MamaWorld Collections

Tips Untuk Mencegah Jangkitan Influenza

Assalamualaikum

Baru-baru ni kecoh dengan penularan wabak Influenza yang menimbulkan panik dikalangan orang ramai. Mereka yang senang berjangkit adalah di kalangan kanak-kanak dan golongan tua yang rendah sistem imun.Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan mahupun serius. Dalam keadaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.

Influenza merebak dari seorang individu yang dijangkiti kepada seorang individu yang lain melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada individu yang menyentuh permukaan tersebut.

Apakah tanda atau gejala Influenza?

Antara tanda atau gejala yang di alami tidak banyak beza dengan gejala demam selsema biasa, akan tetapi iaanya menjadi lebih teruk jika ia menggangu sistem pernafasan seseorang.

Siapakah yang Berisiko Tinggi Mendapat Influenza?:

Biasanya Influenza boleh dicegah dengan pengambulan vaksin Influenza. Selain dari pengambilan vaksin, antara tips lain yang boleh dilakukan untuk mencegah penularan virus Influenza adalah:

  1. Cuci Tangan Anda
    Basuh tangan dengan sabun dan air atau gunakan hand sanitizer terutamanya sebelum makan dan selepas menggunakan tandas
    .
  2. Berehat Di Rumah Semasa Sakit
    Sekiranya sakit, anda dinasihatkan untuk berehat di rumah dan elakkan pergi ke tempat kerja, sekolah atau tempat orang ramai. Pastikan pakai topeng muka apabila keluar rumah
    .
  3. Bersihkan Persekitaran Anda
    Bersihkan mainan, meja, kerusi dan perabot di ruang makan dan kelas
    .
  4. Tutup Mulut Anda
    Tutup mulut ketika bersin atau batuk dan buang tisu yang telah digunakan
    .
  5. Jangan Kongsi
    Dilarang sama sekali untuk kongsi makanan, minuman, sudu, garfu, berus gigi atau tualan dengan individu lain
    .
  6. Hidrat dan Lengkapkan Nutrisi
    Minum air lebih banyak dari biasa dan ambil diet tinggi vitamin dan mineral untuk tingkatkan sistem imun. Boleh klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana nak tingkatkan imun badan seara semulajadi

Jangan terlaluk panik dengan penularan virus Influenza. Ambil langkah berjaga-jaga dan segera berjumpa doktor jika keadaan bertambah teruk.

Exit mobile version