menjadi serius.
    Untuk konsultasi dan nasihat, boleh hubungi saya.


Monday, 4 February 2013

ESP (soy protein) dan Omega Guard Pulihkan Ekzema

Apakah itu Ekzema?


Seperti kebanyakan yang sudah maklum bahawa Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, kegatalan, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Penyakit ini ada kaitan dengan tindakbalas hipersensitif pada bahagian kulit, iaitu organ terbesar pada tubuh manusia.
Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. 

Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun. Biasanya Ekzema akan beransur pulih apabila menganjak ke usia belasan tahun tetapi ianya tidah pulih sepenuhnya. Ekzema hanya boleh dikawal dengan pelbagai rawatan. 



Faktor-faktor yang menyebabkan eczema adalah:

a) Faktor genetik dan persekitaran. Ianya biasa diwarisi daripada ibu bapa.
b) Ekzema uga disebabkan tabiat gatal dan menggaru di kalangan kanak-kanak.
c) Cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama merupakan faktor penyebab kepada masaalah Ekzema.

Mereka yang mengalami Ekzema biasanya akan:

a) Mengalami kegatalan 
b) Terasa paas di bahagian kulit
c) Bintik-bintik merah akan timbul
d) Pengidap Ekzema yang kronik akan mengalami kulit yang berair dan bersisik


Bagaimana cara menguruskan anak-anak yang Ekzema??

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan kepada bayi seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.
  • pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • pastikan kuku anak sentiasa pendek agar die tidak menggaru dan seterusnye memudaratkan lagi ekzema. 

Sangat sukar sebenarnya untuk merawat anak-anak yang Ekzema. Jom kita lihat perkongsian seorang ibu yang berjaya mengawal Ekzema anaknya dengan pengambilan vitamin tambahan.



Ianya tidak semudah yang kita sangka bagi merawat masaalah Ekzema ini. Dengan Omega Guard dan ESP (soy protein), ianya sangat membantu ibu ini melegakan dan sekaligus merawat masaalah anaknya yang Ekzema. Bagaimana Omega Guard dan ESP memainkan peranan dalam merawat Ekzema??

Peranan Omega Guard Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah ada pada asid lemak omega 3 yang sememangnya dikenali bertindakbalas dengan "antiflammatory hormones". Maksudnya ia boleh membantu sebagai agen antiradang. Keradangan inilah punca kepada ekzema.

Peranan Soy Isolate Protein Powder Dalam Merawat Ekzema

Rahsianya adalah dari khasiat protein itu sendiri. Protein boleh merawat sel-sel yang rosak dan membina sel-sel baru. Dan lagi satu rahsianya adalah sebagai agen antibodi. Bila antibodi kuat maka kuatlah juga badan untuk melawan bakteria, virus dan agen perosak yang lain.


Tidak rugi untuk melabur dan memberikan yang terbaik untuk anak. Buatlah keputusan yang terbaik untuk kesihatan anak anda kerana kesihatan tidak dapat di nilai dengan wang ringgit. Ada duit banyak pon tidak memberikan apa-apa pulangan kalau kesihatan tak terjaga. Jadi, dapatkan harga yang berpatutan, yang pasti mampu dimiliki oleh sesiapa pun.

Sunday, 3 February 2013

Omega Guard Shaklee, Boleh Bakar Lemak


Lemak seperti yang telah dihuraikan di entry sebelum ini terdapat 2 jenis iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak juga ada yang jahat dan ada juga baik. Lemak yang jahat semestinya membawa kepada masaalah kesihatan yang lain. Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengambilan Omega Guard Shaklee yang boleh membakar lemak. Sangat teruja apabila ada supplement yang boleh membantu membakar lemak. Bagaiman Omega Guard boleh membakar lemak?? Bagaimana ia bertindak balas??





Omega Guard mengandungi EPA & DHA. Asid lemaknya atau Fatty Acid yang terdapat dalam Omega membantu meningkatkan paras hormon "LEPTIN". Leptin adalah sejenis hormon yang membantu mengawal selera makan. Kandungan Leptin yang tinggi dalam badan sesorang akan membantu mengurangkan selera makan. 

Bukan itu sahaja, Leptin juga bertindak meningkatkan kadar metabolisme badan. Peningkatan metabolisme badan akan membantu membakar lemak-lemak yang terkumpul sekaligus menurunkan berat badan. Terdapat satu kajian yang telah di muatkan dalam International Journal of Obesity, menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan Omega 3 dalam diet harian akan meningkatkan tahap pembakaran lemak setiap hari sehingga 26%.Teruja tak?? Dasyat kan.

Dalam satu study di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengamalkan omega 3 lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang bersenam tanpa mengambil asid lemak omega 3.

KONKLUSINYA..MAKAN LEMAK (ASID LEMAK OMEGA 3) UNTUK BAKAR LEMAK
Bunyinya macam kelakar kan..tapi itulah faktanya yang harus diterima..


Banyak lagi kelebihan Omega Guard Shaklee selain membakar lemak, antaranya: 

  • membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
  • kurang risiko kelahiran awal (pra matang)
  • merendahkan risiko meroyan bagi ibu baru melahirkan
  • menyalurkan khasiat EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard untuk sistem imunisasi anak-anak
  • meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan
  • membantu merawat asthma, juga ekzema
  • mengurangkan masalah batuk dan selesama pada anak-anak
  • mencarikan kahak
  • baik untuk kesihatan sendi
  • juga memelihara jantung dan kesihatan sendi

    Omega Guard Shaklee sesuai untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas, ibu mengandung, menyusu dan golongan veteran.



    **Dapatkan harga promosi dari saya..harga tip top :))

Friday, 1 February 2013

Lecithin Shaklee Pecahkan Lemak

Lecithin Shaklee memang superb!!!Mana tidak nya, iamampu memecahkan danmencairkan lemak-lemak jahat dalam badan tu. Tak percaya?? Kat bawah ni ada satu eksperimen. Gambar pertama di mana minyak dicampukan ke dalam segelas air. Minyak tu terapungkan. Semestinya minyak dan air tidak akan bercampur. Then setelah di letakkan Lecithin di dalam gelas td dan di kacau, didapati minyak dan air tersebut sebati. Ini menunjukkan bahawa Lecthin berupaya memecakan dan menguraikan lemak tersebut. Anda boleh cuba di rumah kalau tidak yakin dengan ujian ini.




Jom kita berkenalan dengan LEMAK..


Lemak adalah salah satu dari kandungan yang ada di dalam makanan. Meskipun memiliki rasa enak, namun kebanyakan orang mulai menghindari lemak atau apapun yang mengandung lemak atas pelbagai alsan dan salah satunya adalah faktor kesihatan. 

Lemak ini sendiri ada beberapa jenis. Ada yang berasal dari haiwan dan ada ang berasal dari tumguhan. Meskipun lemak dianggap sebagai punca pelbagai penyakit, tetapi anda perlu tahu bahawa  tidak semua lemak itu jahat dan berbahaya bagi kesihatan.

Lemak terdiri dari kategori
  1. Lemak Tepu - Bersifat membeku dan keras pada suhu rendah. Kebanyakanya dari sumber haiwan dan juga terdapat pada tumbuhan seperti santan dan lemak sayuran.Pengambilan yang berlebihan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah yang berpotensi untuk termendap di saluran darah dan jantung.

  2. Lemak tak Tepu - Besifat lembut dan cecair walaupun pada suhu rendah. Ia didapati dari sumber tumbuhan.


    Sebab itu Lemak ni tdak semuanya jahat. Ada yang Lemak baik. Lemak jahat itu lah yang merbahaya. Jadi Lecithin aka bertindak memecahkan lemak-lemak jahat itu. Apa kebaikan Lecithin secara detailnya?

  • semulajadinya dikenali sebagai "pelarut lemak". Wah hebat boleh larutkan lemak. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet Lecithin menolong membakar lemak dengan lebih cepat.
  • Membantu penyerapan .
  • nutrien dengan lebih baik. Penolong yang sempurna nampaknya.
  • Menjaga sel-sel dari proses pengoksidaan.
  • Menguatkan memori kerana adanya kandungan kolina di dalamnya. Jadi bolehlah dikatakan ianya makanan untuk otak.
  • Lecithin juga untuk mereka yang ingin cantik. Boleh menolong melembabkan kulit dan menyinarkan rambut.
Tidak rugi untuk anda miliki Lecithin kerana harganya yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua orang. Jika inginka harga yang lebih istimewa, boleh hubungi saya.