MamaWorld Collections

Senggugut : Jenis dan Punca-Punca Terjadinya Senggugut Di Kalangan Wanita

Assalamualaikum

Senggugut ni biasa kan terjadi di kalangan wanita yang datang bulan. Senggugut ni rasa sakit di bawah abdomen dan bahagian peranakan. Senggugut ni boleh terjadi atas beberapa faktor dan kebiasaanya normal di kalangan wanita yang datang bulan. Tetapi ada juga senggugut yang dikategorikan sebagai kronik.

Terdapat 2 jenis senggugut:

Antara tanda-tanda senggugut adalah:

  1. Sakit di bahagian bawah perut. Kesakitan ini biasanya sederhana dan mengejang, yang boleh merebak ke belakang dan bahagian peha.

    Senggugut primer:
    Ia biasanya paling sakit pada dua hari pertama datang haid yang diikuti dengan sakit yang berkurangan beberapa hari selepas itu, dan berhenti apabila haid berhenti. Biasanya berlaku selama 12 ke 24 jam, ada yang selama 2 ke 3 hari. Kesakitan ini berkurangan apabila umur meningkat dan selepas bersalin.

    Senggugut sekunder:
    Senggugut ini mempunyai tanda seperti senggugut primer tetapi sakitnya berpanjangan, bermula beberapa hari sebelum haid and bertambah teruk. Senggugut ini menjadi semakin teruk selepas beberapa tahun haid biasa.

    Berikut adalah tanda yang menyatakan kemungkinan anda mengalami senggugut sekunder:
    a) Haid yang tidak tetap
    b) Haid yang tidak tetap
    c) Kesakitan antara haid
    d) Pendarahan yang bertamban banyak
    e) Lelihan dari faraj
    f) Kesakitan ketika melakukan seks

  2. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  3. Loya dan muntah, cirit-birit.

Senggugut walaupun ianya normal akan tetapi ada dikalangan wanita yang alaminya dengan sangat teruk. Bagi yang alami masaalah sakit di bawah abdomen dan ianya makin teruk atau sakitnya berterusan, dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi melakukan ujian selanjutnya supaya anda tahu apa punca sebenar senggugut yang kronik.

Exit mobile version