Assalamualaikum

Bercerita mengenai kolik pada bayi, ia adalah situasi di mana bayi yang dalam keadaan sihat tetapi sering menangis secara berlebihan. Kebiasaanya kolik terjadi pada beberapa minggu awal setelah bayi lahir dan akan berhenti setelah bayi berusia 4 bulan. Bayi biasanya akan menangis di waktu petang dan sangat sukar diredakan hingga beberapa jam.

kolik bayi

Kolik pada bayi merupakan suatu keadaan perut yang sakit yang umumnya disebabkan oleh terlalu banyak bayi menelan udara ketika menyusu. Antara punca terjadinya kolik:

  • Kolik disebabkan oleh sistem pencernaan yang belum matang sehingga zat makanan tidak diserap
  • Kurang matangnya sistem saraf sehingga bayi bertindak balas secara berlebihan dengan rangsangan luar
  • Kolik disebabkan alergi terhadap susu

Simptom Bayi Mengalami Kolik

  1. Bayi menagis dengan tangisan yang kuat terus menerus satu hingga tiga jam tanpa henti.
  2. Kelihatan muka merah semasa nangis seperti meneran sesuatu.
  3. Tangan bayi dikepal, tidak mahu minum susu, sukar nak tidur dan kelihatan tidak selesa.

Cara Mengatasi Masaalah Kolik Pada Bayi

  • Berikan susu ibu dan pastikan menyusu bayi dalam keadaan posisi yang betul. Posisi yang salah boleh menyebabkan bayi tertelan udara yang banyak
  • Periksa botol susu dan berikan botol susu yang anti-colic kepada bayi
  • Berika probiotik kepada bayi yang alami kolik dan ia perlulah atas saranan doktor
  • Ibu yang menyusu perlu elakkan mengambil kanan yang mengandungi susu lembu ┬ákerana ada dikalangan bayi yang alah terhadap susu lembu
  • Memberikan susu botol dengan posisi yang tegak
  • Selepas menyusukan bayi, bayi haruslah disendawakan kerana sendawa dapat membantu mengeluarkan udara dari dalam perut
  • Jangan memberikan maknan ketika bayi menangis kerana ia akan menyebabkan udara senang masuk
  • Menggosok perut bayi dengan lembut bagi mengeluarkn gas dari perut bayi
  • Mandikan bayi dengan air suam juga dapat mengatasi masaalah kolik
  • Berikan ubat tertentu atas saranan doktor jika keadaan berlarutan

Jadi bagi ibu-ibu yang mengalami masaalah bayi kolik, boleh cuba tips dan cara atasi seperti di atas. Selamat mencuba!!!